and i would answer all your wishes

all about you, mcfly.

***

awak ingat tak lagi, kali pertama kita berborak tentang hikayat-hikayat duniawi, yang ketika itu saya di seksyen sastera bahasa melayu dan awak ada betul-betul di tepi saya, menggagau mencari picisan ilmu. semua budak tengah menggila dengan peperiksaan ulangan, tapi, kita dua ni, sedang galak dengan bahasa kayangan. awak ingat tak?
walau kita jurusan dari dua pola berbeza, tak sangka, kita tetap ada rasa yang sama. bahasa kita, hanya kita yang punya. lalu, kita panjangkan kasih di toko-toko hamka jalan laksamana. saya sentosa. indah sangat. awak ingat tak?

awak ingat tak lagi, satu malam yang hening, pekat dan pesi, awak memanggil-manggil saya bak sang putera merayu sang rapunzel turunkan rambutnya melepasi gerigi besi. saya gering dalam kesakitan. awak tahu saya tenat. awak tahu saya melarat. awak paksa saya turun cepat, sebab mahu kirimkan saya kekuatan dalam satu bekas. awak pesan - "ini yang kegemaran, ini yang ada telur. nanti, tolong tidur. rehat cukup-cukup, agar esok tidak telungkup". saya gelak. bahagia sangat. awak ingat tak?

awak ingat tak lagi, satu petang, kita sembang tentang langit dan bintang. kita bayangkan, kita dua menyusur sungai, menjamah alam, merenung dalam diam, berangan tak ubah mat luncai, berdondang sayang dan debu cinta berterbang. awak ingat tak?
awak sambung angan, awak bilang - "andai kata kita tenggelam ke dasar, langsung lemas dalam sekat air kolam, itu tanda cinta teristimewa. biar sungai saksi kita pernah berjanji sehidup semati berdua". saya kekeh. lucu sangat. awak ingat tak?

awak ingat tak lagi, awak beriya tunjukkan saya sebuah pedati, beroda dua, berwarna merah tua, ada bakul di hadapannya. awak kata, awak mahu kita tunggang dan langgar bayu udara, biar angin menerpa wajah kita dan rasa takut takkan pernah ada. sebab dunia ini kita yang reka dan cipta. awak ingat tak?
awak beri kata dua - awak takkan benarkan saya jatuh dan awak akan pastikan saya bersambut. saya terkelu. saya terkedu. muka awak bukan menipu. saya tersipu. suka sangat. awak ingat tak?

awak ingat tak lagi, awak pernah berjanji satu kali, awak akan bawakan saya segenggam salji sebab awak tahu, saya paling mahukan mimpi ini. saya amati awak, awak angguk dan terus meyakini. "hablur kapas akan ada di tapak kiri ini", kata awak lagi. saya terdiam. saya tergumam. cuba mencari erti, namun saya meragui - "apa ini akan terjadi?". awak ingat tak?
lantas, awak hanya lafazkan - "trust me". saya hiba. terharu sangat. awak ingat tak?

tapi, bagaimana mungkin kesemuanya boleh ditepati kalau awak sendiri sudah kelarkan nadi dan terkulai jauh ke dalam tujuh kaki perut bumi?

***

di atas hanya cerita dongeng. atau lebih tepat, kata-kata merepek yang asli daripada akal fikiran dan emosi bawangmerah. boleh juga kalau mahu dianggap sebagai satu tugasan berarahkan -

"tulis sebuah esei berdasarkan lima patah perkataan yang diberi; kedai buku, telur, sungai, basikal dan salji".

hahahahahaha
kalau student aku kasi esei begini, terus aku tarok A+++ dan aku kan tulis,

p/s : i love your writing babe!



er...tak tak tak...tak boleh ouh tulis postscript sebegitu. nanti ada yang cemburu pastu pancitkan tayar kereta aku. susah aku nak balik.
eh, kereta aku? teeetttt

ok.
panjangnya mukadimah aku. heh, biasalah, nak bagi kamu, kamu, kamu dan kamu membaca, mesti kasi yang menarik sikit. betul tak? tapi, kalau tak menarik pun, kamu, kamu, kamu dan kamu, tetap membaca jugak kan? ehehe. terima kasih ya.

baik lah.
hari ni, kita akan mendengar tentang impian si bawangmerah. ya, impian atau apa orang panggil, em...wishlist eh?
whatever.
bukan senang bawangmerah nak berkongsi sesuatu perkara dengan peminat pembacanya melainkan tentang hatinya yang hancur, hidupnya yang miserable, teribble, horrible dan apa-apa surah yang bermelankolik sebab, well...aku kan seorang melankolis. korang kene la terima cerita-cerita aku dengan nada sebegitu.

so, mari kita mulakan.

[betulkan suara]

apakah impian bawangmerah setelah menjejakkan kaki di bumi kiwi?

1. kedai buku
yes, aku sangat mahu pergi ke kedai buku. lebih-lebih lagi kedai buku-buku terpakai. bukan kat malaysia ni takde, ada jaa. malah, memang aku suka pergi. tapi, tu la. aku mahu lihat kedai buku di luar sana. mesti ada banyak pilihan punya lah.
sedikit info: antara tempat yang paling wajib aku pergi kalau keluar ke pusat-pusat membeli-belah ialah kedai buku. aku boleh habiskan masa lima jam hanya dengan membelek buku-buku saja. paling awesome setakat ni, kedai buku kinokuniya. gila heaven! bak kata an, macam playground buku. hahahahaha


dengan membaca saja, kita boleh jelajah dunia

tapi kan, kali terakhir aku pergi, banyak buku dah dibalut plastik, maka tak dapat nak belek sangat. haish. upset kott.
oh ya, kedai buku juga merupakan tempat dating yang paling ideal bagi aku.
(future husband, sila take note!)

2. telur
tahukah kamu bahawa telur di new zealand berkulit putih? di malaysia, aku tengok kat dapur tu, cuma berkulit coklat (kecuali telur masin dah siap rebus). tak best. dan memandangkan di new zealand aku pasti menggunakan white eggs, aku berkira-kira mahu mencontengnya sebelum memasak. yaaaa...wahai teman-teman se-apartment ku, jangan kalian terkejut kalau telur-telur kita sudah berconteng begini. hehehehe


artisitik kan?

3.sungai
atau secara faktanya, aku mahu menyusur sungai avon di christchurch, new zealand. yang ini, wajib ada dalam senarai tempat yang aku akan pergi. sebab apa?
sebab, ini tempat abah dan umi ber-honeymoon. they enjoyed their punt tour along the avon river. sungguh romantik ok.


perrgghhh, tenang nya!

actually, aku tak terpikir dan berhajat mahu ke sana, but, abah once said, "in, kalau in dapat belajar kat new zealand, you should go to christchurch. pergi ke avon river. sangat lawa tempat tu". sambil-sambil asap rokok dihembuskan, raut wajah abah, aku tahu, sedang reminiscing the memory.

4. basikal merah
harus berwarna merah. warna lain, aku tak mahu. aku teringin nak beli satu. sebab, nanti pada waktu petang yang ada angin sepoi-sepoi bahasa, aku mahu bersiar-siar. siapa nak join aku?
aku harap basikal auckland takdelah mahal benar. tapi, kalau mahal sekalipun, aku akan simpan duit. aku tak kira, aku nak jugak basikal warna merah yang ada bakul depan!


aku nak yang macam ni ha

5. salji
ini impian aku sejak umur aku em, sembilan tahun. see. aku dah pasang angan-angan nak sentuh salji sebelum akil baligh lagi.
bukak cerita : masa dulu, abah pernah bawak aku pergi ke pejabat dia. abah suruh aku duduk diam-diam. dan menjadi seorang kanak-kanak yang sungguh cute dan obedient ketika itu, aku suka duduk bawah meja abah. bawah meja tu, ada macam-macam tau. aku pulak, jenis inkuiri yang sangat tinggi. maka, senyap-senyap, aku selongkar semua barang abah. macam-macam aku jumpa - cerut, rokok, slide film, negative film, pen, pembuka sampul surat, eh, macam-macam lah. dan paling banyak, foto-foto berupa lanskap dan diri abah. semua foto aku tengok hinggalah pada satu foto ni. mata aku tancap pada abah yang sedang duduk atas hamparan salji. abah saya belajar di amerika satu ketika dulu, harap maklum. ya, foto ni la yang buat aku cemburu. walaupun aku belum akil baligh, tapi, rasa jealous dah terbentuk dengan sempurna.


sesejuk hati aku

aku tahu auckland tak ada salji, tapi aku akan usahakan kudrat untuk pergi ke otago atau canterbury atau tasman. tengok lah macam mana. yang penting, aku tak teringin nak panjat aoraki/mount cook. maaflah, aku ada sedikit acrofobia.

jadi...
hanya lima perkara ini yang aku mahukan di samping kejayaan mendapatkan segulung ijazah di bumi kiwi. moga Tuhan lanjutkan nafas dan bukakan peluang untuk aku.

well, korang mesti ada wishlist jugak kan?
sudi-sudi lah berkongsi.

sengihnampakgigi

p/s [1]: eh, tauranga kawasan sejuk kah?
p/s [2]: malam tadi dapat tidur nyenyak. yay!
p/s [3]: gambar adalah sumber google.


7 ulasan:

kak nina berkata...

in,kak nina xpenah pun lagi jumpe telur kulit putih kat sini.sume coklat je?and yes,sg avon tu xsempat g tahun ni,kite g tahun depan ya?yay!

bawangmerah berkata...

kak nina,
serius? tak kira, nak jugak telur warna putih! nanti macam mana in nak conteng-conteng? tak syok la kaler coklat T_T
okeh, nanti kita pergi, yay! :)

bawangmerah berkata...

takde siapa tegur kesalahan tajuk entri aku ni. nasib baik aku sempat betul kan. ngahahahahaha

Tanpa Nama berkata...

bwg, tu lah pasal, byk sgt yg dah balut kt kino. leceh nk g kaunter nk mintk tlg unwrap. and telur angsa kulit die warna putih. haha. mkn yg tu la.

bawangmerah berkata...

anonymous,
rajin nya kau pergi kaunter pastu suruh unwrap. kalau aku, dah tengok dia berbalut, terus aku blah tempat lain. hahahahaha
blueergghhh...takmo takmo. nak telur ayam kulit putih jugak!

caterpillar berkata...

...

hmm..

aku rasa ko patut tulis entri ni lam omputih. ka ko berangan laki ko mamat NZ?

hahahah....

basikal merah?? kalau harga basikal lebih kurang harga mototr cane? nak gak basikal?? but d idea is very cute... =)

bawangmerah berkata...

caterpillar,
aku tak reti aa tulis-tulis dalam bahasa inggeris ni.
kalau tulis lirik lagu, boleh la :P
eh, walau motor lagi murah, aku tetap nak basikal jugak. dah kata nak enjoy angin sepoi-sepoi bahasa di petang hari :)
cute eh? hahahaha