memang tak tercapai akal aku

jumaat lepas, 16.01.09, aku dah plan nak balik rumah (ye, lagi sekali aku nak balik rumah, bukan sebab homesick ok).

tiket dah beli. baju merah dah ready. laptop dah simpan dalam beg. canteeek. tunggu nak solat zohor je.
kali ni, takde siapa nak hantar aku sampai ke terminal one sebab farah drop dekat stesen ktm. tinggal lah aku sorang-sorang nak jalan kaki ke sana.
terpikir jugak, dalam jarak beberapa meter dari stesen ktm ke terminal one, selamat kah aku nanti? mane tau kan, kena kacau ke, kena sexual harassment ke, kena ketok pelok ke....

habis bagi salam kedua, aku angkat tangan. terdetik nak berdoa.
tapi, hati jahat sempat cakap "kau baru nak doa safety kau hari ni? kau ingat termakbul ke doa tu? patutnye dah doa sejak semalam, takpun dari awal-awal minggu ni lagi"

aku tarik nafas. aura jahat ditepis oleh suara lain "takpe, doa je in. Allah tu Maha Mendengar. asal kau konfiden dengan doa kau, insyaAllah, semua selamat. no harm to pray, kan?"

habis doa untuk parents, saudara new zealand, saudara palestin, aku doa je untuk keselamatan aku. tak membazir pun masa kalau aku panjangkan sikit doa aku kali ni.

***

cuaca memang panas. nak terbakar kulit ni. peduli apa aku. aku nak balik, jadik, terima je la kalau cuaca panas ke, cuaca mendung ke. nak naik teksi, urghh...tak sanggup. bajet tak boleh lari.

"farahin!"

aku toleh ke belakang. farah pon toleh sekali. ada kereta berhenti betul-betul sebelah aku. aku berhenti jalan. berhenti bercakap. farah pun sama.

"korang nak pergi mana?"

"kitorang nak pergi ktm dengan terminal"

"oh, ye ke. meh la masok. kitorang hantar jap"




sesungguhnya Allah Maha Mendengar Smile .



Tiada ulasan: