sesekali, apa salahnya kan?



semalam baru dapat chatting dengan kakak. aritu nak call dia, kredit dah nyawa-nyawa ikan. dia pon macam tak reti nak balas sms aku kan walaupon aku tau, dia baca sms aku tu. nak call? teramat jarang lah kalau dia nak call aku. takpe, no big deal. bak kata matematismuda, de ku sah?
kalau dia call aku, itu sangat miracle lah.
macam dah lama pulak tak cakap i-luv-u kat family sendiri. aritu, aku takat sms abah je. tu pon, bukan aku tulis "i-luv-u", cukup sekadar, "luv u, tc".
nak ungkap dengan suara? hee...jaranglah aku nak buat. memang jarang nak mampos.
aku pon tak tahu kenapa. ego kot. entah.
dulu-dulu, dalam kelas sastera, entah macam mana miss nina pegi tanye macam ni "how many of you will say 'i love you' to your parents?".
sah-sah aku tak angkat tangan. dalam kelas tu, tak silap aku, tiga orang je yang angkat. memang bagus lah mereka tuu.
pastu miss nina tanye lagi "what about the rest?"
dengan beraninya, aku cakap "teacher, i believe action speaks louder than words" serentak tu, sahabat yang seangkatan dengan aku tersenyum, tanda "yes, ade orang backup". ah, aku bukannya backup korang. aku cakap mende betul je. memang aku pegang istilah "action speaks louder than words".
kalau orang indicates rasa sayang tu berdasarkan kata-kata sahaja, bagi pendapat aku lah, itu sangat tidak adil. adekah sebab aku tak katakan ungkapan sayang, bermakna aku tak sayang mereka-mereka yang aku cintai?
oho, tolonglah. bukak mata kamu, lihat apa yang aku lakukan pada kamu selama ni.
aku ngaku, aku tak berapa ngam dengan fahd tapi tipulah kalau aku tak sayang dia kan. dia darah daging aku. tiba masa aku balik rumah, buhsan-buhsan, aku layan dia jugak. pukul perut buncitnya, nyanyi lagu yang dia mainkan kat piano, ambik meggi dia satu suap. ah, macam-macam lah. kadang-kadang, aku rasa nak putus urat kentut tengok dia free-free kene sakat dengan aku. walaupon dia besar, aku kecik, ello...pangkat aku lagi tinggi ok. aku kakak, kau adik. ikut cakap aku. muahahaha.
ni aku balik rumah, mamat tak ada pulak. harap je dapat cuti spm, tapi, masih lagi nak duduk kat mozac. umi kata dia buat kelas tambahan dengan budak form five. ye lah mamat, buat lah amal jariyah tu. moga kau bahagia. kakak aku? lagi hampeh kan. tak mau balik. aduh. bila aku tanya dia, dia jawab "aku ada kelas la. ni exam nak dekat bla bla bla". ye lah kak, aku dah lali dengar semua tu. dah redha dah bila kau cakap kau kena pegi library sebab nak buat rujukan, kau ada kelas, kau ada assigment. macam-macam. an? er...entahlah. aku no komen. tapi wan-ting-for-sure, asal dia balik rumah, mesti aku rasa pelik "an, apsal kau balik rumah?". ehe...aku tak tahu lah kalau dia kecik hati ke tak bila aku soal macam tu. aku cuma berlaku jujur.
hem...sudah lah. aku tak tau aku dah melalut sampai mana. yang penting, point aku, aku susah nak cakap "sayang". aku ulang balik, aku susah nak cakap "sayang". kalau tulis atas kertas, taip sms, boleh la. tangan ni elok je melenggok menulis huruf S.A.Y.A.N.G. kalau nak dengar dari mulut aku sendiri, er, entah lah.
hey, word sayang tu mahal ok.
jangan nak guna sewenang-wenangnya.
kadang-kadang, tak paham aku kenapa laki senang cakap perkataan tu. kalau lah aku ada skill macam dorang, agak-agak, apa jadik kat aku ha?
entah-entah kena bantai dengan bini orang kot.
teringat pulak kelas agama. kitorang tengah belajar munakahat. seronok tu memang la seronok. tapi, kalau ustaz elaborate panjang lebau, badak air pon boleh menguap.
aritu bincang pasal pertunangan.
haaa...ni bukan aku cakap tau. ni ustaz aku yang cakap.
kata dia, tunang bermaksud seorang lelaki ajnabi menyatakan hasratnya kepada seorang perempuan ajnabi dan apabila perempuan itu menerima hasrat tersebut, maka bertunanglah mereka. kemudian, ustaz kata lagi "kalau laki ni cakap i love you, pastu perempuan tu jawab i love you too, ha, kire bertunang lah tu".
macam biasa, aku memang kalih dengan kening terjungkit, tanda aku "erk! betul ke?".
ustaz explain lagi "iye lah, kire laki tu nyatakan hasrat dia la tu. perempuan tu pulak terima. bertunanglah".
mari aku kasi view lagi jelas. ini contoh sahaja. amin dan aminah.

amin hantar sms ;

i nak cakap sumting. i sayang kat you sangat-sangat. luv u so much.

aminah senyum. lagi advance, dia golek-golek atas katil bila dapat sms tu.

aminah jawab ;

i pon sama jugak. sayang you. love you very-very much.

aaa...lebih kurang macam tu lah. seriyes aku terkejut. takkan tu kire bertunang jugak? aku tak berani nak bangkang sebab aku tak cukup ilmu agama. ustaz lagi tahu. aku telan saja apa yang dikatakan. jadik, aku nak ingatkan pada diri aku. andai kata, aku ulang, andai kata ada sorang laki sms aku atau cakap face-to-face dengan aku,

"aku sayang gile kat kau"

memang aku jawab "kau nak bertunang dengan aku kah?"

taktau la kan apa reaksi dia nanti. entah dia paham ke tak. fuh! memang power sungguh kalimah 'sayang' kan?
kadang-kadang, aku skeptikal jugak bila laki ungkapkan kalimah hebat tu. sejauh mana kebenaran kata-katanya? adakah sejauh 10 km?
sebab tu, untuk lagi menyokong kebenaran, aku mengambil kira perilaku dia sekali. itu pon...entahlah. aku masih lagi skeptikal.
aaaa! kenapa aku mesti skeptikal ha?
mungkin disebabkan kisah silam aku, aku jadik begini? Sarcastic
hem...sudah lah. aku mau tidur. dah lewat sangat. dah la aku sorang-sorang.
tidur pon sorang.
ye la, orang yang aku sayang tu lagi sayang kat uia dia berbanding dia sayang kat aku ni. nak buat macam mana kan?

kak, everytime aku cakap "perlu ke kau balik uia arini?" tu memang tandanya aku tak nak kau balik lah Crying.

post kali ni agak panjang kan? pedulik apa aku.



14 ulasan:

pja_chan berkata...

pjg pon ak suka.
xbosan baca.
bgus2.
aah la, topik ko kali nih bes. sayang.
tp kan, ak ade 1 soklan.
abes tuh, klu kawan laki kite ckp kat kite
'ak syg ko' den kite reply bnda sama,kirenye as a fren, cane lak tuh?
hm. jawab2

Matematis Muda berkata...

tgk kawan laa
ada kawan mmg syg btul2 as kawan
ada kawan yang memang ada hati
tapi tak sampai hati
so dia bataskan sayang dia
ada kawan yang memang ada hati
dan dia cuba nasib dengan ucapan sayang tu

it's all about perspective kan?
hehe

ni kes entri sblm ni a ni
haha

nurfaizah.hasim berkata...

ya! ak sokong ko in..
perkataan SAYANG 2 mmg mahal..
isk3..

bawangmerah berkata...

pja_chan,
rajin nye kau nak baca tiap patah perkataan aku.
er...soalan tu...-_-"
[matematis muda dah tolong jawabkan]

matematis muda,
yeah...its all about perspective.
thanks 4 answering!

faizfaizah,
sangat mahal...=)

obor obor berkata...

u know what, in many things, kita similar. but in this matter i obviously differ than u, yes, action speaks louder than words but sometimes in just a sentence we can make people feel better, rite? its ok farahin adikku sayang, we have our own style. just move on. nobody is right n wrong. the most important is the relation.. wah! speaking gitu!

Tanpa Nama berkata...

banyak aku nak komen ni.
sila baca-

1.'de ku sah?' maknenye ko mmg tak kesah la kan.dan aku tau.sbb tu aku tak call.heh.takla.aku jarang call sebab cerita ko terlalu panjang in.dan disebabkan aku good listener,aku taksampai hati nak letak tepon.itu membuatkan telinga aku panas.baik jgn call,jumpe kt rumah.ko citela pjg2 sampai aku ngantok.kikii..

2.kdg2 aku ade jugak msg 'loveu' kat umi/abah.pastu aku blushing.sweet tak??hahaha

3.yes,action speaks louder than words.but sometimes people use that tag as selfdefence and sort of means to deny something.wuhu.what i'm trying to say is,instead of ur action,it should be coupled with ur words.cool kan?

4.oh.kalau fahd bace,mesti die terharu gile and peluk ko sminggu taknak lepas.'aku kakak,kau adik.ikut cakap aku'-ohh.ini sangat best!kan in?miahahaha

5.aku rase..mohd mungkin akan jadi ydp pibg kt mozac satu hari nanti.oh my,oh my.

6.in slalu call tak kene time.takpayah pi nz lah.masuk sini and tengok sendiri how my life is.interested?

7.mungkin ko terlupa ko ade seorang abang kandung.

8.'badak air'- tsenyum aku bace.

9.islam tu mudah.ustaz cakap cmtu supaya korang tak tlalu extreme bile bkasih-kasihan.nk btunang dlm islam,ade cara2 dia.aku tak kate ustaz tu salah,but for me,his example is more to prevent u all from doing that thing la actually.secra taklangsung nye,bertunanglah in sense of 'terikat antara satu sama lain'.and bile clash,kire 'putustunang lah'.however,in point of law..lain la syg oi.ok2.maybe aku tlalu teruja sbb aku blaja pasal ni.and because ko ni naive,amik bulat2 ape org cakap,itu sgt mrisaukan aku.now u know why is everysinglething u storymory kt i kan?

10.'aminah senyum.lagi advance,dia golek2 atas katil bila dpt sms tu'- ini mungkin blaku atas ko dan bukan aku.kakakakaa

11.mungkin lelaki tu akan balas- 'kita slowdown dulu,jgn rushing sgt.u ni buat i takut taw'.eeuuwww

12.mungkin aku patut berhenti blaja and jage ko spnjang hidup aku.ohh

13.aku sayang ko.terharu tak?

14.aku pedulik bile entri ko pjg.sebab aku akan komen pjg2 (bile ade mood).

15.kakak pun sayang in.

sheeshhh!panjang gile.hamek ko!

bawangmerah berkata...

obor-obor,
yeah...memang betul pon - in just a sentence we can make people feel better, but it's just sometimes. penah dengar "words are bullet" ?
im sure you've heard it before.
ecece...in respon english gak!

fatehah,
aku rase kau penah dengar words ni dari aku
"malas la nak cakap dengan lawyer"
.
.
.
.
sebab benda yang kau cakap, aku tak boleh nak bangkang.
siap ada 15 points lagi.
point last paling best. tapi aku nak jugak respon sebanyak 15 points. sila baca :-

1. tau kenapa aku call? sebab nak tunggu kau balik rumah punye lah payah. dan bile tunggu dan tunggu bagai salji yang takkan jatuh di bumi malaysia, cerita aku ter-accumulate dengan sendiri. maka, ia menjadik panjang. moral of the story: balik la rumah weyh!

2. aku rase, aku takdelah sampai tahap blushing macam kau. iye, sangat sweet.

3. nak kate aku deny apa yg jadik kat aku kah? haah, sangat cool bile action couple wif words.

4. dia peluk aku seminggu, habis tulang empat kerat aku. 'aku kakak, kau adik. ikut cakap aku'-i feel sumting fishy in ur response. tambah pulak dengan tawa 'miahahahaha'. eish, aura jahat tol.

5. huuu...dia jadik ydp, memang cemerlang, terbilang, gemilang mozac itu. =)

6. not interested. more interested to nz.

7. iye, barangkali aku terlupa aku patut jadik adik kandung yang solehah.

8. 'badak air'- tergelak aku baca.

9. haah, aku naif. jadik, sila dengarkan everysinglething yang aku storymory.

10. -_-" itu zaman tokkadok aku ja. sekarang tidak lagi sebab aku dah matang.

11. laki tu yang buat aku takot ngan cakap "aku sayang gile kat kau". ok, mungkin bile aku jawab 'mau bertunang' aku nampak semcm rush. aku patut belajar bersabar. kan?

12. mungkin...ya, mungkin saja.

13. terharu. sangat terharu.

14. owh, jadik ni kire kau ade mood lah? bagus.

15. *speechless*

gosh! letih gak nak respon sampai 15 points.

Sheikh Mohd. Faisal berkata...

selagi hidup, selagi tu kena beramal...keje amal best...kita leh buat perkara yang kita nak and boleh buat...hahaha..

untuk kakakku, aku xde niat pun nak jadi ydp ye...cukupla sekadar alumni yang berbakti kepada alma mater...

bawangmerah berkata...

sheikh,
ala...kalau ko jadik ydp pon, apa salah nye kan? ahaks.

Tanpa Nama berkata...

1. Pasal tunang tu betul la. Kalau dalam Family Law (tak caye tanya kakak) kira bertunang. Cuba tengok definition tunang tu ape, elemen-elemen tunang, pastu bla.. bla.. bla..

Sedih pulak bila terkenangkan yang aku pernah diputuskan tunang, aku pernah memutuskan tunang, dan aku pernah gantung tak bertali.. Aku nak nangis sat.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Ok, dah abes nangis..

2. Aku balik umah sebab takde duit.

3. Aku pun guling-guling jugak bila orang cakap dia sayang aku! Ooops..

4. Indeed action speaks louder than words, tapi action kau kat aku, erm.. fishy..

5. Kalau kakak taknak call kau, aku kan ada call kau, siap reloadkan lagi.

Aku takde ape nak cakap.. jadi ada 5 points jer..

bawangmerah berkata...

farhan,
owh...ada dalam family law eh? menarik.
.
.
.
.
.
.
.
gile tak macho laki nangis. hahaha.
aku cume nak respons point yg ke-4 and ke-5.

4. fishy? ehe..memang patut kau rase fishy. muahahaha. *jahat aku*

5. yaa...terima kasih sebab reloadkan aritu. tapi, er..boleh reloadkan lagi tak? kredit aku habis sebab call kakak =(

Tanpa Nama berkata...

farhan nangis?
oh my oh my.
in, nangis tu tak melambangkan ketidakmachoan la! heh. tipikal~~

Tanpa Nama berkata...

weh.. rosyam noor dengan jalaludin hasan nanges macho ape.. lain kali la aku reloadkan.. kau ni mengepow je. kalau hari-hari pow.. macam mana aku nak sewa apartment kat auckland nanti?

bawangmerah berkata...

kakak,
dah tu, melambangkan ape plak?

farhan,
depa tu hero melayu, boleh la...
ek eleh, baru pow sket.
heee...ye lah, simpanlah duitmu wahai abang ku, nanti leh teman kan aku kat auckland, kan? kan?