bosan dengan mayonis?

secara jujurnya, dah lama aku tak amek mayonis. kali terakhir, entah lah. mungkin dah setahun lebih aku tak merasa. ala, aku pun tak kisah sangat sebab aku bukan kemaruk makan mayonis.

there was one time, i was looking for a mayonnaise recipe because i wasn't sure how mayonnaise in market is produced. well, there are actually several stuff i made on my own. like, my home-made almond butter, my vegan patty burger, my sweet buns and my vegan spring-roll. i don't know why i've started to have this attitude - making home-made food. maybe because i know exactly what the ingredients are. and what's more important, the ingredients are guaranteed to be clean and healthy.
aku bercita, esok-esok aku nak bukak ladang sayur pulak. 
i wanna grow my own crops ouh !

ok, back to the mayonnaise recipe. i've got it. yet, it takes a lot of effort to make it. one thing about myself, i love easy-quick recipe, not the complicated-super-time-consuming. ufff, i don't want to waste my time in the kitchen. 
banyak lagi benda aku nak buat. contohnya - menonton cerita 'cinta jangan pergi' (lepas tu, aku meroyan sorang-sorang sebab bengang tengok khalil dan lea).

nak dijadikan cerita, i've found another alternative from a web (i can't remember which site it is - i should have taken a note next time so that i can cite it later). instead of using mayonnaise, why not using avocado?

sila ketahui - rasa avocado lagi berganda sedap dan berlemak berbanding sapuan mentega, mayonis dan keju. percaya la weeyhhh

baik lah.
ini adalah sarapan pagi yang sungguh mengenyangkan. dah dua hari aku makan sarapan ni dan paling utama, aku tak rasa bersalah langsung mentekedarah benda ni. mana taknya, jumlah pengambilan kalori untuk hidangan ni adalah 403 kcal (approximately 27% RDI - recommended daily intake). 

-

bahan-bahan:
1. dua biji telur rebus (saiz kecik)
2. setengah biji buah avocado
3. garam dan lada hitam
4. biskut rye (4 keping)

cara-cara:


 1. rebus kedua-dua biji telur. i prefer hard-boiled eggs because the yolks are fully cooked. if they are soft-boiled eggs, the yolks are partially hard which looks more likely half-boiled eggs. i don't like it anyway.



2. kemudian, asingkan putih telur dan kuning telur. cincang putih telur - tak kisah korang nak cincang hancur atau cincang kasar. aku suka kasar-kasar sebab bila makan nanti, macam puas tengok ada telur dalam pinggan.



3. sekarang, masukkan setengah biji buah avocado ke kuning telur. buah avocado ni, bila dah masak ranum, senang gila nak lecek. rasa pun sedap-sedap-lemak.



4. spring some pepper and salt. akhir sekali, baru campurkan bahan lecek dengan putih telur yang dicincang tadi.



5. tadaaaaaa ! kalau tak nak makan dengan biskut, boleh jugak makan dengan roti. tapi, nilai kalori bukan lagi 403 kcal lah. 



pesanan ringkas :
untuk menyimpan setengah biji lagi buah avocado, perahkan jus limau ke atasnya dan simpan dalam bekas kedap udara. pastu, masukkan dalam peti sejuk. boleh la bertahan sehari dua kott. tapi, untuk kes aku, takkan bertahan punya lah. esok pagi mesti dah habis.

aku syak buah avocado kat malaysia mesti mahal gila. kalau kat tanah auckland ni, paling mahal pun, NZD 2.00 sebijik. kira affordable for a student like me.

-


this is my yesterday's outfit to class. as usual, it's from pumpkin patch.
oh ya, nak tahu satu perkara? 
kalau dulu aku pakai saiz 11 tahun kanak-kanak, sekarang aku dah mula pakai saiz 10 tahun kanak-kanak. yeahhh aku suka perasaan ni - dapat pakai baju yang makin lama nombor saiznya berkurangan wakakakaka !



2 ulasan:

Syanaz Lee berkata...

yes, obviously. avocado mahal gile kat malaysia though idk the specific figures. ko jangan nak post2 bnde best tapi mahal ok, aku tau la new zealand awesome! lol emo.

btw, how much is sweet almond oil there? like the biggest bottle they have.

bawangmerah berkata...

onigiri,
sweet almond oil?
tak pernah tahu pulak harga dia.
kalau almond butter, aku tahu aa.