[ klik sini untuk episod lima ]
"abang, you wanna talk something?"
senyum. farah tidak mengerti. senyuman untuk apa?
"nah, this is for you. i want you to have it"
"abang...?"
bukan cincin. bukan rantai. bukan barangan kemas.
"i want you to use it. so that you can feel me all the time. even if i'm not with you"
"tapi...mahal kan?"
"mahal atau tak, tu bukan kayu ukurannya. kalau farah ingat pada abang, tu dah cukup untuk segalanya. abang tak minta apa-apa dah"
jiwa farah tersentuh. apa ammar sudah mengetahui tentang dirinya sepenuhnya?
***
lewat petang itu, ammar terpaksa meninggalkan perkarangan rumah dan menuju ke seremban atas urusan kerjanya. berat hati untuk meninggalkan farah tapi, apakan daya. dia juga punya tanggungjawab lain.
sebelum beredar dari meja solek, terpandang farah akan satu nota kecil.
'sayang jaga diri elok-elok. anything, please give me a call. take care. love you'
ringkas. sarat dengan makna.
farah mencabut nota kecil yang dilekat dengan pita, lalu diselit ke dalam buku merah kusam. diambil pula hadiah pemberian ammar pagi tadi. terukir elok "forever you will be mine".
demi menenangkan fikirannya, farah menolak tepi beberapa helaian kertas penulisan profesor azizi dan ditarik keluar buku merah kusam. dalam genggaman tangan kiri, telah terkemas pegangan hadiah ammar. dibuka buku merah kusam.
***
"hello. assalamualaikum abang"
"waalaikumsalam. kenapa sayang?"
"abang balik lewat ke?"
"er..."
kalau diberitahu, farah akan berkecil hati. jika tidak diberitahu, apa pula jadinya nanti.
"abang?"
"ye sayang. abang ada lagi sikit ni. kejap lagi abang balik. everything ok, my dear?"
"ok...but, i'm hoping you will come back early. em...takpe lah bang. abang carry on with your work. i will wait for you"
"farah ok tak ni? kalau urgent, abang batalkan je urusan kat sini"
"eh, farah ok. farah ok. don't worry about me"
"i'll always worry about you, honey..."
farah senyap. hakikatnya, dia sedang menahan sebak. sejak berlangsungnya majlis pernikahan tiga hari lalu, jiwa farah sering diruntun perasaan terharu. ammar begitu sempurna!
"darling?"
"yes abang..."
"i catch you later ok. take care. love you"
dan talian diputuskan. tidak sempat untuk farah ungkapkan kalimah yang sudah lama ingin dia ucapkan pada ammar. adakah aku sudah terlambat untuk segalanya?
***
langit malam ditaburi serakan bintang. cuma, ketiadaan bulan yang dilindung awan menyebabkan malam itu seperti tiada serinya. ammar masih tidak pulang. jam sudah berdetik ke pukul sebelas. di mana suamiku?
di ruang tamu yang hanya bercahayakan lampu hiasan malap, farah tidak jemu bermundar-mandir. sekejap ke sana, sekejap ke sini. ditelefonnya nombor ammar, namun tidak berangkat. jika diangkat pun, hanyalah suara si operator yang berkali-kali memberi jawapan menghampakan. kerisauan farah semakin kemuncak. adakah sememangnya dia tidak akan sempat untuk meluahkan apa yang terbuku di hati ini?
dalam kerisauan itu, farah menuju ke dapur. mungkin secawan teh mampu menenangkannya.
"AH!" hampir terlepas cawan dari genggaman farah.
terus farah berpaling kepada lembaga yang sedang peluk erat pinggangnya.
"abang!"
"sayang buat apa ni? abang punya tak ada ke?"
ammar seperti budak kecil yang inginkan secawan teh juga. entah mana munculnya, farah sendiri tidak mengerti. pelukan di pinggang isterinya semakin kemas. ammar seolah-olah tidah mahu melepaskan farah.
"abang, abang pergi mana? farah risau tau. farah telefon abang banyak kali. tapi perempuan operator tu yang jawab. farah tunggu abang sejak petang lagi. kenapa abang buat macam ni? tak suka tau"
habis segalanya farah katakan. rasa tidak puas hati ditunjukkan dengan mimik muka yang masam. ammar semakin galak memeluk isterinya. dicium berkali-kali. tatkala itu juga, ammar ketawa melihat keletah farah.
"risau jugak farah dekat abang kan?"
"mestilah"
farah memuncung. mencebik pun iya.
"kenapa sayang tunggu abang ni?"
farah senyum. diraihkan tangan si suami yang terletak di pinggang, lalu digenggam erat. dipimpin perlahan si suami ke kamar peraduan. malam itu, walaupun tiada bulan, namun bintang-bintang di ruang langit luas sudah cukup untuk menyaksikan sepasang suami isteri yang sedang diulit kebahagiaan. malam tanpa bulan bukan bermakna malam yang tiada ertinya...
***
[ klik sini untuk episod tujuh ]
5 ulasan:
wahh~
farahin jiwang2~
hahaha~
wah first night!
tukar ar PG13 --> 18sx
:D
ape diorg wat eh mlm2 buta..ish2
ade ke ptt tny dorg bt ape?
eshk3.
aish.. makin best!
wahahaha
pja_chan,
eh, apa pulak aku yang jiwang. sipenuliscikai lah.
syazwan,
lagi mahu tanye?
redbirdfe,
hehehe. tu la, memang tak patut disoal pon.
cinderellawin,
ooo..suke part nih eh. hahaha
Catat Ulasan