lintas langsung wilayah biri-biri : malam tadi gembala tidur satu jam tambahan

farah pernah mention yang bila bulan april masuk, kena tukar jam. tapi tak diberitahu bila tarikhnya. sekarang dah april kan? cepat jugak masa berlalu (klise nya ayat ni). by the way, semalam, lepas melantak puas kat barbeque flat 14 - yang mana aku makan burger mat salleh yang besaaaarrrr, salad, coleslaw, potato salad dan macaroni yang direncahkan sama butter, sedikit oregano dan garam - mata aku dah mula kuyu. tengok jam. pukul 9.35 malam. standard lah. memang waktu tidur aku pun.
tapi, entah kenapa, aku klik jam laptop dan tertulis begini ;

daylight saving time ended on sunday, april 03, 2011 at 3.00am. the clock went back one hour at that time

kejap.
harus kalian tahu, beza waktu antara auckland dan malaysia ialah lima jam ye. maka, kalau dinyatakan pukul 9.35 malam, malaysia baru pukul 4.35 petang. hmmm...waktu minum petang tu. korang makan apa ek? mesti kuih seri muka, cekodok pisang, pisang goreng, tauhu sumbat, keledek goreng, atau rojak mee? omaigooooodddd
boleh meleleh air liur aku on the spot.



ok.
sekarang, sila sisipkan dalam ingatan masing-masing yang beza waktu antara auckland dan malaysia sudah pun bertukar. right now, it's four hours.
hooray!

dan, waktu solat semua sekali sudah terawalkan.

subuh :
5.10 pagi

zohor :
12.24 tengahari

asar :
3.41 petang

maghrib :
6.12 petang

isyak :
7.33 malam

apa yang aku faham, kalau aku tak awalkan jam, kang mula la aku musykil -
'apsal baru pukul enam tapi hari dah gelap?'
jadik, better aku tukar jam siap-siap.
kalau tak, berterabur life aku.

p/s : maka, hari ni gembala punya waktu sebanyak 25 jam. wah!


4 ulasan:

Matematis Muda berkata...

weh pos lah gambar berger super-duper besar tuh!
(makanan juga yg diberi perhatian haha)

bawangmerah berkata...

matematis muda,
ala...tak bawak kamera time tu. sebab perut dah lapar sangat, so, takde pun terpikir nak tangkap gambar ke hape
(ah, kamu memang! hahaha)

fatehah berkata...

hahahaha. siot nye katon.

bawangmerah berkata...

fatehah,
kau boleh apply in the future, kak