episod empat : hajat

"eh, bawang!"

aku terus menonong ke depan, sempat toleh ke belakang kejap pada suara itu.

"oit!" tangan yang satu melambai dan satu lagi membuka laju pintu kayu asrama aisyah.

GEDEGANG!

"B.A ke?!" terselit pertanyaan farah.

"haah"

"jaga diri!"

"yaaaa!" aku hanya mampu menjawab ringkas tatkala diri sudah berada betul-betul di luar bangunan asrama aisyah.

"hadi!" kini langkah sedang menuju ke tangga koperasi.

"pergi B.A ke?" hadi galak hirup air kotak.

"haah"

"buat apa?"

"socioo!" juga aku laungkan jawapan dari jauh.

gila. sekarang pukul 4.45 petang. ah, terpaksa.
esok, sociology ada satu masa. sah-sah kena present tajuk tadi. nak tak nak kena online jugak. kalau ada duit lebih, kan bagus. tak payah nak susah-susah pergi kelas time macam ni. sewa broadband sudeyh...

***

"in!!"

shit. aku dah agak...

bau peluh lelaki berpusu-pusu menusuk ke lubang hidung. dasar budak laki...!

"oit oit. jangan nak jalan dekat-dekat. jauh sikit"
"eleh"
"apa eleh-eleh? dah le busuk" aku sengaja tutup hidung depan dia.
"busuk sebab peluh. peluh sebab sukan. sukan tanda sihat"
"shuddup"

aku malas nak berdebat. otak dah tepu dengan sociology, tak kuasa nak tepukan lagi dengan benda lain.

"buat apa pergi B.A?"
"online tadi. esok ada presentation socio"
"owh...exam ta-"
"shooooot!" aku cepat-cepat letakkan telunjuk pada mulut sendiri.
"asal?"
"tak nak bincang"
"susah ke?"
"awak..."
"ok ok" dia angkat tangan. surrender.


"awak" aku keluarkan handphone. hajat menunjukkan sesuatu pada dia.


"masuk lah" dia beri kata positif.

aku senyum melebar.
cepat sangat dia scheme iklan yang tengah mencarik mana-mana student kolej yang berhajatkan penulisan kreatifnya dilampirkan dalam majalah kolej - kaleidoskop.

"memang nak masuk pun. tapi kali ni, nak pakai nama lain lah"
"bawang merah?"
"takmo lah! nanti orang kenal"
"dah tu? cengkih?"
"ketuk pale tu kang"

dia gelak.
cengkih? macam tak ada nama lain dah. kot kasi la nama glamour sikit.juwita ke, karisma ke, annabella ke...

"farahin sudah" dia jawab datar.
"farahin?"

dia angguk.
em...farahin lah. dulu pun, orang yang pernah baca cerita aku dalam kaleidoskop bukannya nak kenal tujuh huruf satu nama tu.

aku kerling pada jam. pukul 6.00 petang. dia ni dah habis main ke belum? nak jalan dengan aku, ada kang tak memasal meng-expose relationship ni. haru jadiknya nanti.

"ni dah habis main belum?" aku tanya.
"belum"
"dah tu?"
"ye la ye la. takut sangat kalau orang tau"
"eyp. dah promise kan?"
"yes deaaaarrr. malam ni...-"
"no way. life's hectic right now. awak pun tau kan. tadi exam gp. esok ada presentation. lusa trial literature-"
"khamis kene siapkan presentation dengan nizar. jumaat balik rumah. rabu depan trial literature lagi. khamis ada-"
"ha! tau pun"

kau potong cakap aku, aku potong cakap kau balik.

"ok lah. jaga diri elok-elok" dia blah.
"eit!"
"apa?" dia pandang kembali.
"sorry tau" aku tagihkan simpati pada dia.

dia geleng kepala.

"it's ok la. i can understand you"
"thanks"

lantas dua pasang langkah dipanjangkan pada arah berlainan. aku ke asrama, dia pula ke gelanggan belakang dewan.

hidup.
kalau tiada toleransi, persefahaman dan komunikasi, sukar rasanya untuk bernafas pada esok hari.

-tamat-


B.A - blok akademik



Tiada ulasan: