lintas langsung wilayah biri-biri : laporan ringkas melesapnya sang gembala selama tujuh hari

tiba-tiba aku buat gelaran baru untuk aku kan? hahaha
sukatihati lah. aku suka nama sang gembala, sebab aku obses dengan biri-biri. sangat obses. tapi, belum berkesempatan nak pegang bulu ropol-ropol mereka. takpe lah. kita harus kayuh slow-slow kehidupan ni beb. jangan gopoh-gopoh. dari mula, tengok gambar mereka. kemudian, jumpa mereka kat agrodome. next time, aku nak terkam mereka pulak. be prepared wahai biri-biri!

ok.
mari baca laporan ringkas sepanjang minggu ni.
(gila. bunyik macam pembaca berita je)


12 april 2011

1. bertolak dari auckland ke rotorua.

2. check in astray (a nice place to have an overnight. you guys won't regret)

3. menikmati rotorua lake yang busuk.

4. melakukan photo shooting beramai-ramai di okareka lake.

info : okareka ialah perkataan maori yang bermaksud biru. tasik tu, sungguh-sungguh berwarna biru.


13 april 2011

1. bersiap sedia ke kaituna. kitorang buat water rafting tahap kelima. memandangkan kami tidak menempah secara online, kami redah pergi dan, hah. memang rezeki kami bila adanya ruang kosong. satu kepala hanya dikenakan bayaran sebanyak $59. kalau nak cd gambar, sila tambah $40. it was damn awesome!

2. menikmati makan tengahari di hutan terpelihara. aku lupa nama tempat tu. kemudian, gerak ke classic roses. produk utamanya bunga ros, tapi, kitorang lagi teruja pergi ladang buah epal. kalau petik dan makan on the spot, tak dikenakan bayaran. maka, aku pun melantak sampai kenyang. kalau petik dan mahu bawak pulang, sekilo cuma $1. sungguh murah. macam-macam jenis epal ada kat situ.

3. jalan-jalan di hannah bay.

4. akhir sekali, jumpa biri-biri di agrodome.


14 april 2011

1. bertolak dari rotorua ke taupo pulak.

2. check in tiki lodge. again, tempat ni memang selesa. tak jauh dari bandar taupo pun. it's walkable distance.

3. ke taupo bungy. aku tak buat. kami semua tak buat, kecuali yasmin dengan iqmal. kawasan yang tinggi. kawasan yang cantik. dan gila seram tengok dorang terjun.

4. habis ber-bungy, gerak ke huka falls. air yang sangat deras. nanti aku tunjuk sederas mana ia pergi.

5. puas bergambar kat huka falls, bergerak pulak ke craters of the moon, iaitu, tempat geothermal. kalau berjalan kat kawasan tu tanpa berhenti, hanya mengambil masa selama 45 minit. tapi, disebabkan kitorang berhenti dan posing amek gambar, maka, perjalanan menjadik satu jam lebih. oh. bayaran nak masuk tempat ni, cuma $6 bagi seorang dewasa. bayaran kanak-kanak dan pakej keluarga turut disediakan. tapi aku lupa berapa dollar. yang penting, tak mahal lah.


15 april 2011

1. menuju ke palmerston north dan sebelum kitorang bermalam kat rumah pakcik aku, kitorang pergi wind farm dulu. tiada bayaran yang dikenakan. waktu lawatan tamat pada pukul 5.30 petang sharp.


16 april 2011

1. pergi pasar tani (pagi) dengan cik didik and cik laila. tertekan aku tengok semua sayur dan buah. sebab apa? sebab sangaaaattt murah kalau nak dibandingkan dengan auckland! oh well. nama pun auckland. standard bandar lah.

2. dalam pukul sebelas, kitorang bertolak ke new plymouth pulak dan check in di sunflower lodge.


17 april 2011

1. sebelum bertolak pulang ke auckland, singgah sekejap di north-east of new plymouth. new plymouth terkenal dengan coastal walkway dan takde bayaran dikenakan.


aku nak tarok gambar, tapi, banyak sangat la pulak. even kat facebook pun, aku tak upload satu hapak pun. harapkan orang lain je yang tolong upload dan tagkan muahahahaha
tapi, disebabkan aku tak tepek gambar langsung dalam entri ni, aku gantikan dengan video biri-biri dan huka falls.
enjoy !






hahahaha aku memang jakun tengok biri-biri. rasa nak babat-babat je dorang.
well, aku plan nak tarok video aku kat ladang epal lah.
is there anyone want to watch me?
ceh.
bajet artis la pulak.



2 ulasan:

Sofia Nin berkata...

ah cantikkkk ! :D

comel gila biri biri nak letak doma dekat situ :(

bawangmerah berkata...

sofia vy,
kan? rasa nak peluk kuat-kuat dorang tu.
sampaikan salam aku pada doma!