hancur sebentar

ketika berdua dalam kereta dengan iqmal untuk perjalanan melaka-cheras, macam-macam perkara yang diborak. sekadar untuk menggetarkan molekul udara supaya ruang kereta tidak beku dan kaku.
dan, entah mana pintunya, aku dan dia mula masuk cerita tentang hidup. ya, apa lagi yang lebih seronok diborakkan?
cerita soal hidup lah.
tentang yang dulu, yang sekarang, yang akan datang.

soalan-soalan subjektif dari topik kehidupan (yang mana, lebih spesifiknya dari subtopik perancangan) sangat misteri. sebab, kita semua tak tahu jawapan yang bikin boleh skor sepuluh per sepuluh. semuanya, pasti terselit perkataan "mungkin".
maka, apa yang aku borak dengan iqmal, rata-ratanya di atas angin, tidak menyelam ke dasar laut pun. tapi, masih dipaksikan dengan logik akal, diimankan dengan kepercayaan enam rukun.

mudah kan?

hei, ingat, objektif perbualan untuk perjalanan melaka-cheras hanya untuk menggetarkan molekul udara supaya ruang kereta tidak beku dan kaku.

aku kata pada dia,

"hidup ni, kita mesti ada plan. mesti ada target. atau misi. aku tak faham la orang yang boleh hidup tanpa schedule atau apa-apa planning".

iqmal tidak toleh. fokusnya pada jalan. tapi, aku tahu, telinganya dipasangkan, fikirannya diluaskan, hatinya dibukakan.

dia menjawab dalam selang tiga saat macam tu,

"memang bagus kalau hidup ni ada plan, bawang. ada orang, boleh je hidup without any plan sebab dia can go on with the flow"

"tak rasa, macam...tak tentu hala ke?" aku angkat kening.

"tak. kalau dia rasa ok, dia boleh je"

"heh, aku tak boleh"

terus aku pandang luar tingkap. landskap daratan semakin digondolkan manusia. ada aje nak dibuat mereka.

"bawang, apa kata, kalau, kau tiba-tiba takde plan?"

"mana boleh. aku akan pastikan, aku sentiasa ada" aku bertegas.

"kalau takde?" iqmal cuba umpan.

"kalau takde, em...habis la aku" aku pandang dia.

"haa...tu yang tak boleh. actually, boleh je nak ada plan ni. tapi, kau mesti ada back up plan. macam, kau ada plan A, plan B, plan C. kalau plan A tak jadik, at least, kau ada lagi B and C"

***

iqmal sudah kerja.
katanya, di kilang honda. bukan dia berhenti belajar pun. cuma kerja sambilan saja untuk penuhkan saki-baki cuti sebelum terbang menyeberangi benua australia.

sebab dia kerja, sudah jarang nampak dia dalam list kolej mara seremban yahoo messengger. kalau ada pun, aku waktu tu, mesti ada urusan.
jadi, aku dan dia sudah jarang berkomunikasi.

hari ni -
aku teringat pada dia.
teringat kata-kata dia.
teringat perbualan dalam kereta.

tersenyum aku. itupun selepas puas melalak di talian. kata aku pada kak ayin, aku tak tahu aku nak apa dengan hidup. aku tak tahu mahu buat apa. aku macam dah hilang arah. aku rasa gundah. seperti gila bila fikirkan yang aku tiada apa-apa. aku salahkan segalanya.
heh, entah kak ayin faham aku atau tidak dalam raungan pagi tadi tu.


well, aku memang hancur sebentar gara-gara tidak persiapkan diri dengan B atau C.
merana aku dengan racun buatan sendiri.


dua jiwa ion positif


esok hari baru.
[senyum]

3 ulasan:

kak nina berkata...

in!!!mana fb?mana ym?why menghilang?ish2 budak ni,biasa dia!!!
:P

bawangmerah berkata...

kak nina,
erk. fb ada, cuma deactivate kejap.
ym ada, cuma invisible kadang-kadang.

Tanpa Nama berkata...

bwg, when life gives you lemons, you make lemonade.