[ klik sini untuk episod dua ]
selepas suaminya beredar, farah melepaskan keluhan panjang. majlis pernikahan siang tadi masih lagi berlegar di fikirannya. baru sahaja tadi, si suami inginkan haknya tetapi farah memberi alasan bahawa penulisannya patut disiapkan segera. walhal, professor azizi sudah memberi farah satu tempoh masa yang agak lama. farah terasa dosanya terbeban di kiri dan kanan.
dikeluarkan buku merah kusam. lantas, tangannya menari-nari bagai tiada hentinya. segala perasaannya terluah, hinggakan dia teresak-esak perlahan. setitis. dua titis. lalu bercampur titisan itu dengan dakwat hitam. kabur sudah jadinya.
di suatu sudut lain, ammar masih tidak melelapkan matanya. dia dipugut kerisauan. baru sahaja tadi dia mengajak farah masuk tidur, tapi farah menghampakannya. entahlah kenapa, dia risau dengan keadaan isterinya. tambah pula, esakan kecil jelas kedengaran di malam sunyi sepi. saat esakan itu terhenti, ammar berkalih dan melihat dari jauh. isterinya sudah terlelap di meja penulisan.
"kasihan sayangku..."
perlahan-lahan, ammar mengangkat tubuh kecil isterinya dan dibaringkan di katil. diselimutkan isteri itu bagi tidak diserang kesejukan. sayu melihat farah yang tertidur lesu.
ammar kemudian beralih semula ke meja penulisan tadi. terlihat satu buku yang tidak tertutup. masih terbuka luas dan sekilas, ternampak beberapa tulisan yang sudah kabur pada pandangan. tergerak hati kecil untuk mengamati tulisan itu.
***
"abang tak pergi klinik ke?"
"tak, hari ni abang cuti. esok baru masuk kerja"
"owh..."
"farah tak ada program ke hari ni?"
"em...rasanya, macam tak.."
"kalau tak ada, jom keluar. abang bawak jalan-jalan"
"ke mana?"
"farah bersiap je. it's surprise. em, abang tunggu kat luar eh. kang farah tak selesa pulak"
termampan farah. jelas sungguh suaminya cukup bersabar dengan kerenahnya. sampai begitu sekali dia sayangkan aku...
"abang, ni jalan ke jasin kan?"
"tau pun" dan ammar tersenyum.
"abang nak bawak farah ke mana?"
***
"mrsm?" farah bersuara. ada tanda pelik dalam ayatnya. ammar segera memusing stereng kereta dan memasuki perkarangan sekolah itu.
"abang, kita nak buat apa?" cemas sahaja nadanya.
"tak ada apa. jalan-jalan saja"
"tapi, tak apa ke? dah la kita main masuk je"
"tak apa sayang...abang ada kawan dekat sini. kebetulan dia ex-mrsm ni. dia ada program 3 hari untuk budak spm, alang-alang tu, dia ajak abang jumpa dia. farah dulu student sini jugak kan?"
"em..." farah mengangguk.
"dah, jom jalan-jalan dulu. tengok makmal ke, kelas farah ke. nanti kita jumpa kawan abang tu"
habis seluruh pelosok bangunan diteroka sepasang suami isteri itu. sambil berpegang tangan, kemesraan terbina. terdengar sesekali gurau-senda si suami. banyak perubahan yang berlaku. dari struktur bangunan asrama hinggalah ke padang sekolah. segalanya berubah. wajah-wajah baru mula menggantikan tempat guru-guru farah. hanya sekerat dua sahaja yang farah kenal. meskipun begitu, farah masih ingat lagi lokasi bilik darjahnya. tapak dan bangunan bilik darjah farah yang berkedudukan betul-betul sebelah laluan ke asrama lelaki, masih lagi ada di situ. di tempat itulah tercipta seribu satu kenangan antara dia dan seorang sahabat.
"ni ke kelas farah?"
"em..." farah mengiyakan. nasib tiada pelajar di situ kerana masa menjangkaui waktu makan tengahari. dilangkahnya perlahan-lahan. contengan di dinding dan di siling masih lagi segar dakwatnya.
"wah, abang tak sangka pulak farah tinggi tu. sampai boleh tulis nama dekat siling" dan ammar ketawa.
"abang ingat farah pendek sangat ke?"
"hahaha. pendek la, tengok ni, farah takat atas siku abang je"
"eleh, farah tinggi jugak tau. waktu tu, ingat lagi, farah tarik meja, pastu farah letak kerusi atas meja tu. kemudian, farah ambil marker, farah tulis besar-besar"
"hish, waktu tu farah form berapa?"
"form five" farah senyum. kenangan dulu diputarkan satu per satu dalam kotak minda.
"nasib baik tak jatuh kan"
"kalau jatuh, tak dapat la kawin dengan abang"
"kalau jatuh, cepat-cepat abang sambut" pantas ammar mencuit hidung isterinya.
geram melihat sifat keanak-anakan si farah.
"mana sempat nak sambut. abang kan mrsm lain"
"eee budak ni. ada je nak menjawab"
lalu ammar menarik farah ke dalam pelukan. erat. tiada kata yang dapat digambarkan. nikmat kebahagiaan cukup terasa dalam diri ammar. namun, adakah farah merasakannya juga?
***
[ klik sini untuk episod empat ]
9 ulasan:
adeh la.
tak paham aku.
tak bley blah!
hahaha
in. pi jual ar..
duit duit duit!
hahaha
WAHAHA!!
btol cikgu aku kate
penulis2 cerita kbiasaannye akan tulis sbb pengalaman
-tulis ats ceiling
-pendek
adakah farah ni ko?
muahahaha
dan siapekah ammar..
:P
ehem2..
fatehah,
memang nak jual. tapi taktau nak jual kat mana =(
mana nak dapat duit?
syazwan,
huhuhu...sesungguhnya, aku ingin menyampaikan pesanan dari sipenuliscikai. katanya, cerita ni takde kene mengena antara hidup dan mati. n_n
wakakaka...
tak tahan lah aku syazwan nie!
komen die sumer tak bley blah..
adeiii!
cinderellawin,
hee...syazwan tu memang. takpe, komennye cukup memberansangkan!
muahahha~
mcm cakap psl dri sndri je nih..
patuh descripton klas tuh pon da ala2 klas kite da tuh..
bes2!!
ak akan trus mmbaca!
pja_chan,
memang sipenuliscikai amek lokasi kelas kite, tapi, katenye, cerita ni takde kene-mengene antara hidup dan mati.
terima kasih sbb menyokong!
erm.. erk.. crite ape ni farahin? cm.. mnarik gak.. tp, cm terlalu dskriptif je part 2.. phm2 je la kn..
pape pun aku support bakat n smangt mnulis ko nh..
anonymous,
thanx for comment-ing
Catat Ulasan