sang gembala di wilayah biri-biri : oh, luruh !


[tiup habuk]

hai semua.

[garu kepala]

ye, bagaimana harus kita mulakan? 
sebab rasa macam dah lama tak mengetuk papan kekunci untuk aktiviti sosial di alam maya. kalau mengetuk untuk urusan akademik, ada lah. macam, pagi tadi, baru aku siap menaip satu assignment yang sungguh psiko. betul, ianya sungguh psiko dan menakutkan. lebih menakutkan dari melihat bawah katil anda sendiri, tahu?
oleh itu, begini lah. aku mohon untuk kamu yang sedang baca penulisan aku ni - tolong doakan aku lulus ya?
lulus pun cukup lah. tapi kalau doakan aku dapat A, apa salahnya kan.

ah, gua takut dengan subjek ni sebenarnya woi ! 

ok ok.
[tarik nafas]

cukup dengan mukadimah dan drama sebabak itu.
(heh, senang rupanya nak buat introduction kahkahkah).
well, aku rasa, blog ni dah berkurun tak bercerita pasal wilayah biri-biri. 
kan?
baik ngaku.

so, realizing the fact that my blog dok asek merepek pasal benda-benda yang tahape-hape and you guys sebenarnya takde lah heran sangat nak membaca kan, therefore i've taken several photos that will show you guys my journey to the west route to university of auckland for everyday. er...minus hari rabu, sabtu dan ahad.

ready?
let's go !



alright. gambar-gambar yang bakal anda tonton ni diambil pada hari khamis pukul 7.20 pagi dan reason aku gigih keluar awal is because that was my last day of school visit. masa ni, aku tak tahu suhu auckland cbd berapa. nak kata sejuk, memang sejuk pun and aku pulak pakai baju kurung. hadoi.
tiap-tiap hari, aku wajib daki bukit ni, tahu? 
ti-yap-ti-yap-ha-ghi.



nampak tak daun-daun kering tu? kalau lepas hujan turun and daun-daun tu melekat, rupa jalan tak ubah macam wallpaper daun kering mohabbatein. geram. rasa nak baring pastu tangkap gambar tang tu jugak. tapi, tak mungkin lah kan.
bangunan tinggi tu, bukan bangunan apartment aku. ni apartment lain. tahun lepas, apartment ni termasuk dalam pilihan hati but my friends and i canceled nak duduk sini due to money factor and other stuff.



nak daki bukit tu, tak susah mana. awal-awal dulu, memang rasa lelah. tapi, pepatah telah mengatakan - alah bisa tegal biasa. lama-lama, ok je nak jalan laju-laju time daki bukit ni. dah la naik bukit, pastu jalan laju-laju kauu~
sungguh membuat aku kurus :)
then, dah habis daki, first thing first yang akan jumpa is, simpang empat. dan seperti tertera dalam gambar, kita dah ada kat symonds street sebenarnya. yay ! 
(motif apa kah menyebut yay ni?)



kemudian, kita akan belok ke kanan. kalau kita amek kiri, tu dah pergi tempat lain. contoh tempat lain, ada lah ke rumah budak-budak laki. 
eh.



tak banyak pun benda yang menarik sepanjang nak ke universiti. yang ni adalah salah satu bangunan university of auckland (aku rasa lah. sebab, cuba tengok. ada papan tanda berlogokan UoA). ada sesetengah waktu, bila masa aku nak pulang ke apartment, ada sekumpulan pakcik-pakcik, makcik-makcik yang berkot ala-ala korporat, keluar dari bangunan ni. aku kurang pasti ni bangunan apa kah. tapi gaya mereka macam baru habis berkonferantasi.



ok, kita teruskan perjalanan. dan, tadaaaaaaa !
raitonalist house. apa kah dia?
gua tak tahu hahaha



tapi yang ni gua tahu apa diaaaaa
ni kedai runcit forte. standard dia lebih kurang macam sevenelevan. cumanya, dia tak bukak duapuluhempat jam. kalau hari-hari biasa, dia bukak seawal pukul 7.30 atau 7.45 pagi, tak silap aku. kalau weekend, dia bukak lambat sikit. macam-macam benda ada dalam kedai ni. dan macam-macam benda tu, boleh tahan mahal jugak harganya kalau nak dibandingkan dengan countdown, tai ping dan lim chour. sebab tu aku jarang gila nak masuk situ sebenarnya kahkahkah



bagi siapa-siapa yang pernah membaca siri pertama, aku pernah mentioned pasal gereja st. peter. ini lah gerejanya. tak scary pun. bila tiba hari ahad dan kebetulan pintu gereja terbukak, aku curi-curi tengok apa yang ada kat dalam. dengan lebih tepatnya, aku sebenarnya usha anak-anak mat salleh yang berumur lingkungan tiga-empat tahun. geram ok. geraaammmm
muka sorang-sorang dah la macam anak patung. kadang-kadang, rasa nak culik bawak balik rumah hohoho



nota untuk sara : mama nak sekolahkan awak kat sini kalau papa kasi kita duduk kat auckland :)




baik lah tuan-tuan dan puan-puan. kita sedang menghampiri kawasan university of auckland. bangunan di sebelah kiri anda adalah salah satu bangunan universiti. eh, lupa nak cakap. bangunan-bangunan universiti aku ni, memang bersepah. sekejap ada kat sini, sekejap ada kat sana. 
masa aku tangkap gambar ni, kereta tak banyak lagi. manusia pun tak ramai. pagi sangat kott aku keluar.




tengok, banyak kan daun-daun. aku tak berapa suka musim luruh dan musim sejuk. salah satu sebab, ni lah. landskap alam suram. sayu je tengok daun-daun meluruh. kalau musim sejuk, lagi lah. tak turun salji tapi pokok-pokok hampir kesemuanya togel.



ni adalah bangunan kejuruteraan. antara bangunan yang aku jakun tengok masa mula-mula datang auckland cbd. everytime lalu sini, mesti aku nak pandang cermin dia. 
er...it's actually to check my appearance and outfit :D



yeah, considering postgraduate study?
maybe auckland university is just right for you.
ok, dah sampai pun universiti. ni adalah recreation center. tahun lepas, aku ada membership kat sini. kak lala pernah suggest kat aku, kalau takut sangat nak pergi recreation center terang-terangan, it's better to go lepas subuh. and i did go there after my subuh prayer, around 6.30 am. seriously, i enjoyed walking to the gym awal-awal pagi. manusia takde, kawasan lengang. sungguh tenang (eh, berirama pulak).
tahun ni, aku takde peruntukan nak bayar yuran keahlian. isks.
rindu nya nak usha makhluk testeron kacak. 
rindu nya nak bersenam kat gym.



bangunan berkaca ni, bangunan kate edger info commons atau nama pendek aku panggil - aisi. it's a place where people surf internet and do some work. because tahun ni internet aku agak terhad, boleh kata every weekend aku akan ke sini to skype with my family. so, by any chance you see me being available  on skype, my intention is nothing but to have a quality time with the family.



hah, sayu tak tengok pokok-pokok tu semua? sayu tak?



dan ini adalah perpustakaan umum. so far, untuk tahun ni, tak pernah lagi aku masuk. tahun lepas, memang rancak jugak aku pergi. aku suka pergi tingkat dua bahagian kesusasteraan dan pilihan tempat duduk adalah sebelah tingkap.



baik lah, dah sampai dah kita. this is the pick up point for our shuttle to drive us to schools. sebab kita dah sampai destinasi cinta kita, maka, elok lah aku berhenti menulis kan.
pasni, kita pergi tempat lain pulak.

hmm...where should i bring you guys eh? 



Tiada ulasan: