nota untuk diri

pengkritik terhebat adalah soul aku


***

ke hadapan bawangmerah,

hari ni - tigapuluhsatu disember duaribusepuluh - hari terakhir dalam takwim gregorian. dan esok, kalau masih sempat mencelik mata, akan dapat nikmat hidup lagi di dunia yang penuh kekejaman dan kesakitan. sudah bersedia kau? aku harap kau dah persiapkan kubu yang kebal, dinding yang tinggi, perisai yang utuh, bilah yang tajam dan kekuatan yang padu untuk menghadap hari-hari perit. moga kau tak kalah lagi.

betapa banyaknya kau kecundang untuk tahun duaribusepuluh, aku sendiri pun tak faham kenapa kau lemah yang amat. terlalu hanyut dengan arus sampai kau melemaskan diri. apa jadah semua ni?

[geleng kepala]

-

1. panas baran
menjadi salah satu target untuk kau kawal api dalam diri. ingat. jangan sampai ianya mewabak. mati kau. dan ranap orang sekeliling kau. mahu kalau api itu menghanguskan setiap apa yang kau bina? mahu? tolong. sampai sudah, misi ni terlalu asyik gagal. letih untuk aku ingatkan kau. ye, aku faham benar, kau api, tapi, itu bukan satu alasan untuk setiap nyalaan yang tercetus. tolong. carik setelaga air untuk jiwa kontang kau. boleh?

2. sabar
senipis lapisan bawang merah, sebegitulah kesabaran kau. sedar sikit, bukan kau sorang yang diuji. anbia pun merasa ujian daripada Tuhan. tak perlu pergi jauh. baca semula sirah nabi kita. hei, jangan pernah rasa lemah. seperti apa yang zafree bagitahu, Tuhan sudah katakan dalam kitabNya - maka sesungguhnya bersama kesusahan itu ada kemudahan. jadik, hadap dengan kesabaran yang menebal. janji Tuhan janji hakiki. dan ingat, Tuhan menguji sebab Dia sayang. selalulah pulang pada Dia. bila nafas berkecamuk, urut dada, dan ingat akan Dia. nampak mudah tapi aku tahu, susah nak buat. takpe, kau boleh punya.

3. pesimistik
acap kali menjerat kau untuk tidak pergi lebih jauh. bagus sebenarnya untuk bersikap analitikal yang mana kau menimbang tara segala macam aspek bila berlakunya sesuatu perkara, tapi, yang kau iringkan sekali dengan pemikiran pesimistik masa kau buat analisis, pahal? tak memasal kau rasakan ini tak boleh, itu tak boleh, ini salah, itu salah. bawang, bukak mata, lapangkan minda. dunia ni, mungkin nampak kejam pada mata kasar kau. tapi, (walaupun aku tak berapa percaya) pasti terselit sedikitnya sakinat untuk kau terus bernyawa. come on. tanggalkan title pesimis kau tu. tak ke mana kalau kau gantungnya di leher.

-

aku tak nak bebankan kau dengan banyak misi sebab aku tahu sejauh mana keupayaan kau. untuk tiga perkara yang aku bebelkan ni, aku harap kita sama-sama boleh perbetulkan. kau sebenarnya kuat, itu kau kena tahu. sedar atau tak, terlalu banyak benda yang berlaku sepanjang duaribulapan, sembilan dan sepuluh. dan aku tengok, sepanjang itu, kau terjelepok bagai tak sudah. tapi, percayalah, aku bangga. cepat kau membangkit dan mencarik saki-baki semangat dalam diri kau. aku suka.

[tepuk bahu]

aku harap, kau akan terus membesar, bawangmerah.


2 ulasan:

HE berkata...

gmmbo itu sgt stail~

bawangmerah berkata...

hairman,
bukan hak milik aku. klik gambar untuk lihat diri empunya :D