sang gembala di wilayah biri-biri : berlari-lari lah kau !

ada perancangan cuti musim sejuk yang tertunggak. disebabkan aku ke pulau selatan dan kemudian, bilamana aku pulang ke wilayah biri-biri, nad pulak belayar merentasi laut tasman, kami tak dapat nak carik masa untuk bersama-sama. begini lah hidup kami yang mencintai kaum sejenis. 
oh wait. bunyik lain macam je. sounds so wrong. bukan, bukan. maksud aku, hidup kami sebagai entiti yang belum ada apa-apa komitmen dengan makhluk testosterone. maka, sebagai gadis sunti yang ehem, comel, harus lah kami meluangkan masa bersama-sama untuk menyemai kasih yang masih ada.
kang kalau dah ada pasangan masing-masing, ingat ada masa lagi ke untuk kawan-kawan keliling pinggang? tak ada ok ! 
er...kalau ada pun, takkan sama punya ~
nenenenene

ok, kami sebenarnya dah lama gila nak puaskan nafsu makan sushi. kalau tak dijinakkan, agaknya boleh jadik monster paling horrible kott? 
so, kebetulan (eceh, kebetulan manjang ~) grabone buat promosi - limapuluh bijik sushi dari rangkaian sushi run cuma berharga NZD27.00. harga sebenar adalah NZD55.00. 
woho ! 
kalau anda lepaskan peluang gini, memang anda tak layak lagi nak gelarkan diri sebagai pemakan sushi tegar, tahu ?

satu perkara tentang sushi run, pesanan akan dibuat melalui laman webnya. sila klik sini. kesemua vegetarian dan seafood boleh dimakan kecuali ayam dan daging. oh, penghantaran hanya dibuat pada hari isnin hingga jumaat, tertakluk pada terma dan syarat. hujung minggu, tak ada ok ? kalau nak sangat ber-sushi hari sabtu dengan ahad jugak, sila keluar dari bilik anda dan menapak ke mana-mana st. pierres' sushi yang berhampiran.




sepanjang-panjang perjalanan dari apartment aku ke albert park, semua orang tengok platter sushi yang aku bawak tu. agak segan jugak bawak sushi cara gini. tapi, apa kan daya. aku terlalu malas nak transfer satu per satu sushi dalam bekas lain. maka, hah, amek kau !




teruja gila dapat makan sushi sebanyak ni. ggaaahhhhhh sedap ok ! sedaaaaaaaaap !
(kepada mereka yang sedang berpuasa sambil membaca entri ni, kawal-kawal la yek pengeluaran saliva anda hikhikhik)




ni je la saki-baki yang tinggal. sekejap je kami ngap tiga orang. lebih kurang dalam setengah jam. haih, punya la pelahap. terus hilang title gadis sunti yang comel. maaf lah, bila bab makan, kami tak ada segan-segan. semua terus bertukar jadik monster horrible-terrible-miserable. 

***




lawa ke tak design ni ?
the dress looks feminine and adorable. harga dia cuma NZD25.00 from NZD49.99. 
hmm....

[ berfikir sungguh-sunguh ]

***



bak kata kakak, mata aku macam mata panda.
ye lah, panda pun panda lah ~
panda kan comel. ahaks.


selamat berpuasa kepada mereka yang membaca entri ni !
wilayah biri-biri start puasa pada hari yang sama dengan tanah melayu. apa kah kita berpeluang beraya sama-sama jugak nanti ?
eh. baru puasa sehari, dah cerita pasal raya. hish.



Tiada ulasan: