jangan kabut

walau kau sedang lapar.

kau lari ke dewan selera.
sebab kau tahu, lauknya ayam masak kurma.
tapi, kerana kau kabut.
kau tak sedar kau dah tempah maut.

kau tarik tray dengan rakus.
dan...

PANG!

satu tray jatuh.

PANG!

satu lagi.

[terkedu]

[terhenti]

kau toleh kiri kanan.
dramatis dan perlahan.
tak ubah macam pak kaduk bangang.
tahu pun masa tu nak tercengang.

sedar-sedar ada bulatan.
banyak mata buat panahan.

"bawaaaanng!"


kan dah sebut.
jangan kabut.



2 ulasan:

pja_chan berkata...

HAHAHAHAHAHAA

bawangmerah berkata...

pja_chan,
ketawa tutup mulut!