c'est la guerre #2


akim786 : weh

erin_118 : pe

akim786 : nk tnye smthing

erin_118 : amende

akim786 : ko nmpk yan x kt uni

erin_118 : x. apsl?

akim786 : tnye je

erin_118 : bkn ke dia 1 kls dgn ko

akim786 : haah

erin_118 : dh tu?

akim786 : ak cll dia xdpt

erin_118 : msj? dia x dtg kls ke

akim786 : em...ntah la. mcm xprsn. kt uni pun xnmpk dia

erin_118 : dh msj?

akim786 : dh. xjwb. xpe la weh. sorry kaco.

erin_118 : try aa pegi rmh dia

akim786 : xpe la. k, gtg. salam.

***

musim luruh, seperti fakta sudah menyebut, merupakan musim peralihan dari musim panas ke musim sejuk. ketika ini, kebanyakan tumbuhan yang bersifat deciduous mula mengalami perubahan warna daun dari kehijauan ke keperangan. selain perubahan ketara sebegitu, waktu siang akan mula berkadaran pendek dan cuaca dingin mula mengambil alih.

musim luruh, seperti diterjemahkan bahasa inggeris ialah autumn.
autumn merupakan bahasa pinjaman daripada bahasa perancis purba, yakni autompne (atau automne, mengikut bahasa perancis moden). ianya kemudian diubah mengikut acuan bahasa asal latin - autumnus. pun begitu, tidak begitu banyak contoh penggunaan perkataan ini pada awal kurun kedua belas sehinggalah ke kurun enam belas.

sebelum kurun enam belas, hakikatnya, perkataan tuai (harvest) digunakan bagi merujuk kepada musim luruh. apabila lanskap hidup manusia berubah daripada konsep pertanian kepada pengkeranian, perkataan harvest tidak lagi relevan. sebaliknya, perkataan fall mengambil tempat.

fall merupakan alternatif bagi autumn dan terma ini kebanyakannya digunapakai di amerika utara. mengikut sejarah peradaban, fall berasal daripada perkataan jerman purba. tiada fakta sejarah yang tepat menjelaskan perihal terbitan katanya, namun, mengikut bahasa inggeris purba, fall berkemungkinan diterbitkan daripada perkataan fiƦll atau feallan. dan, kesemua perkataan ini memberi maksud yang sama - to fall from a height. pada kurun keenam belas, bahasa inggeris kelas pertengahan mengekspresikan ungkapan seperti "fall of the leaf" dan "fall of the year" yang sejelasnya menggambarkan suasana musim luruh. ianya kemudian diringkas sebagai fall sahaja.

seandainya dirujuk perkataan fall, secara literalnya bermaksud gugur. lantas, perkataan gugur sesekali dikonotasikan dengan kesayuan yang meruntun jiwa, juga, kesuraman dan kepiluan yang mengiring rawan hati rapuh.

hari khamis ranjangnya rahu,
ditiup angin luruh bunganya,
adik seorang yang saya rindu,
orang yang lain apa gunanya.

rindu?

hakim buangkan pandangan ke jendela kaca.

apa khabar dia sekarang ni...

***

"oi akim!"
"oi! kau niiii terkejut aku"
"leee...itu pun terkejut ke? tak jantan langsung"
"ngek. ni bukan jantan tak jantan. ni kau tak kasi salam, sengaaal. main sergah je kau"

erin sengih.

"lek aa. dah habis kelas kau?"
"belum. ada lagi satu pasni. pukul satu"
"ooo...dah tu, ni kau nak pergi mana?"
"munchy mart kejap. lapar kott"
"eh, haah kan. lunch hour. well, pe kata, kita lepak kat quad?"
"aku..."
"aku nak cakap pasal yan"

muka hakim terus berubah.

"kau dapat contact dia?"

erin angguk.

"serius?"
"to be precise, aku jumpa dia. hakim, better kau beli makanan dulu. kejap lagi aku cerita"
"takpe lah. makan boleh nanti. yan macam mana?"

erin tarik nafas.

"yan...entah lah. macam sakit"
"ha?"
"muka dia pucat semacam. pastu, the way dia jalan macam menunduk sikit. bukan menunduk. more to membongkok. aku rasa dia ada something wrong lah"
"bongkok as in --?"
"as in, kau tahan sakit kat perut. macam ni"

erin imitate.

"kau ada tahu apa-apa ke pasal her medical history?" erin soal.
"setahu aku, dia ada gastritis"
"lagi?"
"tu je la kott"
"aku syak she's cut her food. dapur dia bersih kott. aku tengok macam dia tak masak langsung"
"ye ye je kau ni. entah-entah dia makan simple food"
"simple food macam biskut semata?"
"nasik dia tak makan ke?"
"aku ada tanya dia, dia tak masak ke. dia kata malas. aku tanya lagi, tak beli barang masak ke. kalau ada, aku nak masakkan. sekali, kau tahu apa ada kat dapur dia?"
"apa? maggie?"
"kalau ada maggie tu, kira nasib baik lah. ni, nothing. naaa-ting!"
"tipu aa"
"tipu kemendanyaaaaa. beras takde. mee hoon takde. yang ada, carrot dua-tiga batang. tu je. ha, dengan biskut crackers atas meja"

hakim bisu.

"korang gaduh eh?" erin cuba siasat.
"kau borak apa lagi dengan dia?" hakim tukar arah bual.
"takde apa pun. just asking what she's doing lately sebab aku pun tak nampak dia kat uni sebenarnya"

"dia skip kelas, kau tau?" hakim bukak cerita.
"yan? skip kelas?"

hakim iyakan.

"that's not her"
"it is her. for now"
"dah berapa lama?"
"few times. tu yang aku tanya kau. mana tau --"

"YAN!" hakim melaung tiba-tiba.

erin menoleh belakang.
yan?



Tiada ulasan: