kerana ia sebenarnya epal putih!
pernah nafsukannya?
aku pernah. siap berangan nak menyentuh dan terus menodakannya. tapi, takat situ je lah. fantasi semata dan tak terniat pun mahu milikinya. satu, kerana ia epal putih. dua, ia bukan merah yang menggairahkan. tiga, aku sengaja tak mahu. heh. diksi malam-malam buta begini berunsur erotik pulak.
ufff.
tapi, bukan aku.
aku pilih yang lain.
dell inspiron N4010.
dan, ye, meh aku perkenalkan. namanya gorgeous berry (GB). nama diilhamkan dari, er...katalog mary kay. takde, actually, tengah belek-belek katalog tu, tiba-tiba mata aku tertancap pada lip gloss tu ha. well, kan bibir aku hypersensitif and bila dah jumpa produk mary kay yang memang, memang takkan lebamkan bibir ni, aku teruja yang amat ok. pulak tu, warna lip gloss dia, mak aih...lawa dan sedaaappp. macam budak kecik yang suka makan ubat gigi kodomo lion perisa oren atau strawberri, begitu jugak lah perangai aku bila alitkan lip gloss ni. seriously, sedap. ada berry sparkle, coral rose, sweet raisin, gold rush, starry dan pink diamonds. apa yang best, aku cuma pakai sikit je dan voila!
so, menggunakan produk-produk mary kay pada kadar yang minima sememangnya menjimatkan kita semua ye, sebab walaupun berkadaran sebegitu, ia mampu menghasilkan keputusan yang superlicious.
kejap.
kita sudah melalut, bukan?
ok, let's get back to our topic, people.
walaupun aku bakal tinggalkan komputer riba benQ joybook Q41 (by the way, nama dia adi - sempena nama vokalis 6ixth sense. ya ya ya, aku minat dia dulu. dulu laah. sekarang tidak lagi) dan mula menggunakan perkhidmatan GB, adi tetap dalam ingatan aku. selama dua tahun aku duduk kat kolej, adi tak banyak meragam. nasib baik. dan dia sangat berjasa. lebih-lebih lagi dalam hal ehwal penyimpanan mesej-mesej talian yahoo messengger. kalau aku rindukan seseorang dan mesejnya elok tersimpan dalam arkib, aku sanggup bersengkang mata menatap skrin adi. ye lah, rindu punya pasal. sengkang mata sampai lima pagi baca mesej-mesej lama dan ketawa serta sendu sorang diri, pun takpe. esoknya, pergi kelas dengan muka zombie dan paling scary, jam biologi terus terjejas. tak memasal kena recover dalam masa tiga hari. yeah, sometimes, i do act out of my control. my bad.
secara perbandingannya, GB ternyata lebih hebat daripada adi. contohnya, ia sudah sedia tercipta dengan kamera web dan mikrofon. juga, dipakejkan dengan intel core i5 dan windows 7. adi tak punya keistimewaan seperti tu. eh, jangan pulak kau bandingkan GB dengan epal putih pulak. tak aci.
apa-apa pun, setakat ni, aku puas hati dengan GB. rasa laju semacam.

hahahahahaha
wah, lepas ni boleh buat video blog edisi salam perantauan.
eceh!
8 ulasan:
kalau boleh buat vlog kat U sekali tau. nak tengok environment sana. aaaaaa. bestnya salam perantauan ni !
bile fly?
hai munirah
acanmunie,
hahaha tak berani nak janji. lagipun, on the second thought, macam segan pulak nak buat video blog ni :P
anonymous,
the exact date masih tak tahu lagi. insyaAllah, tahun depan :)
anonymous,
eh, kamu kenal munirah ni?
*curious*
anonymous yg mane ni..haha..konpius2
anonymous,
hahahaha mana ku tahu.
mungkin aku patut disable-kan comments from anonymous pasni :)
korang sume tak aci. sume nak pakai dell :P
fatehah,
dah kata family. semua pakat-pakat guna dell la :D
Catat Ulasan