episod lima : susu

"penipu" perlahan kedengarannya tapi berdesing.

aku pandang.
nizar lagak biasa.

"dah le tipu"

lagi sekali.

"semalam cakap, nak bawak pagi ni" kali ini lebih jelas tutur katanya.

"nizar...!" kesabaran tak boleh nak dikawal.
"betul la. ada bawak kiwi?"
"tak. ehehe" aku cuba tidak jadikan keadaan tegang.
"tengok..."
"alaaa. ok ok. petang ni. amacam?"
"em...ok. susu sekali tau"
"pukul berapa?"
"kau la decide"
"ala. kau le. cepat. pukul berapa. dekat mana"
"ok. lepas makan tengahari"
"gila! penat le aku nak turun naik"
"laaa...tadi suruh aku decide. aku dah decide, kau tak setuju pulak"
"em...macam ni la. depan dobi. pukul lima"
"lima setengah"
"ok"

+ 'jom'

- 'jap2. ak br bgn tdo. nk smyg dlu k. tggu2'

+'cpt2. nnt dh gerak ke dobi, habaq ak na'

***

- 'thnx susu td. rs romantik gak ar. hahaha'

+'hahaha. tade hal lah. tp jujur ak ckp, ak agak jeles tgk ko minum td'

-'jeles? apsal?'

+'sbb tu susu yg plg lame ak bncuh dn ak kekal kn kesjukkn dia dlm fridge. yes, da one u drank ws fresh from fridge'

-'owh. so kire b'tuah ar ak ni...hahaha'

+'ye...dat wil b da 1st n da last. no more. k, gtg.ta'

susu. sengal betul si nizar tu.
ada ke patut dia mintak betul-betul.
baru guna sikit kiwi kasut dia tu.
itu pun nak upah?
tapi salah aku jugak. aku yang pergi offer nak bancuh, siapa suruh kan?
tak memasal kantoi dengan yuni dengan ain depan dobi tadi.

"wah. skandal baru ke?"
"ehe. tak le. ni ha. nizar suruh aku belanja susu"

nizar senyum.

"owh...dengan aku, kau tak nak bancuh pulak?" yuni perli.
"kau tak mintak...hahaha"

malam ni adalah malam yang bakal sejuk lagi.
hujan macam degil nak berhenti.
nasib baik terkantoi dengan budak TESL je.
kalau ternampak dek...

TIT!

siapa pulak mesej malam-malam ni...

-'amboi. mesra nmpk ptg td'

+'mesra ke mende nye?'

"hello" suara garau di hujung talian.

perlu ke malam-malam ni nak telefon? orang ada kelas la esok.

"em"
"untuk saya takde ke?"
"apa dia?" aku kerut dahi.
"susu"
"laaa...susu tu sebab nizar mintak lah"
"ok, kalau macam tu, saya nak jugak"
"ngade. tak payah"
"owh. nizar boleh pulak?"
"dia sebab lain lah"
"sebab apa?"
"perlu ke cerita tengah-tengah malam ni? orang ada kelas esok"
"saya pun ada. kita bukan kolej lain-lain pun. cepat. sebab apa?"

haih.
kalau dah cemburu tu, cemburu la jugak...

"dia mintak In belanja dekat kafe. tapi In mana ada duit sangat. budak perempuan pun In jarang belanja. inikan pulak dia. tu yang In offer minum susu je. alang-alang dah ada susu tepung, bancuh je lah"
"owh..."
"puas hati?"

dia gelak.
mamat sekor ni. takut sangat aku lari ke orang lain.

"kenapa tak beli kat koop je? perlu ke suruh In buat?"
"In takde duit lah. susu tepung tu, In dah beli siap-siap"
"kalau macam tu, saya pun nak. esok. malam. depan koop. ok?"
"ha?"
"i take that as yes. good night princess. sweet dreams"

talian terputus.

'eit!' aku hantar mesej. geram.

'*dah tidur* esk ada kls.hahaha'

eeeeeeeeeeeeeeeeeee!!

***

"kau nak study dekat bilik ke malam ni?" farah tanya tiba-tiba.
"ye lah. kenapa?"

aku tengok farah takut-takut. macam ada sesuatu.

"amar eh?"
"em...dia ajak discuss literature. IOBE. aku mana reti sangat. amar kan terel"
"ok..."
"aku ingat nak ajak kau. kalau nak ajak orang lain, karang apa pulak dorang pikir pasal aku dengan amar. pada hal takde pape pun"
"owh...kalau camtu, aku ok je. kat mana? pukul berapa?"
"dekat dewan selera. pukul sembilan setengah"
"aku, engkau dengan dia je?"
"iqmal sekali"
"ok"
"boleh?"

aku senyum. alahai kawan aku seorang ni...

"tapi aku nak pergi koop kejap. nak fotostat"
"aaa...ok"
"aku maybe pergi pukul sembilan. nanti jumpa dekat D.S ok?"
"set"

***

-'cepat turun dpn koop. lmbt, no susu'

+'okkkaay'


mengade. sama je macam nizar.
tak ubah macam budak kecik.
ingat aku apa?

"termenung jauh nampak"
"biar la" aku muncung.

"nah, minum cepat" aku hulurkan flask biru.

aku. dia.
tiada siapa-siapa di bangku depan koperasi melainkan kami berdua.
aisey...romantik lah pulak.

"sedap?"
"em..." dia masih tutup mata.
"sedap ke tak?" aku makin curious.

dia pandang mata aku. tepat.
gila!

"jangan la pandang macam tu. cucuk kang"
"hahahaha garang tol In ni. dengan nizar, tak pulak?"
"nizar lain"
"dah tu, saya?"
"lain jugak"
"apa beza nizar dengan saya?"
"entah"
"tengok tu. orang tanya, jawab macam tu pulak"
"dah tu, nak jawab apa lagi?"
"In, kenapa ni?"
"takde mende lah. cepat. pasni, orang nak kena pergi ds"
"buat apa?"
"discussion"
"with nizar?"
"amar"
"and nizar?"
"eish. nizar takde lah. kenapa sebut-sebut nama dia ni?"
"ye lah. In kan selalu dengan dia. mesra. macam couple"
"awak..."

diam.
diam yang lama.


masih diam.

"thanks. sorry menyusahkan" dia hulurkan kembali flask biru. dia paling terus.
"kejap"
"apa?"
"duduk dulu"

jam baru pukul 9.15 malam.

"awak nampak ye petang tadi?"

dia angguk.

"awak...kalau awak percayakan saya-"
"saya takkan jealous dan persoalkan about you and any other guys"
"tahu pun"
"tapi In..."
"em?"
"pernah tak In tengok saya bermesra dengan budak perempuan lain?"

aku termati kata.

benar.
sepanjang hidup dekat kolej ni, tak pernah lagi aku lihat dia hang out dengan mana-mana budak perempuan.
semuanya lelaki.
hanya lelaki.

aku ni melampau sangat kah?

"it's because i choose not to do it. it's all because of you, In"


"i'm sorry..." ye, aku sensitif malam ini.

dan aku keluarkan tisu. air mata tak mampu ditahan lama-lama.

"naaa...it's ok la. apology's accepted. dah, jangan nangis ok? you know how much i love you and how i hate if your cute little face is crying. and it's me who's the reason of your tears"

aku pandang muka dia.
dia dan lirikan satu garis senyum.

"eee!! kalau mengayat tuuu, kalah mat romeo tau!" aku gelak.
"hahahahaha. ye lah. orang cakap betul ni"
"iyeeee...tapi, jangan la mengayat In"
"la, mengayat kat girfriend sendiri. salah ke?"
"tak suka!"
"sebab In nanti tergoda kan.." dia sambung menyakat.
"eee! dah dah. In nak pergi D.S ni. kang lambat"
"hahahaha ok. please take care. and thanks for that susu. sedap sangat"
"kalau nak susu lagi, bancuh sendiri tau. In tak larat”
“kena laratkan bila kawin dengan saya!”

terus, dia pergi.

dan seperti kebiasan yang mengikut syaratnya.
syarat yang tergaris demi satu hubungan rahsia.
langkah yang dihayunkan kami berpaksi pada arah yang bertentangan.
dia ke utara dan aku ke selatan.

kerana susu segelas.
cemburu tahap lautan meluas.
sweet.
sangat sweet.

-tamat-

D.S - dewan selera
IOBE - Importance of Being Earnest, karya Oscar Wilde



Tiada ulasan: