cuti musim panas : ke hutan gui #04

hari keempat merupakan hari terakhir melancong di kota guilin sebab hari kelima consider nak balik dah.




1. crown cave
tempat pertama yang kami kunjungi. 
perjalanan ke sini agak panjang - maklum lah, nak masuk gua kott. haruslah di ceruk pedalaman sikit. so, my breakfast was a bit extra and heavier. in fact, aktiviti masuk ke gua boleh dikatakan non-leisure. lots of energy need to be consumed for walking (and camwhoring).
untuk memasuki gua, pertama sekali kami kena turun menggunakan elevator (sila rujuk gambar atas sebelah kiri). ini lah elevator asia yang pertama dibina dalam gua. tak silap aku, ianya berketinggian 50 meter. bila dah betul-betul masuk ke perut gua, ada banyak gila stalactites and stalagmites. you'll find them so amazing and of course, sakit tengkok nak menengok.




selain berjalan, kami jugak menyusuri sungai menggunakan sampan dan lorong-lorong gelap menggunakan keretapi mini. paling menarik, dalam gua ni ada air terjun ouh !




2. toko sutera
ya, kami ke industri sutera kali ni. kami dipamerkan kitaran sutera - bermula daripada kejadian ulatnya hingga lah penghasilan kain sutera. kerana sutera ini adalah hasil alam semulajadi, ianya baik untuk kesihatan. apa orang putih kata, natural beauty ? ha, gitu lah. kata pegawai di industri ni, khasiat sutera tidak boleh disangkal lagi. sebab tu, nilai sutera adalah tinggi dan pada zaman dahulu, hanya maharaja dan golongan istana yang memakainya. produk yang terkenal di sini ialah silk comforter. kalau nak beli kain ela, elok lah kiranya kamu semua ke kota beijing atau guangzhou. di sana ada banyak pilihan dan harga pun boleh tahan best.




5. toko mutiara
kami tak lama pun berada di toko sutera kerana seterusnya, kami ke toko mutiara pulak. acara membeli-belah di toko mutiara tak sekencang seperti di toko jed. mungkin kerana kami tak berjumpa dengan ceo syarikat mutiara ni, langsungnya, tiada harga istimewa yang diberikan.



duuhh 
aku sendiri rasa bosan sepanjang berada di toko mutiara ni. aku siap camwhoring sorang-sorang (ye la, takde siapa nak layan aku kaannn). sebenarnya, ada jugak aku tengok-tengok cincin, subang dan rantai dalam kaca-kaca jernih tu. tapi -
oh dear, kalau mampu beli, baru lah syok. ini, takat mampu pandang dan blah pergi. sedih, tahu ?
maka, wahai future husband, boleh kah satu hari nanti kita ke sini semula dan membeli satu-dua barang ? saya promise tak mintak yang lebih-lebih (sambil buat muka paling innocent dan comel).



4. dream like lijiang
pada sebelah malam, kami menonton persembahan akrobatik pulak. but, it was not an outdoor performance seperti impression sanjie liu. instead, it was held indoor-ly. pun begitu, suhu yang dirasakan adalah sama dengan suhu di luar. sejuk gila ok. aku pun heran kenapa tak dipasangkan heater.
ada tiga babak yang dipersembahkan dan pada babak yang terakhir, aku dah tidur dah. tak larat aku nak tengok manusia berputar-putar atas pentas. and bila keluar daripada teater, aku langsung tak ada mood nak bergambar dengan ahli akrobatik. aku terus naik bas and tidur.

sebelum sampai di hotel jinpu, kami sempat lalu sebelah tasik guilin banyan dan tasik cedar. di situ, ada dua pagoda yang melambangkan matahari dan bulan. keindahan kedua-dua pagoda akan terserlah pada waktu malam saja. well, because i was damn tired and my eyes were half-closed, aku tak turun pun dari bas. in fact, kami semua tak turun sebab suhu makin lama makin sejuk. kepenatan tu, toksah nak cakap lah. memang terasa sampai ke tulang !
but still, surprisingly, i was willing to walk with umi in the midnight semata-mata untuk ber-shopping buat kali terakhir di kota guilin.
gila gigih, kan ?

***




hari kelima - tamat percutian aku di tanah besar china.
sememangnya, bercuti mengikut pakej pelancongan sangat melunyaikan. hence, ada dua perkara that i'll bear in mind. satu, aku tak nak dah bercuti pada musim sejuk. as a matter of fact, autumn and winter are never my favourites. walaupun aku dah dua tahun duduk kat tanah auckland, it doesn't mean aku boleh tolerate dengan dua musim ini (tapi, tahun ni, aku dah bercita-cita nak pergi ke queenstown sekali lagi on my winter break !).
dua, aku tak nak dah bercuti mengikut agensi pelancongan. i prefer to go backpacking with my friends. lagi fun. lagi adventurous. dan paling penting, lagi relax.

apa-apa pun, i should thank umi for spending some time with me in overseas. 
lima hari yang padat dan lima hari yang mengajar aku kental.

nota : tolong doakan aku cepat menyembuh ya ? selsema dan sakit tekak belum lagi menyurut :(
kan dah cakap tadi, i cannot tolerate with winter.

nota sekali lagi : ini adalah entri yang kelima ratus, wo-ho !



2 ulasan:

Unknown berkata...

*best nye masuk gua tuu. aku penah masuk gua batu caves jek. haha

*tak sihat ye? syafaakillah my love :)

bawangmerah berkata...

awesome A,
ya, best ! sebab suhu dalam gua tak sesejuk macam kat luar sana.
thank you, yang.