c'est la guerre #4


"hi..." hakim sambut.
"hi...kau...-"
"futsal. ada try out"
"oh, ok..."

ya Allah yan. 
apa kau dah buat kat diri kau ni?

"aku...masuk dulu?" yan mohonkan permisi.
"ok" hakim balas ringkas.

tipu kalau hakim tak merasa apa. menghantar yan saja di muka pintu gym sudah menyuntik kapilari hakim dengan satu esen pedih. sungguh, melihat fizikal yan tika ini meluluh jiwa jantannya. 
badan yang susut. wajah yang pucat. mata yang suram. bibir yang pecah.

bukan lagi -
badan yang lincah. wajah yang riang. mata yang bundar. bibir yang merah.

she's damn sick.
totally.
as twiggy as a skeleton. as pale as a corpse. as hollow as a socket. as crack as a pottery. 
she's dying from the inside. 

she is.



'akim'

whatsapp dari yan.
hakim kembali ke kawasan gelanggang semula.

***

"aku cancel nak jumpa semalam sebab hujan"

berdua, hakim dan yan berjalan dalam pekat malam muda. menurun bukit sama, mereka menuju ke kedai kopi terdekat. moga bulan di atas langit sana menjadi saksi rundingan damai dua entiti. moga bintang yang tergantung elok di sisi bulan menjadi mata ke atas misi keamanan ini.

"aku tak nak kau kena hujan, yan" hakim sambung lagi.

yan senyap. hanya senyuman mampu membalas kata hakim buat masa sekarang. hakim tetap hakim - yang selalu risau akan dirinya. yang kenal sangat 'fragility' itu adalah nama tengahnya.

"nasib baik malam ni tak hujan. cuma, sejuk je lah. kita minum sini nak? dia tutup lewat sikit"
"boleh je. mana-mana"


"kau macam mana sekarang?" yan mulakan.
"macam ni lah...still survive. kau?"
"aku...ok..." sedikit kendur suara yan.
"betul?"

yan geleng.

"hari khamis nanti, aku amek result gastrocopy aku"

hakim tak terkejut. 
sudah terjangka.
yan - sakit.

"aku dengar, kau tak makan, yan"
"em..."
"kau tak datang kelas..."
"aku tak larat, akim"
"kenapa kau macam ni?"
"aku, aku takde jawapan"
"susah nak caya kau jadik sampai gini"
"at least, aku tak mati lagi..."
"hey..."

yan senyum kelat.

"bila kau keluar dari bilik aku on that day, i couldn't help it. i've told you kan, i'd be emotionally affected" 

yan - kalau dah datang gila dia, memang betul-betul dia buat. tapi, ah, bukan mudah juga untuk hakim bertahan di situ. lebih baik dia pergi sebelum amarahnya musnahkan segalanya.

"yes, i cut my food. i just don't wanna eat. until, i get sick. i couldn't think straight. i was, i was --"

hilang sudah katanya. yan tunduk, kacau air kopi. perlahan dan perlahan. selama masa merangkak dan meneman kacau air dia, yan cuba sedaya mungkin perkemaskan ayat dalam kepala sebelum bibir menyebut sepatah dua.
dia angkat kepala semula. hakim masih beku.

"aku teruk kan?"
"tak, aku yang teruk, yan. aku buat kau sampai jadik macam ni"
"it's not your fault. aku ni yang bodoh. terlalu...caught up in this matter. entah la akim. you know what, the first gp i met, dia sebenarnya salah kasi ubat"
"what?"
"she overlooked my size. so, i was, in a way, was od'ed. got diarrhoea and my head spinning macam nak gila. then, kawan medic aku convinced aku, amek the second opinion from the other gp. this time, the gp gave me the right amount of meds. but, there's another thing"
"apa?"
"she put me up in the list. buat gastrocopy"
"apa tu?"
"it's a procedure. to check my stomach, duodenum. aku agak takut sebenarnya. aku takut dengan result. what if--?"
"insyaAllah, takde apa"
"hmm..."

"sebenarnya, aku terkejut tengok kau kat gym semalam. kau betul-betul--"

hakim tak berani meneruskan kata.
...kau betul-betul sakit. aku rindu kau - yang dulu.

"aku apa, akim?"
"takde, kau nampak lain sekarang"
"lain macam mana?"

hakim tangkap tangan yan yang terletak atas meja. 
mengusap perlahan. menilik sendi. dan merenung setiap urat yang menimbul. hakim perhati.
such cadaverous.

"hakim..." yan tarik tangan. takut.
"i'm sorry"
"it's ok"
"for everything, yan"
"akim..."
"i tried to reach you. bila aku dapat tahu kau tak makan, aku try nak cakap kat kau sebenarnya. tapi aku tak tahu macam mana. aku ingat, at least kalau kau tahu aku suruh kau makan, kau maybe dengar cakap aku. and, makan. kan?"
"tapi...kau takde pun--"
"aku tahu...entah lah..."

silence.

"aku ingat nak balik malaysia lah" 
"malaysia?" hakim terus angkat kepala.



Tiada ulasan: