generasi 11 #3 : tesl a-level di kolej mara seremban, susah kah?

aku dimaklumkan bahawa mereka, lepasan spm, sudah ketahui tentang keputusan permohonan mereka untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat tertier. ada yang memilih jalan untuk belajar dalam negara dan ada jugak yang memilih untuk ke luar negara. apa- apa pun, which ever route you take in your life, i would like to bid all the best for you dan selamat mengharung segalanya. 
tak lupa jugak, tahniah ya buat kamu. 

sebenarnya, un-sangka-rable bilamana tahun ni, dalam pada aku kesibukan dengan UoA assessment, aku terima beberapa emel yang menanyakan perihal tesl a-level di kolej mara seremban. baik dari segi persiapan, tips mahupun kesan jangka panjang memilih kos ni - semuanya ditanyakan aku. 
dan aku harap, jawapan yang aku berikan mampu menolong mereka sedikit sebanyak. 

tak dinafikan, soalan common yang aku terima - 

"tesl a-level di kolej mara seremban, susah kah?" 

ye, aku faham mengapa aku disoal begitu. sebab ianya bukan satu norma dalam masyarakat kita. 
kalau ditanyakan - 

"belajar medic, susah ke?", 

pasti kita laju-laju menjawab - 

"eh, susah la !" 

betul tak? 
common kan. 
masyarakat sudah melabelkan bahawasanya belajar ilmu perubatan itu sungguh susah. it's a norm. but what about tesl? adakah betul-betul ianya susah atau ianya gampang kerana "tesl sekadar belajar bahasa inggeris sahaja"?  

baiklah. 
ini jawapan aku. 

susah atau senang, itu adalah satu terma yang subjektif, tuan-tuan dan puan-puan. ianya merupakan satu konotasi yang tertakluk pada definisi anda sendiri. apakah definisi susah kamu? apakah definisi senang kamu? di mana tanda aras yang kamu labelkannya sebagai susah? dan di mana tanda aras yang kamu katakan ianya senang? 
pada aku, ini bergantung pada diri sendiri. apabila soalan sebegitu diujarkan, ikhlas aku katakan, aku dalam dilemma untuk menjawabnya. bukan sebab aku bersikap hipokrit yang mahu mempromosikan kos ini. bukan jugak sebab aku bersikap pesismistik terhadapnya. justifikasi aku adalah lebih kepada - ini adalah soalan subjektif. bagaimana harus aku susunkan kata? 

kalian, 
susah atau senang, it depends on you guys of how to take it. 
sekian. 
itu saja jawapan saya untuk persoalan di atas. kamu boleh berhenti membaca di sini. 

*** 

tapi, kalau nak sambung baca untuk bahagian seterusnya, silakan. aku tak menghalang. di bahagian seterusnya, aku akan menceritakan pengalaman aku sendiri mengharung tesl a-level di kolej mara seremban. dan, ianya seratus peratus daripada perspektif aku. bagi mereka yang sudah lama membaca blog bawangmerahsquared, pasti kamu punya sedikit gambaran atau ketahui tentang sakit perit yang aku alami selama dua tahun di situ. 

susah? 
yes, it was like a hell to me. i even once thought that i would not allow my daughter to take a-level if she were to be offered it. it's because i want to protect her from being hurt and pain. 

subjek 
subjek tesl di peringkat a-level bersifat kejam terhadap aku. tiga subjek teras dan satu subjek tambahan. kesemuanya adalah selumbar dalam daging. when i enrolled in this course, i was expected to be extremely excellent in english. 

oh, of course you have to ! 
because you're teslian, aren't you? 

tapi, itu adalah perkiraan logik mantik akal masyarakat kita. dan hakikatnya, tahap bahasa inggeris aku tidak mencapai piawaian masyarakat. english is damn hard for me. hanya minat terhadapnya tidak cukup. hanya pandai berkomunikasi tentangnya tidak cukup. hanya tahu bagaimana ia berfungsi tidak cukup. belajar bahasa inggeris adalah sukar walaupun pendidikan awal aku (di tadika) adalah bermediumkan bahasa inggeris. 

apabila mengarang esei sosiologi, aku diajar untuk berfikir secara analitikal. apabila mengarang esei sastera, aku diajar untuk berfikir luar dari kotak dan ketahui setiap nahu, konotasi, tona, rasa dan lenggok picisan-picisan shakespeare, wordsworth dan ramai lagi. apabila mengarang esei kertas umum (general paper), aku diajar untuk berfikir secara meluas dan teliti. apabila mengira perkiraan matematik, aku diajar untuk bersifat kreatif menggunakan formula-formula yang tercipta. dalam pada aku mengaji kesemua subjek tersebut, aku wajib menjaga kualiti bahasa inggeris aku dalam setiap ayat yang dinukil. 

susah? 
ye, susah bagi aku. 

guru 
tak keterlaluan jika aku katakan batch aku sentiasa menjadi bahan borakan guru-guru tesl. kami jugak sentiasa dihimpit dengan kritikan yang tajam, sindiran yang berbisa dan hentaman yang kuat daripada mereka. mungkin saja alasannya adalah kerana persembahan akademik kami yang tidak memberangsangkan langsung. sobs.
ketahuilah, sepanjang tahun pertama kami, kami didera secara psiko, hinggakan ramai di antara kami yang mahu berhenti separuh jalan. 

quit tesl, pick the other course !

tapiiiiiiiii 
tak kira lah apa jua kritikan, sindiran dan hentaman, we stayed strong. kami terima saja dan kami berusaha lagi dan lagi. 

susah? 
ye, susah bagi aku. 

walaupun miss nina pernah merajuk, keluar dari kelas dan tidak mengajar kami untuk dua masa subjek sastera gara-gara dia berkecil hati, she was such a big help. dia korbankan masa untuk datang ke kolej sebelum pukul tujuh pagi untuk diadakan kelas tambahan sastera. umum aku katakan, hampir kesemua antara kami yang mengambil peperiksaan ulangan. dan kami lah satu-satunya kelas yang memulakan sesi akademik seawal jam tujuh pagi, yang mana ketika itu, budak-budak kos lain sibuk lagi nak mandi, pakai baju dan bersarapan di dewan selera. 

bagi miss muna pulak, dia adalah inspirasi aku untuk bangkit semula. mind you, aku terpaksa mengulang kertas sosiologi yang mana ketika itu, rakan-rakan lain lulus dan aku serta empat orang lain lagi terkandas. pada masa tu, how could i not be broken down into pieces? sosiologi adalah subjek kesukaan aku. segala kerja yang miss muna titipkan, tak pernah sekali aku pontengkan. yet, i failed the paper? 
kata-kata miss muna yang paling aku ingat - 

"if our body can't take it, what else do we have? it's our soul" 

miss muna drilled kami secara intensif. meaning to say, setiap minggu, akan ada satu esei sosiologi yang wajib kami karang. kalau diberi soalan esei pada hari isnin, hari rabu atau khamis mesti dihantar kepadanya. dan pada hari rabu atau khamis itu jugak, kami akan dapat soalan baru. drilling ni berlarutan hinggalah kami betul-betul menghampiri peperiksaan A2 (alevel). 

subjek matematik pulak tidak begitu membebankan. cumanya, academic performance kami relatively dibandingkan dengan budak kos perakaunan. pun begitu, ada kami kisah? 
er, kami kisah sebenarnya hahaha 
oh. miss zalina memang bagi kerja matematik yang sungguh banyak. sungguh ! 
kalau dapat topik yang payah seperti vector, ah, alamatnya, memang terkial aku nak buat. aku pernah dipanggil miss zalina disebabkan gred kertas statistik aku yang sangat teruk. waktu tu, memang aku cuak. tapi, i pretended to be cool. in fact, aku sendiri berkeras katakan padanya - 

"teacher, saya decide saya tak nak buat semua soalan topik vector dalam exam A2 nanti". 

itu adalah keputusan yang menempah maut, tahu? 
ini kerana topik vector menyumbang banyak markah dalam kertas statistik puremath. dan, disebabkan perkara itu lah, aku belajar balik topik vector dengan farah dua minggu sebelum peperiksaan A2 (alevel). 

miss julia adalah guru yang membuat psikologi songsang (reverse psychology) pada tahun pertama kami di kolej. 

"kalau tak boleh nak buat kos ni, quit terus. jangan nak tunggu sampai akhir tahun" 

sedih ok. dah la baru masuk beberapa bulan. kena pulak basuh otak (brain wash) sebegitu. sobs. 
tapi, itu hanyalah seketika sahaja. seperti guru lain, miss julia menyokong kami dari segi motivasi. indeed, she was like a mom. 

sekarang, kau lihat. 
does tesl sound easy to me? 
aku terpaksa mengulang dua kertas, yakni sosiologi dan sastera. tambah pulak, kedua-dua kertas itu dibiayai sendirian berhad. satu kertas dah makan berapa pound tah. ye lah, ni adalah kertas cambridge. haruslah bermata wang pound. nak tak nak, kena lulus jugak dengan gred mininum B, sebab dah bayar guna duit sendiri (er...secara teknikal, duit umi abah). 

frankly speaking, i'm not a bright child. because my academic ability is not that great like other people, i extremely needed to put a lot of effort in this course. no doubt, there was a possibility of not flying to new zealand. and that really freaked me out. tapi, i tried not to think so. i just aimed what i wanted and never ever thought of negative outcomes. there were too many things happened in my college life. 
gagal kertas AS, jumpa kaunselor hampir setiap minggu, tertekan dengan subjek yang susah, dibanding-bandingkan dengan kos lain, digampangkan masyarakat sekeliling dan menggalas harapan umi abah. 

susah? 
ye, susah bagi aku.


percaya lah,
mengharung a-level adalah lebih daripada sekadar mengharung fasa menuntut ilmu.
it's more than that.



3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

nice one ! thanks sis :) thanks bcos u are open to share ur about tesl a level and experiences during ur studying period in kms ^^V

Sofia Nin berkata...

ah, a level.

ah susah. hahaha. engineering, sampai terkubur saya. tapi tu mungkin sebab bukan jurusan saya.

tapi percayalah adik adik, kolej mara seremban. kawan kawan tetap nombor satu di hati. serius.

ke batch saya je yang macam tu?

*wink wink dekat bawang*

bawangmerah berkata...

hanizafirah ibrahim,

no worries my dear :)

sofia vy nin,
yeah, i second that. kawan-kawan memang nombor satu. tak boleh sorang-sorang. tak fun & cool !
ahahahaha
sofiaaaaaaaa
saja bikin aku rindu kat budak-budak floor kita.
*wink balik*