cuti musim sejuk : melanggar rutin pagi


4.00 / 5.00 am
bukak mata. bangun. kemas katil. buat sit up sebanyak duapuluh kali. tarik nafas sedalamnya selama sepuluh saat. capai tuala, masuk shower.

5.00 - 5.30 am
timbang berat. mandi.

5.30 - azan subuh
solat subuh. baca yassin.

6.15 - 6.30 am
masuk dapur. sediakan sarapan pagi - 
masak air (satu jag cerek elektrik). basuh dua bijik telur bersaiz sederhana (saiz tujuh). panaskan periuk pada meter keenam. masukkan air panas ke dalam periuk. tukarkan meter ke bacaan empat. masukkan telur ke dalam periuk. tunggu selama empat minit dan kemudian pecahkan telur ke dalam mangkuk. satu sudu kecik kicap dan satu sudu kecik lada sulah dimasukkan ke dalam mangkuk. kacau.
sarap dengan satu keping biskut gandum kraker.

6.30 - 7.00 am
bukak langsir. tengok matahari naik. kemas buku. periksa diari. catat kandungan makanan sarapan pagi.

7.00 - 7.30 am
bersiap untuk ke kelas.

7.30 am
keluar dari apartment. jalan menuju ke universiti.

***

tapi, hari ni --

aku bangun pukul 6.50 pagi. sungguh lewat.
itupun, nasib baik shuq yang kejutkan. kalau tak?

[geleng kepala]

solat subuh bukan di awal waktu. yassin tak dibaca. berat tak ditimbang. sit up? yang ni aku tak ponteng hahahaha
tapi aku terlupa nak tarik nafas sedalamnya selama sepuluh saat. haih.
breakfast pun dah lewat. pukul lapan, sikit lagi nak dekat pukul sembilan, baru nak makan. banyak perkara yang aku langgar pagi tadi. ini sungguh-sungguh buat aku upset. benci betul. kecewa dengan prestasi diri hari ni. my routine shoud be started at about four or five in the morning. bukan bila matahari dah naik oi !

ok.
esok janji tak nak buat lagi.



Tiada ulasan: