entri aku yang sebelum ni, yang ni ha, bila aku baca-baca balik, macam sengal pun iye. seolah-olah dunia mahu kiamat kan? hadoi...
kejadah aku ikutkan sangat perasaan ni.
walau aku merana ke, sakit ke, kronik ke, apa ke, detik-detik masa yang terlepas takkan sudi datang balik nya.
maka, marilah kita angkat kepala, pandang ke hadapan, pakai tali pinggang keselamatan, dan yah, masukkan gear - kita drive pelan-pelan sambil menikmati keindahan ciptaan Tuhan, khususnya makhluk berhormon testosteron. hahahahahaha.
ok ok.
hati tengah hancur sebenarnya.
aku susah nak senyum ye.
fine, aku memang begini - seorang melankolis.
dan kalau kamu baca baik-baik penulisan ni, memang terserlah sifat manusia melankolis.
tak percaya?
meh, aku tunjuk.
(hari ni, kita analisis personaliti seseorang berdasarkan penulisannya, ok? tapi, yang ni aku kasi contoh tentang diri aku dulu. untuk orang lain, kau buat sendiri. aku malas)
so, jom kita mulakan.
apakah sifat seorang melankolis?
1. berfikiran negatif
lihat pada tajuk entri tersebut - i don't have the skill to make lemonade. perkataan "don't" atau "do not" memberi konotasi negatif sebenarnya. in fact, bila kita menyebutnya, perkataan itu sendiri mencipta atmosfera berunsur negatif.

selain itu, ianya menunjukkan betapa si penulis tiada langsung sifat keyakinan pada diri sendiri. kenapa bukan saja dia menulis begini - i really don't have the skill to make lemonade but i will try to learn about it. ha? sekurang-kurangnya, perkataan "really" dan "but" telah meneutralkan sifat ayat tersebut supaya tampak sedikit positif. tapi, ini tak - nampak sangat si penulis begitu tidak percayakan dirinya sehingga menghukum dirinya secara total. di situ saja sudah terserlah pemikirannya yang negatif. tak gitu?
2. pemurung
sangat jelas bahawasanya si penulis ini seorang pemurung. buktinya - mati berbicara dengan orang tua dan ye, termenungkan siling dan membawa diri entah ke mana. perilaku-perilaku tersebut sudah jelas menggambarkan sifat pemurung. termenungkan siling? memang sah duduk sorang-sorang tanpa ada komunikasi dengan siapa-siapa. mati berbicara? lagi obvious.
![]() |
| sumpah macam aku. mari gelak HAHAHAHA |
3. kurang bersosial/bermasyarakat
yang ini mudah. lihat saja pada tindak-tanduk si penulis. [dia] mengunci diri dalam bilik selama duapuluhempat/tujuh. [dia] terus masuk ke bilik semula. [dia] menjawab sepatah saja. [dia] tolak dengan alasan yang tah hape-hape.
aku tanya kalian - mana soft skill nya dalam berkomunikasi? bersosial? bermasyarakat? tiada. dalam konteks ini, tiada ok. waima berhubung dengan manusia luar yang [bertanyakan] khabar [dia] di bukumuka, di talian yahoo messengger dan di nombor telekomunikasi pemilikan syarikat axiata, si penulis hanya menjawab "terima kasih" dan "reti lah aku untuk jaga diri".
gila pendek ayat dia. nampak sangat tak reti bersosial.
4. sensitif
sensitif tiada ukurannya. malah, boleh aku katakan ianya bersifat subjektif dan luas skopnya. ada yang melihat sensitif itu dari sudut emosi, fizikal, mental, permukaan geografi, hal ehwal semasa dan bla bla bla. dalam kes si penulis, dia seorang yang sensitif terhadap perubahan fizikalnya, atau lebih tepat, kesihatannya.

dia dapat merasakan bahawa dia tidak lagi secergas dahulu dan mula jatuh sakit. bukti empirik terkandung pada ayat ini - asid hidroklorik pula, dua tiga menjak ni rancak menghenyak aku. dari situ saja, kita semua sedia maklum yang si penulis itu sedang menghadapi gastrik, atau istilah perubatannya, gastritis, yakni sejenis penyakit keradangan pada dinding/pengalas/mukosa perut.
kan?
memang benar si penulis seorang sensitif. aku malas menjustifikasikannya lagi.
5. rela berkorban
ok. terus lihat pada ayat ini - pesan pak lebai, aku dah malas nak kisahkan. apa nak jadik, jadik lah. kalau dah sampai ajal aku, tak payah nak tunggu perut aku berulser kronik.
apakah nada ayat tersebut?ok. terus lihat pada ayat ini - pesan pak lebai, aku dah malas nak kisahkan. apa nak jadik, jadik lah. kalau dah sampai ajal aku, tak payah nak tunggu perut aku berulser kronik.
nadanya ialah menyerah diri atau rela untuk dikorbankan
HAHAHAHAHA
*batuk*
sambung balik. perkataan yang digunakan oleh si penulis sungguh berkait rapat dengan kematian, sebagai contoh - "ajal" dan "kronik". malah, frasa "apa nak jadik, jadik lah" memberitahu kita semua betapa si penulis sudah berputus asa dengan hidupnya. hebat kan si penulis? dia menggabungkan rasa antara putus asa dan kematian untuk menunjukkan bahawa dia sungguh-sungguh tidak lagi gembira akan realiti hidup.
6. artistik dan puitis
rujuk pada perenggan keenam, baris ke-31.
rujuk pada perenggan keenam, baris ke-31.
jumpa tak? kalau tak jumpa, nampak sangat malas nak carik.
haish.
ni ha - "isi langit pun...dan Nagasaki".
apa yang menarik, si penulis memberi perumpamaan tentang dirinya secara artistik dengan menggabungkan keindahan serta kekuatan kota Rom dan kehancuran bandar Hiroshima dan Nagasaki. tahukah kalian bahawa Rom hampir sepanjang masanya berperang? punyalah kuat dan hebat sampai suka berperang-perang (macam orang Arab), namun tidak mampu menentang Etruscan HAHAHAHAHA.

apa-apa pun, kota Rom sungguh moden dengan wujudnya sistem saliran dan bandaraya cantik yang bersih. rumah berhala dihiasi sana sini. baiklah, apa kene mengenanya dengan diri si penulis? mari kita kupas. seandainya Rom itu kuat dan indah, begitu juga kehidupan penulis pada suatu ketika dulu. dia mempunyai sistem pertahanan diri yang kukuh hingga mampu bangkit walau sudah jatuh berkali-kali. kehidupannya diserikan lagi dengan gelak tawa di raut wajah. tak percaya?
sila tanya budak tesl AL97.
ye, tapi, bak kata pujangga, langit tak selalu cerah dan badai menimpa si penulis lalu menggesanya menggambarkan rasa pahit itu dengan frasa - padang jarak padang terkukur bak terkena guguran "little boy, fat man" kat Hiroshima dan Nagasaki.
see? begitu hancur luluh hatinya.
padan muka.
secara ringkasnya, si penulis hanya ingin memberi deskripsi tentang dirinya sebelum/ketika/selepas bercinta. itu saja.
see? begitu hancur luluh hatinya.
7. teliti atau perfectionist

yang ini, tak boleh dinafikan kott? buktinya ada pada ayat ini - zaman kegelapan, langit sudah gelap tidak berawan, manusia terhuyung-hayang tanpa haluan dan landskap kehidupan yang penuh warna kehitaman. cuba perhatikan, hampir seluruh ayatnya di akhiri dengan sebutan -an. "kegelapan", "berawan", "haluan" dan "kehitaman". dalam pada si penulis mahu menyatakan kekecewaannya, sempat lagi dia meneliti sebutan-sebutan perkataan. bukan kah ini juga menunjukkan sifat kreatif si penulis?
8. analitikal
tak perlu aku berhujah panjang sebab apa yang aku sedang lakukan (iaitu menganalisis penulisan sendiri) sudah pun menunjukkan sifat seorang yang analitikal.
sebenarnya, ada banyak lagi sifat seorang melankolis seperti berperasaan halus, sukar meluahkan perasaannya (future husband, sila take note!), mempunyai ingatan yang kuat, pesismistik, tekun dan bla bla bla. tapi, paling aku suka - cenderung menjadi jenius.
cool gila.
dah dah dah. aku nak stop.
oh ya, tentang cerita personaliti ni, aku dapat tahu daripada kak ayin. dia pernah terangkan pada aku dan aku siap lagi buat kuiznya. sebab tu aku tahu yang aku seorang melankolis sempurna.
kamu tahu personaliti kamu?
p/s [1] : sumber gambar dari pihak Google.
p/s [2] : aku mahu kuat. tolong doakan aku, please?

3 ulasan:
In!
*hugs and kisses*
An :)
ok farahin nasir
ko buat ak sangat la teringat kat zaman skolah kna analisis buku2 komsas
n of coz ko buat ak tingat kat cikgu fauziah!!!
HAHAHAHHAHAHAHA
in, be strong dear
rindu nak gelak tawa ngn ko :)
an,
HUAAAAAAAAA !
rajin nya kau nak baca blog aku, an.
*sigh*
pja_chan,
urgh...zaman sekolah tu tak analisis sangat pun. takat cedok buku rujukan pastu hafal. tak thrill.
hah, cikgu tu...entah apa kabar dia. hahahahaha
ye aa, tengah strong ni walaupun hati berkecai.
eleh, kau selalu je cakap rindu tapi tak pernah pun nak balik malaysia, asek dok jepun je. huu... T_T
Catat Ulasan