28.02.2011 pengajaran pertama
jangan mandi malam di sini walaupun ada air panas. selsema!
01.03.2011 pengajaran kedua
hati-hati bila bukak penutup pemanas air. terkena percikan air kat muka memang menyakitkan :(
02.03.2011 pengajaran ketiga
walaupun peta ada kat tangan, sila ikut mereka yang pakar pasal jalan. nanti sesat!
03.03.2011 pengajaran keempat
jangan pakai selipar bila keluar waktu malam. jari kejang!
17.03.2011 pengajaran kelima
bila malam, tutup tingkap. pasang pemanas. pakai stokin. guna selimut. kaki kejang, padan muka!
17.03.2011 pengajaran keenam
jangan berangan masa potong buah. bisa pisau, siapa kan tahu.
20.03.2011 pengajaran ketujuh
tengok betul-betul dapur tu dah on atau off. kena dapur panas memang sakit. tak memasal lengan kiri bertanda garisan 4 cm :(
01.04.2011 pengajaran kelapan
jangan potong sayur sungguh-sungguh. tak memasal jari terluka, kan? :(
03.04.2011 pengajaran kesembilan
jangan teruja sangat sampai terlupa nak bukak api dapur. sampai bila lauk nak masak kalau macam tu?
thank you, mya safr!
07.04.2011 pengajaran kesepuluh
jangan biarkan nasi impit atas dapur kalau mahu duduk dalam bilik. kasihan. separuh nasi impit sudah hitam.
terima kasih nur farahain ab ghani!
(retrieved from http://www.facebook.com/)
***
ke hadapan abang future husband,
hi awak. awak sihat? harap awak ok, sihat dan selesa dalam tempat sorokan awak tu. saya teringin nak carik awak sebenarnya. tapi, well, saya kan berbintang taurus dan awak patut tahu yang ego saya ni tinggi tau. jadik, teruskanlah menyorok dari saya. saya tak kisah ~
nanti bila awak dah penat menyorok, sudi-sudi la jumpa saya, eh? saya ada kat sini.
saya sihat (kalau awak nak tahu). walaupun wilayah biri-biri dah serupa macam antartika sejuknya, saya belum lagi kena selsema. maklumlah, musim luruh sudah tiba. haruslah bertukar iklim. dingin rasanya. suhu kadang-kadang jatuh sampai empatbelas darjah selsius. empatbelas, awak! tapi, walaupun empatbelas, kadang-kadang saya cuma pakai selapis je baju. saya tak boleh nak agak lah cuaca wilayah biri-biri ni. ekstrim sungguh. sekejap panas, sekejap sejuk. pening kepala saya nak pakai baju apa tiap-tiap hari. ada satu kali, saya pakai tiga lapis. nasib baik. udara kat luar memang betul-betul mencengkam tulang belulang. bila saya berjalan ke kelas pada waktu pagi, haba tiba-tiba terkelihatan keluar dari mulut saya. dan serius saya rasa teruja! awak patut tengok betapa muka saya tersenyum puas masa tu. tapi sayang, wilayah biri-biri takde emping salji. takpelah. mungkin Tuhan sengaja aturkan begitu supaya disimpankan ruang masa untuk saya merasa emping salji bersama awak satu hari nanti.
bila malam pulak, saya pasang pemanas bilik. saya pakai selimut. saya tutup tingkap. dan, saya teringat kat awak. eh, tipu je. mana ada saya buat macam tu. saya cuma termenung melihat siling kosong sambil tunggu kelopak mata jatuh. saya kekalkan suhu hangat dalam bilik. saya tak mahu kaki saya kejang lagi. cukup-cukup lah. seksa ok. saya ingat lagi, masa tu, saya menjerit sakit tapi takde siapa yang dengar. pintu pulak terkunci. saya kaku atas katil seorang diri. nak bangunkan jasad pun, tak larat. masalahnya, saya kena pergi tandas by hook or by crook. jadik, nak tak nak, saya gigihkan diri jugak tanpa pedulikan urat kaki yang tegang. pagi tu, saya tempang sekejap. haih.
awak,
awak tahu tak, sampai sekarang saya tak putus asa nak upgrade-kan skill masak saya? yup, saya akan terus belajar dan berlatih di dapur. saya buat demi kebaikan kita berempat (empat? hahaha). saya tahu, saya ni bukanlah pandai masak. tapi, apa saya kira! hidup memang la payah tapi saya kan kuat. maka, apa jua halangan kat dapur tu, saya akan terus hadap. eh, awak jangan terkejut ye bila jumpa saya nanti. sila la jangan. sebab, tangan saya mungkin dah berparut atas alasan terkena pisau dan dapur. kulit saya mungkin dah tak licin mana dah atas alasan terkena percikan minyak masak yang panas. macam-macam yang happen bila saya masuk dapur. kelakar la kalau nak diceritakan balik. bab terpotong jari adalah perkara paling sadis. sebab, lukanya agak dalam. kuku saya sedikit terjejas. saya tak tahu berapa banyak darah yang melimpah dalam sinki sebab saya langsung tak pandang. tapi jangan risau. itu jari telunjuk tangan kanan. jari manis tangan kiri masih terjaga :)
by the time kita bina hidup sama-sama, saya harap awak sudi makan apa yang saya masak. tapi, boleh tak saya nak mintak awak sesuatu?
tolong temankan saya di dapur. saya tak suka lah keseorangan walaupun saya selalu rasa keseorangan.
awak,
saya berhenti sini dulu lah.
saya mahu kongsi macam-macam dengan awak lagi tapi, nanti-nanti saja. dah sampai masa yang sesuai, kita let out everything ok?
buat masa sekarang, awak jaga lah diri awak baik-baik.
dan, jangan lah menyorok lama sangat :)
salam sayang,
future wife

5 ulasan:
kena masak gak. takkan dh kawin nnti nak makan kedai jek. bukan makan kedai - makan kat kedai :)
jemarioren,
tahu...that's why banyak praktis kat dapur sekarang ni.
One day, tunjuk entri ni dekat dia ok? haha. Good luck (untuk apa2 pun, termasuk study dengan masak!) :)
hamboi2 innnnnnnn..nebes kak fara bace entry ni..=)
dammit,
hahaha sure sure. tapi, time tu mesti rasa kelakar sebab baca balik what i've written.
thanks ! :)
anonymous,
kahkahkahkah nervous part mana kak fara ooii :p
Catat Ulasan