rahsia diet aku

aku tau, perkara paling sensitif ntuk perempuan, konfem soal berat. jadik, kepada kaum adam, jangan kamu cuba bertanya

"berat kamu berapa?"

kepada mana-mana perempuan (unless perempuan tu berjiwa beku macam aku).

orite, ini rahsia aku.
aku rasa sangat berkesan kalau ikut resipi ni. sebab, lepas raya aidilfitri aritu, berat aku hanya 45.
kemudian, turun menjadik 43.
terkini, turun menjadik 41.

LargeGasp

so, kepada sesiapa yang nak cuba resipi aku ni, tiada halangan langsung.

***

mula-mula, sediakan bahan dahulu :

# satu mangkuk perasaan sedih
# satu mangkuk perasaan hampa
# satu mangkuk perasaan kecewa
# satu mangkuk perasaan putus asa
# satu mangkuk perasaan rejected

seandainya korang ada bahan yang seangkatan dengan bahan yang disebut di atas, boleh jugak korang tambahkan. mesti lagi berkesan.

lepas dah siap dengan bahan-bahan tu, gaulkan hingga sebati. tambah sedikit rasa hilang semangat dan rasa kerdil tahap cipan. kemudian, biuskan pada minda korang.

aku dah cuba. menjadik. turun sampai 41.
eh jap.
mungkin resipi diet ni akan berlaku tindak balas pembalikan terhadap certain orang. mana tahu, korang jadik gemok sekiranya korang ikut resipi ni.
maka, aku harap sangat korang berhati-hati kalau nak cuba.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

weyh, aku tipu je la.

aku tidak lah selemah tu.

korang pikir aku tidak kuat lantas aku tiada selera dan badan aku jadik susut ke?

biasa la tu. dissappointed, broken-hearted, frustrated, lifeless, upset, grieving.
tu namanya kitaran hidup.


[aku cakap berapi kan AngryFace]


sebenarnya, ni ha rahsia aku.


breakfast seawal enam-setengah-pagi dan aku tak makan pada waktu malam. cukup hanya breakfast-lunch-dinner.

sangat cool bila berdiet macam ni Hot .

er...kat dalam gambar tu ada barangan israel kan?
aku lupa nak cakap. hanya biskut jacob tu je yang aku makan. kalau yang cracker, weetameal, low salt hi-fibre, aku dah tak makan.



9 ulasan:

HE berkata...

kalo nk lg diet...

gne cre aku..

lunch, dinnerr + supper(kdg2 jerr)

lg sng

p/s: itu po sbb aku xleh brekfes

sonata anak kancil berkata...

Oiii jangan sibuk nak diet2, kang sakit baru tau...Belajar aje le...jangan over makan udah le...

bawangmerah berkata...

hairman,
hey, breakfast itu penting ok. ada satu pepatah tu "eat breakfast like a king!"

sonata,
eh, blaja ok je. always fine2. hehehe.
insyaAllaH orang tak over eating =P

HE berkata...

aku mmg x leh bekfast laaa...
sket je bleh msuk..


aaaa...
bru ak igt

ko kn dh kcik..
xkan nk diet ag kot..

Wan Harun berkata...

gemuknye anda

bawangmerah berkata...

hairman,
oo..memang tak boleh kah? sian sama kamu.
aku kecik sebab aku rendah. cuba anda bayangkan sejenak. seandainya aku gemok, bukan kah aku kelihatan macam bola? jadik aku kene maintain.hehe

syazwan,
kalau saya gemok, anda?

azrul berkata...

tu jacob's!!!!!

boikot konon...cis kamu..

♥ AwenShahOmar ♥ berkata...

hahaha..umi pon ade mengomen!
ala farahin, ko takkan gemok ar...
kalo gemok pon, muke je,,
badan takk! huhu

bawangmerah berkata...

azrul,
memang aku tga dalam usaha memboikot la.
klik sini

cinderellawin,
gemok kat muke tu yang takmau yang!