[ klik sini untuk episod empat ]
"sayang, tak nak tidur ke?" ammar mendekati si isteri.
"tak apa lah. abang tidur dulu"
kali ini ammar tidak ingin mengalah. dia memegang kedua belah bahu isterinya yang sedang duduk di meja penulisan. di hujung meja, tertutup rapat buku merah kusam.
"tak penat?"
farah senyum. dia tidak mahu berganjak lagi walaupun bisa badan mula menyerang. seharian ammar membawanya berjalan-jalan sekitar jasin. namun, yang paling meletihkan farah adalah kehadiran zarul.
"abang dah lama kenal zarul ke?"
ammar mengambil tempat duduk. betul-betul di hadapan isterinya. dekat sungguh.
"tak ada lah sangat. lepas habis spm batch farah, abang kenal dia. kita orang duduk satu taman. masa tu abang kerja part-time sama-sama dengan dia"
farah senyap.
"sayang? anything wrong?"
"er, no..."
"kenapa farah nampak terkejut masa jumpa zarul?"
"eh, tak adalah"
"ye ke?" ammar mengamati sedalamnya mata farah. farah cepat-cepat melarikan pandangan. tidak selesa apabila dia bertentang mata dengan suami sendiri, lebih-lebih lagi dalam kesuraman ruang bilik tidur. itu bukan naturenya.
"abang nak ingatkan farah. dalam perkahwinan, abang nak kita sama-sama berkongsi. tak kisah la saat susah atau senang. abang tak mahu ada rahsia antara kita. ok, honey?"
farah tunduk. setitis. dua titis. tiga titis. dan terhambur semuanya. tangisan lebih kepada esakan anak kecil. ammar mendakap. cuba menenangkan isterinya. pasti ada yang tidak kena sejak pertemuan mereka dengan zarul.
"abang, maafkan farah bang..." dalam pelukan suaminya, farah terus-menerus meminta maaf. bergetar suaranya.
"tak apa, abang faham" ammar sekali lagi mengucapkan perkataan yang sama seperti malam sebelum ini.
malam itu, farah menangis sepuas-puasnya hinggalah dia tertidur di bahu ammar. ammar mengusap perlahan kepala isterinya. kasihan isteriku...
lagi sekali, entah kenapa, hati ammar terusik untuk membuka buku merah kusam di atas meja penulisan. melihat si isteri lena di bahunya, ammar tidak sanggup untuk mengejutkan farah. tangannya dipanjangkan lalu mencapai buku merah kusam. setiap patah perkataan diteliti dan dicerna.
***
perlahan kelopak mata dibuka. cahaya matahari pagi telah mengejutnya dari alam mimpi. wajah suami yang dilihat dahulu.
"abang tengok apa..." farah menggenyeh-genyeh matanya.
"tengok isteri abang yang comel ni"
"abang ni, ada-ada je"
farah mencapai jam tangan. pukul lapan.
"abang tak pergi klinik ke?"
"abang mintak cuti lagi"
"abang, kan abang doktor. nanti patients dekat klinik tu, apa cerita?"
"doktor kamarul akan handle. sekarang, abang nak handle patient abang yang kat rumah ni"
"hu? siapa?"
"ni...budak kecik yang tak mandi-mandi lagi. dah, farah mandi dulu. nanti kita breakfast sama-sama. abang tunggu dekat dapur"
sempat lagi ammar merasai pipi mungil isterinya dan farah hanya membenarkan sahaja. apa lagi ingin dikata? suaminya cukup sempurna!
***
[ klik sini untuk episod enam ]

5 ulasan:
isk2..
xsesuai utk knk2 dbwh umo..
faizfaizah,
memang tak sesuai pon. sebab tu awal2 lagi (stated kat episod satu) dah tertulis "amaran : ini cerita untuk manusia tiga-belas-tahun dan ke atas"
bestnya kalo aku ada laki mcm dia nie!
em.. doktor ye??????????
cinderellawin,
best eh? =)
fatehah,
yyup, he's a doctor
Catat Ulasan