aku tak kisah orang nak kata apa kat aku kalau aku selalu kurungkan diri dalam bilik. it's my nature. sejak kat rumah lagi, i always be in my own room sampai abah pun pernah bengang. ye lah, anak dara dia yang sorang ni, terkepam kat dalam ruang empat dinding. kalah perempuan melayu terakhir. asek berkurung je. kalau selalu berbaju kurung, takpe lah jugak. ini tak, balik-balik seluar jeans, shirt merah, seluar jeans, shirt merah. sungguh tak fashionable langsung bawangmerah ni.
dan hari ni, bilamana bermulanya matahari mencanak tinggi, aku dah stress. bagi aku, sangat mistake untuk aku pergi perjumpaan umno. memang la jumpa ramai budak malaysia, tapi, hello, kau ingat aku jenis suka berkenalan dengan orang face-to-face ke? kalau facebook tu, tu lain cerita. facebook dalam alam maya, so, alam maya is totally a different stuff from the reality. aku tak perlu jadik hipokrit. kalau rasa malas nak chatting ke hape, terus tekan butang pangkah. simple. tapi, kalau in reality, ingat boleh pangkah-pangkah ikut suka hati ke? nak tak nak kena hadap jugak si pulan tu sambil dalam hati menyumpah seranah sebab diri sudah jadik plastik. so, memandangkan aku ni jenis budak-suka-duduk-dalam-bilik, aku awal-awal lagi dah tertekan dah dengan perjumpaan ni. too many strangers sampai aku rasa lain macam. kalau tak kerana makanannya, dah lama aku blah dari situ.
dalam pukul tiga, aku dengan farah dan shuq, cabut lari dari event umno ni. kitorang nak pergi beli barang. alang-alang dah sampai area situ, better beli something lah. oh, terlupa. perjumpaan umno ni, dorang buat kat depan railway station. kalau ada rezeki sampai ke auckland, cuba carik railway station and depan tu, ada satu taman.
ni ada beberapa gambar yang sempat aku tangkap (atau dengan erti kata lain, sengaja aku tangkap untuk tatapan umum) dalam perjalanan ke countdown (tempat beli barang).
ef wai ai, kicap cap kipas udang is available here
kitorang habiskan masa dalam satu jam lebih kat countdown sebab ada sesetengah barang yang murah, ada yang mahal, so kena pandai pilih lah. kalau nak beli coklat cadbury, countdown salah satu tempat yang sepatutnya. but then, aku tak beli pun. aku beli maggie ($1.90 untuk lima bungkus maggie. worth enough kan?), biskut dengan 225g minuman coklat panas cadbury ($2.91 sahaja!).
balik apartment, kemudian, rehat-rehat kejap. dalam pukul enam, aku nak jalan ke queen street pulak.
tapi, shuq letih. farah pulak, ada temujanji. mir dengan anis pergi dressmart.
end up, aku gigih keluar sorang-sorang.
alright.
apa kata kita buat cerita berdasarkan gambar?
lagi menarik dan seronok!
namanya - sky city auckland
ada macam-macam kedai sepanjang jalan permaisuri ni
sebab apa?
sebab, duit syiling aku nak guna untuk dobi aku sendiri
($2 untuk basuhan, $2 untuk pengeringan)
hei, ada louis vuitton kott!
well, sini dah dikategorikan sebagai downtown (tak silap aku)
orang banyak gila melintas simpang empat ni ha.
siap boleh lintas secara diagonal tau!
ye, itu namanya
:D
kedai dia kecik je. tapi, ramai orang beli biskut dia.
sedap gila kottt!
by the way, bila pergi dan balik dari queen street, aku selalu lalu albert park.
nak tengok taman ni?
kalau nak dating, memang terbaik lah
hahahaha!
masa ni, dah pukul 7.10 malam
dah sampai pun
dan kemudian, jalan sampai ke gereja st. peter
ye, marilah pulang ye.
ada sesuatu yang aku carik kat jalan permaisuri sebenarnya.
tapi, tak jumpa-jumpa pun.
sangat hampa dan kecewa.
:(
p/s: ini laporan duabelas mac.
sekian terima kasih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan