masuk ni, tak tahu dah berapa kali aku tekan Ctrl A Delete. aku kepenatan sebenarnya. sebab tu idea nak buat introduction asek tersekat-sekat. serius penat. dari semalam lagi.
maka, kita straight to the point la ye? yang atas ni, kira pendahuluan lah.
hari sabtu, semalam.
semua wajib pulang ke johor. bukan johor bahru. tapi, kluang. kemudian, gerak ke nitar. sepupu abah kawin. tu yang jatuh hukum wajib pergi kenduri sana.
aku, bab pergi kenduri-kendara ni, sebenarnya liat, walaupun aku dapat makan percuma. aku malas. tambah pulak aku tak kenal orang yang buat majlis tu. semuanya kawan umi, kawan abah, sedara umi, sedara abah. hapah aku tak kenal. tapi, kalau kawan-kawan aku yang kahwin, ni lain cerita. confirm aku kan datang punya. dah kata nak tengok kau bersanding atas pelamin sana, pastu aku pakat nak rakam riak kau yang malu-malu kucing kan? kalau dapat bonus buat tepung tawar, memang aku nak simbah air mawar direct kat muka kau, kawan. mesti syok! hahahahahahaha

aku mahu kad, bukan jemputan maya bukumuka :)
so, kenduri sepupu abah ni, boleh aku katakan, agak ber-adat. siap ada bayar-bayar tol, bersanding segala bagai dan barangkali makan beradab (yang ni aku tak berapa pasti sebab aku dah bising kat abah, nak balik cepat). paling aku amazed, bab bayar tol lah. bukan sebab kakak dapat duit tu (sungguh tak aci!), tapi, hakikatnya, inilah pertama kali aku tengok secara langsung, bagaimana adat (adat eh?) tersebut dipraktiskan. kata abah, itu sekadar fun. aku sengih je sebab aku rasa macam tak relevan buat tu semua ahahahahaha
bab adat-istiadat ni, aku, ikutkan, got no problem at all with it. serius ni, takde masalah pun. dengan syarat, jangan sampai nyusahkan hidup aku.
apparently, konservatisme seems to be seronok. contoh terdekat, tradisi membayar tol. aku gelak je tengok pengantin lelaki terpaksa tunggu sesi bersoal-jawab dan tahan malu sebelum jumpa pengantin perempuan. betul cakap abah, it was fun.
sejujurnya, ada sesetengah perkara yang aku akan bersikap konservatif. aku pilih untuk tidak mengubahnya. let it be like it used to be.
antaranya -
1. pemakaian baju kurung ke kenduri kahwin
baju kurung atau seangkatan dengannya. memang aku kekalkan imej ni. aku tak faham tengok perempuan (muslim) yang boleh pakai shirt dan jeans ke majlis. sangat tak faham. walaupun kita dah serba-serbi moden dan berpakaian shirt-jeans bukan lagi luar dari norma masyarakat, still, aku macam tak boleh terima. come on la. masa bila lagi nak pakai baju kurung kalau bukan waktu-waktu begini?
2. diari
sekarang kita ada apa? livejournal, wordpress, blogspot dan tumblr. pun begitu, percaya atau tidak, aku tetap tulis diari lagi. sebenarnya, sejak umur sembilan tahun, aku dah ada diari. tapi, apa je lah yang budak hingus tuliskan. banyak melukis ada lah. bila umur duabelas tahun, aku mula tulis pasal budak laki. pergh...gatal tak gatal aku ni muahahahaha
naik tingkatan satu - cerita pasal budak asrama pulak. anjak ke tingkatan empat hingga lima - cerita pasal masalah, masalah, masalah. masuk kolej - ok, cerita pasal kehidupan yang makin hell. hingga pada satu tahap, bilamana aku baca balik semuanya, aku sampai boleh titiskan air mata, tahu? aku tanpa sedar, banyak menulis perkara-perkara tragis, dan sebab tu, aku sanggup bakar diari aku dengan harapan, memento-memento yang terukir boleh terkikis daripada dinding ingatan aku sendiri.

walaupun dah dibakar, ada memento yang masih disemat dalam benak
3. surat
surat ni, macam yang thomas hardy aplikasikan dalam the mayor of casterbridge, merupakan elemen yang artistik. bagi aku, menulis surat ada unsur-unsur nostalgik. juga, seakan ada sentuhan peribadi. siapa simpan lagi kad raya yang aku hantar dulu? haa...cium cium lah kalau rindu aku sangat-sangat ye! (heh, macam la ada yang rindukan aku kaannn)
tengok, kalau surat atau apa-apa kad ucapan, kau boleh pegang, boleh bau, boleh cium, boleh rasa. cuba kalau aku kasi pesanan ringkas kat handphone, boleh kau buat begitu?
by the way, esok hari, aku pikir, aku nak bakar semua surat yang kalian lihat dalam gambar di bawah ni. tak ada makna aku simpan dah. tahu tu surat apa? surat cinta. heyp. bukan orang kasi aku laaaa. itu surat yang aku tulis. those were about my feelings. aku tak bagi-bagi pun pada budak tu. in fact, dah berhenti menulis. the last letter was written on 02.05.2010. ah, lebih baik dibakar saja. habis cerita.
aha. sini ada satu surat yang aku mahu titipkan.
dan seperti zaman dulu-dulu;
pecah kaca pecah gelas, sudah baca harap balas. tehehehe
***
ke hadapan pembaca tauranga,
tahukah awak bahawa saya tiba-tiba rasa gembira pada hari semalam apabila melihatkan kehadiran awak di live.feedjit saya? ye, sungguh saya tersenyum. sekian lama awak tidak bertandang, akhirnya, awak muncul juga di blog ini. terima kasih awak. saya harap awak sudi datang lagi.
:)
yang benar,
bawangmerah.
***
ok, bunyik macam sedikit gila.
er...abaikanlah.
anyway, aku tulis sampai nombor tiga, boleh? ikutkan hati, aku nak je tulis sampai nombor lima. tapi kang, kamu tak larat baca. aku pun, bukannya boleh tahan lagi. mata dah kuyu ni. lepas aku tekan butang publish, aku nak carik katil, bantal dan selimut. uurgghhh...penat gila weyh.
sudah sudah.
pen off.
selamat malam semua.
6 ulasan:
jgn bakar surat!nak baca:Dhahaha
kak nina,
heish, malu la in kalau kak nina baca nanti! hahahahahaha
jgn la bakar!
even ad bnda yg ko rasa xpatut igt, n memeritkan, still itu memori n one of the things yg tnjuk u hv grown up. come on, ko simpan je kat xyah tgok2. hehe.
psst2. ak nak habaq mai sket.
ak pon ad tulis seakan2 surat bkenaan prasaan. tp ak xtulis surat cinta la, sbb bukan surat. ak tulis kat buku. hmmmm i think i shud write in a letter la after this. baru sronok sket. klu buku cam bapak pnat nak suh org baca kan kan?? :D
atlis surat cam satu2, xdela rasa sangat. even berjela2. HAHHAHAHA.
pja_chan,
hahahaha tak boleh la pja. ada tarikan kuat yang buat aku nak tengok dan baca balik.
hoh? aku baru terpikir nak tulis dalam buku instead of writing letter after this. bagi aku, tu lagi senang. sebab, buku sudah dikomplikasikan menjadik satu. kalau surat, makan ruang kau tahu!
at one point, kau kena carik kotak besar nak simpan semua surat yang kau tulis hahahahaha
haa mmg la dia da kompilasikan.
tp klu surat nmpk klasik, bes sket hehe.
pani ak kna pi cari sampul surat arh kat kdai 100円 hehe
pja_chan,
hihihi hati-hati pergi kedai.
by the way, aku tak bakar lagi. hujan turun pada hari aku nak bakar. langsung, terus terbatal niat XD
Catat Ulasan