bukan yang pertama

mahu lari hingga ke penghujung dunia,
mana tahu, adanya segaris pelangi
untuk aku yang hina ni?


***

kawan
aku marah dekat kau. aku marah dowh. serius. aku selalu je kena buli dengan girls. aku tak paham la. susah sangat ke nak jujur dengan aku? sebab tu aku suka mainkan perempuan. sebab ni la. maybe aku terlalu harapkan kau berbeza dengan girls lain kot. tapi kau still perempuan kan. sama je.

aku
berbeza in terms of apa?
look. ni bukan soal main kan kau. ni soal hati gadis yang tiba-tiba rasa takut.
kenapa kau sama kan aku dengan perempuan lain?

kawan
sebab kau tak jujur dengan aku. kau tak cakap kenapa tak nak mesej. kau terus lari senyap macam tu je. kau biarkan aku sendiri tertanya-tanya apa salah aku.

aku
oh?
semua perempuan yang lain suka lari ye.

kawan
a'ah. lagi satu, kau tahu kan aku sangat-sangat tak suka orang paksa diri buat benda yang dia tak suka. so, lain kali jangan mesej aku kalau terpaksa. cakap je terus terang. aku rasa macam orang bodoh tahu tak? sebab aku happy je mesej kau padahal kau terpaksa je mesej aku.

aku
apa salahnya korbankan diri untuk orang lain?

kawan
masalahnya, aku bukan orang lain. aku tak suka orang yang aku sayang korbankan diri untuk aku. tak suka aa.

aku
ok, here's the deal. kalau mesej kau tiba-tiba ada bau pelik, aku akan cakap and we're going to stop topik yang kita borakkan immediately. amacam?

kawan
ok. jap. kau dengar ni ok. aku suka mesej kau. aku happy gak bila aku tengok handphone aku, ada mesej dari kau. aku rasa sedih sebab kau bukannya suka mesej aku. just terpaksa. faham tak?

aku
siapa kata aku tak suka? ni taakulan tak berasas tau. aku tak suka bila mesej berbau pelik je. tengok, suka tau nak buat assumption.

kawan
then, kenapa kau tak boleh nak bagitau aku? kenapa nak kena lari? kau anggap aku ni musuh ke?

aku
kalau aku anggap kau musuh, takdenya aku jalan dengan kau dari toilet laki, naik lif sama-sama, duduk sebelah-sebelah, tuliskan kedatangan kau, pegang dokumen kau, borak dan dengar apa yang kau katakan. kalau kau nak tahu, sejak dulu lagi perangai aku, larikan diri. yes, it's in my blood.

kawan
kau tahu?

aku
apa?

kawan
aku rasa nak jadik doktor.

aku
kenapa?

kawan
aku nak sangat tukar blood kau tu. hadui. bengang aku. kalau kau ada depan aku sekarang, aku hisap semua darah kau tu. ish. budak ni.

aku
jadik, kau nak cakap kau tak boleh accept the real me?
ok, i get it. besides, memang lots people tak faham aku ni macam mana. aku pun clueless pasal diri aku jugak.

kawan
budak ni aku cepuk kang. bawaaangg! geramnya. aku baru tahu hari ni yang kau suka lari. takpe. aku boleh accept the real you, but...

aku
tapi apa?

kawan
kau kena accept dengan the real me jugak. baru fair.

aku
ok...
tapi, kita have to have toleration. how's about that?

kawan
ok. deal.

aku
that's good.

***

aku dan dia tak boleh berterusan perang. satu, dia kawan aku. dua, aku akan hidup lama dengan dia. tiga, bukankah tak elok angkat senapang dan tembak membunuh? aku benci ada pawaka antara kami. sudah lah aku ni api. nahas kalau dibiar dalam sekam. takut menjulang tinggi, tak terdaya kau hadap aku nanti.

hei kawan.
maafkan aku suka berlari-lari. kau pulak, terpaksa kejar, tarik aku kembali.
ketahuilah kau, kau bukan yang pertama menjadi mangsa penyakit aku ni. sebelumnya, dua-tiga kes sudah terjadik.
maafkan khilaf ni ya?

sekarang ni pun, aku sedang melarikan diri dari seseorang. entah lah. harap sabar dia masih berbaki. satu hari, bila sampai sudah kaki melenguh dan membengkak perit, aku akan berhenti. ini janji.


5 ulasan:

Zafree berkata...

aku tau nie post serius tapi somehow aku tergelak. maybe sebab teringat masa2 dulu haha. ok sori2

anyway, running away is always a choice. you can choose to run as long as you want, but for how long?

Zafree berkata...

owh, and aku sangat jeles sebab kau dapat peluang untuk jadi cikgu, walaupun sekejap.

it's my dream!

Syanaz Lee berkata...

*senyum*

sepertinya dituliskan untuk aku..
"aku" itu benar kau kah bawang?
kalau begitu kita serupa...
darah aku poisonous juga. racun yang sama

"besides, memang lots of people tak faham aku ni macam mana. aku pun clueless pasal diri aku jugak."

<--- itu juga aku. (gmbira jumpa serpihan diri aku. maknanya aku bukan berseorangan)
*senyum hambar*

terkadang aku stress dengan dua fakta itu. kau?
hanya mahu tanya.
sebab jika kita sama lagi, mahu tanya,

macam mana kau deal dgn stress eh?

stress aku ditahap membunuh, terutama bila aku sendirian.
walau aku tak sendirian, aku selalu rasa dunia aku hanya wujud aku sahaja. itu penyakit ketiga aku.

Tanpa Nama berkata...

ade emas dikaki pelangi.

bawangmerah berkata...

zafree,
oh? hahahahaha zaman dulu-dulu, jangan dikenang. bikin aku gelak jugak!
yeah, si kawan pun tanya benda yang sama - sampai bila nak lari kan? aku pun tak tahu, zafree. sampai aku letih kott.
hahahaha nanti habis graduate, kau buat la degree in education. boleh jadik cikgu matematik, barangkali.
:)

+intan+,
ini cerita asli. ye, "aku" merujuk pada aku. "kawan" merujuk pada kawan aku sendiri. kami bertelingkah sekejap. dia geram sama aku :P
aku stress jugak dengan penyakit ni. tapi, hadap saja. mungkin aku banyak being alone. dan suara-suara itu datang. salah satu cara nak hilangkan tekanan, aku banyakkan menulis. sungguh lega, tahu? kau boleh cuba. itu terapi :)

anonymous,
iye kah?
hahahahahaha