ayuh berhenti sekejap

kerana aku kedekut dan sangat menitikberatkan perbelanjaan aku, sanggup aku jalan kaki selama tiga jam petang tadi. sungguh, aku tak tipu.

dari kolej, aku jalan kaki ke terminal one. kemudian, amek teksi dan tambang masing-masing hanya dua ringgit untuk ke celcom centre.

***

ok, aku panas baran. tahu?

tapi, demi Tuhan, aku banyak kali berdoa untuk kawal api dalam diri.

disebabkan upax aku ada problem, terpaksa aku menapak ke celcom centre. cancel terus nak balik rumah minggu ni. ceys.

tiba di sana,

"nombor saya ni upax, tapi kenapa expired date dia bukan sampai 2016?"

bla bla bla

"ok, kitorang dah verified your number. adik call 1111 sebab hanya pihak sana boleh fix-kan problem ni"

fine...dah sampai celcom centre, tapi kena call centre-nya yang sebenar-benar pulak kan. masa ni, tangan kiri dah mula mengusap dada, tanda aku sedang kawal perasaan marah. dah la orang sikit bukan main banyak dekat celcom centre tu. dengan fiil bayar bil lah, broadband lah. rimas. sesak.

sabar in...sabar in.
demi Tuhan, banyak kali aku berdoa, mohon kekuatan.

1111 ditekan. aku dah bersila tepi jalan luar. lantak lah. aku penat ok.

call dan bla bla bla

"adik pergi ke celcom centre semula..."

"tapi baru sekejap tadi kitorang pergi!" aku dah start melenting. apa aku kira.

"iye, tapi kalau adik call kami, kami hanya boleh buat laporan sahaja"

"dorang kata my number dah verified"

"yes, tapi expired date belum ditukar"

"jadik, macam mana ni?" aku tinggikan suara. itu tandanya aku dah hilang kesabaran.

"takpe, adik pergi semula, cakap number you dah verified tapi tarikh, hanya pihak mereka sahaja boleh buat"

aku marah. iye. aku marah. memang nak kena sembur sekor-sekor.

aku masuk semula celcom centre. apa kes ni? masing-masing macam nak lepas tanggungjawab. sekejap kena deal dengan pihak ni, sekejap dengan pihak tu. kau pikir aku tak penat kah?

dan ya, aku kena tunggu nombor giliran.

bla bla bla

akak tu kata begini "adik, sekarang ni memang sistem ni ada problem sikit. kitorang akan fix kan. cuma kena tunggu tiga hingga lima hari. kalau selepas lima hari, expired date belum ditukar, adik call 1111, katakan yang adik tak enjoy guna upax number"

kawan aku sampuk "kalau tau lah upax ada problem macam ni, serupa tak payah pakai upax. pakai je nombor biasa"

"takpon guna je maxis" aku sambung dalam hati.

"hem...kalau lepas lima hari tu, memang nak kena marah la. takdenya saya nak cakap enjoy tak enjoy, sah-sah nak kena marah" aku tunjuk muka bengang.

tiada langsung senyuman terlekat. aku tak pedulik.

akak tu senyum.

"ehe...jangan lah sampai marah. kami cuba"

"ye lah...terima kasih kak"

***

ala...aku rasa, kalau umi dengan abah dalam situasi aku, sah-sah dorang hangin satu badan jugak. nasib aku masih bersabar. cuma, dengan service line saja aku dah melenting habis.

*angkat tangan*

"moga Allah kurniakan aku kekuatan sehebat Rasulullah untuk aku kawal api dalam diri"

pernah dengar kata-kata ni

"barangsiapa yang mengawal perasaan marah, sesungguhnya dialah manusia yang kuat"

demi Tuhan, aku ingin jadik kuat!



nota untuk umi :

* in dah check expired date, celcom dah fix-kan. expired on 11.05.2016. yay!
* in hampir kena langgar dengan kereta masa nak lintas jalan. nasib tak accident. kalau tak, jumpa dekat hospital.
* patut in bagitau umi yang in nak ke bandar, tapi in sungguh lupa.
* in kena selsema sebab in redah hujan. lagipun, in jalan kaki dari bandar seremban sampai ke kolej. punya la nak save duit, in sanggup tak naik teksi.
* esok in tak jadik pergi ke ulu bendul sebab abah tak kasi. lagipun, in selsema.
* cuaca dekat kolej makin sejuk. hujan. in tak tahan.
* hari ni makan sedap - sup ayam. tak pedas langsung.
* duit kokurikulum in tak sentuh langsung. nanti in pulang dekat umi semula.
* next week in balik, hari jummat 06.02.2008 pukul 3.30 petang, insyaAllah.




7 ulasan:

Wan Harun berkata...

argh gini ke procedure die nak tukar tarikh expiry???
butoh ar celcom!!!

Sheikh Mohd. Faisal berkata...

arghhtidak!ko balik?!

bawangmerah berkata...

syazwan,
ehe...lek ar wan. after all the procedures, worth apa? =)

sheikh,
salah kah aku mau balik?
jom men dokaponkingdom!

pja_chan berkata...

ala
celcom mmg camtuh
mak ak da kna da dlu
kjap kat sini
kjap kat situ
nsb bek mak ak xngamuk kat situ jgak
sbb da ad sorg apek da ngamuk da kat blkg time tuh haha~

bawangmerah berkata...

pja_chan,
hahaha. sesungguhnya mak kamu memang punya kesabaran yang tinggi

Tanpa Nama berkata...

len kali gne maxis..haha
ak.tak.promote.

bawangmerah berkata...

kura-kura,
tak promote la sangat...