untuk pertama kali, umi bawak aku bercuti ke luar negara - china. dulu-dulu, umi plan nak bawak aku pergi bandung lah, singapura lah, india lah. tapi tak jadik pun. so, untuk cuti kali ni, aku langsung tak meletakkan sebarang harapan.
as the saying goes, hope is for losers.
dan aku bukan seorang loser, ok?
aku pergi bawah agensi pelancongan KSD. maka, sebarang kos melibatkan penginapan, aktiviti, pengangkutan dan makanminum, aku surrender awal-awal. aku tak tahu. semuanya sudah diuruskan. kau bayar, kau merasa. sebab tu aku cakap kat umi, backpacking ni bukan lah backpacking cikai like i used to experience. instead, ianya mewah !
lokasi percutian aku - kota guilin.
kota guilin tak macam kota beijing, shanghai atau guangzhou. ianya lebih kepada alam semulajadi, bukan bandar moden. so, aku umpamakan kota guilin seperti bandar queenstown.
ok, sebelum aku ceritakan itinerari guilin selama lima hari empat malam, meh sini aku bukak cerita sikit pasal kota ni.
dikatakan, dahulunya, kota guilin dipenuhi sejenis pohon. apabila berkembang, bunga daripada pohon itu akan menghasilkan satu bau yang wangi dan menjadikan satu kota berbau harum.
"lin" bermaksud hutan. manakala "gui" adalah nama pohon tersebut. hence, the title of this entry.
penerbangan kualalumpur-guilin tak lama. lebih kurang tiga jam tigapuluh minit. kami tiba di lapangan terbang guilin pada pukul 10.15 pagi dan perjalanan dari situ ke nadi kotanya hanya empatpuluh minit.
ni adalah restoran yang disyorkan agensi pelancongan kami. makanan dia, boleh tahan lah. makanan wajib yang ada kat meja ialah sup. tak kira sup apa. selalunya, sup sayur air. sekurang-kurangnya, setiap kali waktu makan, kami disediakan tujuh jenis hidangan berupa ayam, daging, telur, ikan dan sayur. satu perkara pasal restoran ni, dia takkan hidangkan makanan awal-awal. bila kitorang dah ada kat meja, baru dia start masak. pergghh ... !
nasib baik gua dah alas perut siap-siap. kalau tak, mau tak naya tahan perut lapar ?
habis lunch, kami ke masijd yang terletak bersebelahan dengan restoran. nama pun masjid cina, so, the design really tells me much.
1. elephant trunk hill
aktiviti kami sekadar berfoto. bagi yang punya kamera tigaribu, boleh la amek gambar alam yang terbentang luas. bagi yang takde kamera, hah, jadik lah model tak bertauliah.
ok, model tak bertauliah macam gini lah ghupanya. hanya bayar sepuluh yuen sahaja untuk mengenakan pakaian tradisional ni. gaya tu semua, kau jangan risau. jurufoto akan guide punya.
dalam masa sepuluh minit, dapat la aku feeling-feeling kejap jadik puteri hang li po kehkehkeh
2. fubo hill
again, tak banyak benda boleh buat kat sini selain berfoto. tugu pahlawan berkuda tu sebenarnya seorang jeneral fubo yang bernama ma yuan . aku tak tahu samada dia terlibat dalam romance of the three kingdoms ke tak sebab aku belum lagi habis khatam. aku cuma tahu pasal battle of red cliffs yang melibatkan cao cao, zhuge liang (sebut: chu-ke li-ang), liu bei dan sun quan. nama ma yuan tak pernah dengar pulak. tapi, kalau dah sampai bina tugu, mesti dia terlibat dalam mana-mana perang in romance of the three kingdoms, ye dok?
dalam kawasan fubo hill, ada beberapa tempat yang menjadik tumpuan para pelancong seperti thousand buddha cave (which seriously has a lot of buddha statues), sword testing rock dan thousand men pot.
setiap tempat, ada lagenda dan kepercayaannya. contohnya, sword testing rock. dikatakan, ma yuan buntu bila rundingan damai dengan pihak musuh tak berhasil. lalu, dia menghayunkan pedangnya yang tiba-tiba memecahkan tonggak batu. melihatkan peristiwa tersebut, pihak musuh segera menyerah kalah.
sebab tu, kalau tengok betul-betul, memang tonggak batu tu kelihatan terpotong. dan, bagi masyarakat tempatan, mereka percaya yang barangsiapa mampu melunjurkan tangan melepasi tonggak batu tersebut, nescaya dia akan beroleh keberuntungan.
ke jodoh.
aku lupa. yang pasti, gua tak percaya lah.
ke jodoh.
aku lupa. yang pasti, gua tak percaya lah.
3. toko teh
atau kedai teh. perlu diketahui, pemandu pelancong kami ni orang cina bandung. dia baru duapuluhempat tahun and she came to china to read chinese literature. makanya, dia berbicara bahasa indonesia sama kami. kadang-kadang, ada je perkataan dia aku tak paham, macam "anduh kecil" (tuala kecil), "wisata" (pelancong) dan amenda tah lagi.
yang tersusun menjadik tiang tu adalah teh pu-erh (silent H). secara faktanya, lebih lama usia daun teh ni, lebih berkhasiat ia.
kami dibawa ke bilik khas terlebih dahulu untuk mendengar penerangan berkaitan teh-teh cina. sekurang-kurangnya, ada tiga jenis teh cina yang diperkenalkan. satu, teh pu-erh. dua, teh guilin dan tiga, teh - aku dah lupa nama dia apa.
teh guilin berbau wangi sebab hakikatnya, kita bukan mereneh daunnya, tapi bunganya.
teh yang aku lupa namanya apa, dia ada keistimewaan tersendiri. apabila minum, ianya berasa pahit. tapi, apabila diteguk air kosong selepasnya, tekak akan berasa manis. bak kata pemandu pelancong kami,
"biar pahit dulu, manis kemudian"
ye laahhhh
gadis yang paling hujung di kiri - dia lah yang menerangkan segalanya. she's a real chinese dan atas dasar usahanya sendiri, dia belajar bahasa indonesia.
teh cina elok direbus atas api. daannnn tak perlu la kau nak tarok gula ye. yang bestnya, teh cina boleh mengempiskan perut.
aku memang minum teh tanpa gula. teh yang aku minum selalunya peppermint tea. lepas ni, i would love to practice drinking chinese tea. who knows, gua boleh jadik lagi slim ?
pada malam hari, kami dibawa shopping di sekitar kawasan hotel. mind you, hotel jinpu terletak di tengah-tengah bandar. jadik, banyak kedai sekelilingnya. disebabkan suhu malam yang dingin dan mata separa letih, aku tak snap satu gambar pun. lagi pulak, manusia boleh tahan ramai ouh ! kang kalau kamera tercicir, nangis tak berlagu aku ni.
ok, aku stop sini dulu.
nantikan itinerari guilin pada hari kedua yah !









4 ulasan:
bila masa ko gi cuti ni yang?
anyway, sangat cute ok gambar yang umi pelok ko dari belakang, and dua dua peaceeeeeeeeeeeeee! ahahaaa
homakkaiii, comel sungguh puteri hang li po bukit katil tu haa!!! :p sangat cute okay baju tuuu!! curik boleh? hahaha
Awesome A,
duapuluhtujuh haribulan aritu yang.
hahaha umi tiru aku ! aku buat peace, dia pun nak buat jugak. aku layan kan je :D
nak curik baju ke, nak curik orangnya? kahkahkah
hahahaha.... aku curik kau 16hb nanti!! hahahaha gi honeymoon :p
Awesome A,
hahaha sila silaaa
tak sabau nak kena curik
Catat Ulasan