kami check out.
oh, lupa nak bagitahu dalam entri ni. kami tidur di salah satu hotel di yangshuo (lupa pulak namanya apa) sebab dah lewat sangat nak pulang semula ke hotel jinpu.
1. shangri-la park yangshuo
kalau nak diumpamakan, taman shangri-la ni serupa macam sarawak cultural village. cuma, sarawak cultural village ada banyak etniknya. di taman shangri-la, hanya empat etnik ditumpukan : miao, yao, dong and zhuang. keempat-empat etnik ni, ada diceritakan dalam impression sanjie liu.
diriwayatkan suatu ketika dahulu, taman shangri-la adalah tempat yang paling indah di dunia (kata buddha). tak ada tempat yang boleh challenge dia (kata buddha). dan, diibaratkan seperti sebuah elisium (kata buddha).
ketika kami tiba di sini, hujan sudah renyai. tapi, anginnya, ya Allah. aku tak tahu macam mana dorang boleh pakai costume dorang dengan cuaca gini. kental sungguh.
untuk permulaan, kami dibawa naik sampan menyusuri sungai kecil dan melalui gua-yang-tak-diketahui-apa-ke-namanya (eish, kadang-kadang gua rasa lain macam tulis bahasa melayu to describe every bits of our journey. ok, sambung baca).
sepanjang sepuluhminit bersampan, kami dihidangkan (?) landskap semulajadi dan persembahan berupa nyanyian dan tarian daripada empat etnik yang dinyatakan. kemudian, kami naik ke darat bagi mengetahui tentang mereka dengan lebih dekat.
2. toko perubatan
habis di taman, kami ke industri perubatan. kami dibawa ke sebuah bilik (sudah tentu untuk acara mempromosikan produksi mereka) dan diberi rawatan urut kaki secara percuma. yay !
setiap individu dikehendaki terlebih dahulu merendam kaki ke dalam air herba yang bersuhu 99 darjah celsius.
eh, gua tak tipu ok ? memang betul-betul panas pun.
teknik rendaman ;
mula-mula, biarkan telapak kaki di atas permukaan air. jangan masukkan kaki lagi, tau. main-main kejap dengan wap air supaya liang-liang pori terbukak. agak-agak dah serasi, masukkan buku lali dulu secara perlahan sebab epidermis di buku lali lebih tebal berbanding permukaan telapak kaki yang lain. kemudian, masukkan kaki sepenuhnya ke dalam air dan jangan sesekali mengocak. kaki mesti pegun.
lebih kurang sepuluh minit kemudian, masseur akan datang pada setiap individu. tapi, sedihnya, tak ada siapa yang datang kat aku. fine, ini pelik.
tiba-tiba, there was a lady came to me and asked,
"sister, how old are you?". aku jawab, duapuluhdua sambil buat tanda 'peace' (dan muka comel).
rupanya, kata pemandu pelancong kami, di china, sebarang urutan badan tak akan diberi kepada budak yang berumur duapuluh tahun dan ke bawah kerana dikhuatiri akan membantutkan pertumbuhan fizikal mereka.
damn, patut lah !
3. toko jed
macam kat toko perubatan, we were placed in a room and briefed about jades. seriously, the session was soooo boring. dah le hidang air kosong. kott kalau teh, gua happy la jugak.
kedatangan kami ni of course dimaklumkan and surprisingly, the ceo of the jade company wanted to meet us. walaweyyhhhh
aku dah pikir dah - kalau ceo, mesti laki tua pastu perut boroi. berkot dan ada curut terkepit di hujung jari telunjuk dan tengah. ala, macam dalam filem-filem tipikal meleis.
sekali dia masuk, erk.
ok, he's not that old. he's not that handsome either. cuma, yang menarik perhatian aku, dia ni nampak humble. ye, betul-betul humble punya orang. pakai biasa-biasa je. gaya cakap cukup down-to-earth. and bila dia kisahkan pasal mak dia diselamatkan sepasang suami isteri melayu dari malaysia masa tsunami melanda banda aceh, muka dia boleh bikin orang tersentuh ouh. tapi aku tak nangis lah.
so, sejak kejadian tu, mak dia dah pesan siap-siap - if ever malaysians pay visit to the company, personally go and greet them. then, give them a good price for every purchase. jangan sesekali kaut untung. and that tells the reason why i can wear a sapphire ring hihihi
(siapa lah pakcikmakcik yang nolong mak ceo ni. cukup bertuah kami)
4. seven stars park
actually, agak lama kami berada di toko jed. well, you know la perempuan ni. barang-barang kemas memang susah nak ditinggalkan. dan disebabkan kami begitu lama kat sana, kami hanya singgah sekejap saja di seven stars park. satu, untuk solat jamak takhir. dan dua, untuk bergambar kat bukit unta (atau nama inggerisnya, the camel hill). nampak kan unta nya ?
well, bekas presiden AS, bill clinton pernah berucap kat sini jugak. dan untuk memperingati acara tersebut, sebuah batu peringatan telah dibina.
heh, hebat.
hari ketiga kami ditutup dengan aktiviti membeli-belah (again !) di sekitar hotel jinpu. aha, masa ni kami dah ada kat nadi kota guilin dah. ikutkan hati, rasa takmo keluar. nak balik hotel, terus tidur. tapi, umi cakap rugi kalau tak keluar malam ni. oh yeah, shopping sememangnya tak pernah merugikan kan ?
so, i went out.
and i shopped till i dropped.
literally dropped.





3 ulasan:
let me guess, every kedai kau masuk kau ada beli something? aku beli teh cina, and gelang batu from apa tah.
p/s: aku pun jumpa ceo ledai jade tuh jugak!
haha aku tergelak part kene tanye umur tu.. haha. ngokngeks
kura-kura,
hahaha of courrrsseee
gosh ! you came to the same place jugak ke?
mesti dia bagi you a good price too :)
awesome A,
kaannnn
kesengalan sungguh !
Catat Ulasan