
i miss you like nobody else
in the heat of summer sunshine
i kiss you, and nobody needs to know
-
"assalamualaikum and hi to everyone. i'm siti farahin binti sh mohd nasir. you can call me miss farahin. i've graduated from kolej mara seremban and will be flying off to auckland, new zealand this coming february to pursue my study. frankly speaking, i was a former student here and i'm so happy to be back again although it will be two weeks time staying with you guys. i hope i'll have full coperation from all of you and may we have a real fun time together. that's all. thank you"
senyum dan duduk.
ceeehhhh! tak boleh bla punya introduction depan budak-budak mrsm HAHAHAHAHAHA
ok, seperti yang sudah aku maklumkan dulu, hari ni aku ke ibu pejabat MARA untuk urusan kontrak janjian. teruja jugak jumpa budak-budak tesl. tapi, keterujaan tu tak boleh lawan dengan rasa teruja tengok jumlah elaun yang gila, gila, gila baba punya banyak yang aku bakal terima nanti.
drop jaw sekejap dalam bilik mesyuarat tadi. perghh, tak sabarnya nak dapat duit, woho!
ye, sifat sukakan duit tak pernah terkikis dari diri aku kan?
dasar bawangmerah! muahahahaha
so, selain mendengar taklimat pasal duit, surat akuan, surat keselamatan, surat tawaran, surat perjanjian, surat ntah hape-hape lagi (esok baru aku nak revise semula), kitorang diberi taklimat tentang sekolah musim panas. tahu kan? aku dah pernah mention pasal sekolah ni. boleh rujuk halaman sini. mengikut jadualnya, sekolah musim panas berlangsung dari dua hingga tigapuluhsatu januari tahun depan. aku kan duduk dalam melaka saja. tak pergi mana pun. sebab apa? sebab aku dapat buat praktikal kat mrsm tun ghafar baba, iaitu, bekas mrsm aku sendiri MIAHAHAHAHAHAHA
tiba-tiba rasa bahagia semacam dan ianya atas alasan tiga perkara ni :
1. aku memang target, malah berharap yang amat, untuk dapat praktikal kat mrsm tun ghafar baba. alang-alang pejabat abah dah dekat sungguh, kalau aku free, boleh lunch saing dengan abah. jimat sikit duit aku.
2. yasmin ada. yeah ~ dia adalah antara figura yang aku perlukan dalam hidup. disebabkan aku seorang pesimistik, aku perlukan sorang optimus prime seperti dia untuk mengimbangkan sikit dunia aku.
3. aku bakal bekerja dengan cikgu-cikgu yang pernah mengajar aku (mungkin).
O-EM-JI.
menyentuh perihal cikgu-cikgu ni, aku tertanya-tanya jugak samada mereka masih wujud lagi ke tak kat mrsm situ. kalau ada lagi, kira macam gempak la kan? mungkin hidup kan terasa sedikit mudah di sana memandangkan aku ni bekas pelajar mereka. soal mereka ingat aku lagi atau tidak, itu belakang cerita ok. aku boleh buat jejak kasih dalam masa limabelas minit untuk paksa dorang ingat kat aku balik tau.
well, untuk merungkai persoalan aku ni (supaya tak terbawak-bawak ke alam mimpi), aku pun gagahkan diri untuk google kejap. ye lah, aku tengah penat lagi tika entri ni ditaip-taip. tapi, takpe! demi mrsm tun ghafar baba, aku sanggup.
eleh, walhal excited nak balik ke sekolah dia tu, cit.
dan, ini carian aku.
pengetua sudah tukar orang, ye kawan-kawan. bukan lagi haji khalil but dr. mariam md. salleh whom i'm unacquainted with her. ok lah, whatever. moving on to timbalan pengetua (HEP), yang ni pun aku tak kenal. he's knowing as encik sabri bin mamat, just in case you guys want to know. lastly, ahaa...yang ni memang aku extra yakin, kau kenal punya. beliau mantan HEP dan sekarang sudah naik pangkat sebagai HEA. sudah tahu? bagus.
kalau nak gelak, gelak jauh-jauh sikit.
untuk cikgu-cikgu yang mengajar aku pulak (atau aku patut tukar kata ganti diri "aku" kepada "kita"?), mereka ada lagi.
yay!
nak aku sebut satu per satu? tak perlu kott. yang penting, guru homeroom aku ada lagi. boleh mengada-ngada nanti HUAHAHAHAHAHAHA
-
haih.
sukar dan tak mahu bayangkan rupa aku sebagai seorang guru kelak. sumpah tak tahu bagaimana. apa aku kan gagap bertutur? ataupun gagal kawal kelas? atau interaksi tidak berlaku dua hala? scary pulak rasanya...
tapi, rasa-rasanya, paling scary bila tengok ketinggian anak-anak murid melebihi ketinggian aku sendiri.

6 ulasan:
okehhhh ak sgt excited ok baca entri ko nih!!!
come on, ko nak jadi ckgu praktikal?
cam xcaya hahaha!~
n ak sgt sgt sgt la jeles okeh, sbb ko dpt kmbali kat tmpat tuh.
o-em-ji sket.
pergh, mmg sdap la, brangan2.
msti ko sngih2 sorg2 nnt kan.
that place, full of memories beb!
n pnytaan ko yg las tuh, nsb bek ko sdar.
er, satu soklan.
adakah ko akan pakai heels? HAHAHAHHAA.
well, gudluck my fren. i'm proud of u. :)
pja_chan,
hahahahaha aku pun macam tak caya jek. aku dah sengih sorang-sorang dalam kereta lagi, sampailah aku terpikirkan pasal ketinggian, terus rasa cuak sikit weyh.
well, aku tak rasa aku boleh pakai heels. kaki sakit ouh. so, aku maybe pakai mary jane atau kasut bata b-first saiz tiga. sempoi sikit ek?
thanks ya! :)
Wahahahaha !
Seronok gila hampa semua.
Dan bahagian perkenalan tu memang buat aku gelak.
Tak dapat bayang nizar, ikmal, ammar, dan lain lain buat pengenalan diri. Hahahaha !
Pasal tinggi tu takdak hal ler.
Guru gadis biasa lah kalah height =)
Hmmmm, seronok bakal guru nih, MARA takdak buat program cam ni kat engineer lak ek.
Kau mantain sporting jer, sure student suka.
May, i become a busybody. What drives you untuk jadi guru ? And why tesl in particular ? Saja nak tau. (or kau dah cerita dalam blog entri lain)
Nanti kau upload video la video kau mengajar. Haha
p/s: aku dah lama tak jenguk blog kau, terkomen panjang maaf yea. =)
ainnudin asyraf,
hahahaha tak tahu lagi seronok ke tak. mari la doa-doakan yang terbaik untuk kitorang ya!
tu la, aku dah redha dah bab height ni. tapi takpe, pendek-pendek pun, yang penting, muka harus cute. kahkahkahkah
well, tentang cita-cita guru dan tesl in particular, aku rasa aku pernah menyentuh dalam entri ni.
harap ia menjawab soalan kau tu. kalau tak menjawab jugak, feel free to inform me. aku akan upkan satu entri khas untuk jelaskannya (tapi, er...tertakluk pada kerajinan aku untuk buat entri tu hihihi)
wah! upload video? ni satu request ke? hahahaha
p/s : haah, agak lama kau tak bertandang. sibuk ye? it's ok. komen panjang macam mana sekalipun, aku akan respond punya :)
aku suke ayat paling last
tp aku still jeles
sbb aku dh plan nk g mktb dr taon lepas, xsampai jugak
selamat bekerja!
hairman,
kau memang. benda-benda yang takutkan aku, kau suka kan.
jom la pergi tahun depan. tapi bukan masa aku praktikal :)
hahahaha terasa dewasa pulak, terima kasih!
Catat Ulasan