gila! memang kerja gila. yan bengong. sengal. teruk. aku cakap, pergi jalan-jalan amek angin. bukan pergi jalan sampai ke grafton street sana, beli kebab semata-mata. what the fuck dia jalan sorang-sorang dalam hujan lebat nak mampos and jalan tengah licin plus angin tiup kuat sekarang ni? buatnya jatuh, tak ke haru. eh, jatuh takpe lagi. sebab dia boleh bangun. tapi, kalau kena langgar kereta sebab kejar payung terbang? mampos.
heish. yan dari dulu lagi memang bangang. bangang tahap cipan. bila aku marah, mula la nak tarik muka, muncung sedepa macam itik. dah la beli kebab tu untuk aku. dammit. macam laaa tak boleh beli hari lain. perlu ke hari hujan? isnin ada, selasa ada, rabu ada. nak jugak pergi petang tadi kan.
aku nak marah sangat pun, tak boleh nak cakap apa dah.
tahu-tahu je dapat mesej dari dia.
'wanna meet u at abt 630 or 7'
ingatkan dia depress lagi. actually, sebelum tutorial pukul dua, aku tekan-tekan nombor yan. saja suka-suka sebab, kalau nak borak dengan mat salleh, memang tak done lah. mat salleh busuk sial. tak reti-reti nak pakai minyak wangi ke hape. mulut pulak, Allah...boleh pengsan aku. that's why, lagi bagus aku borak dengan yan. syok sikit. sekali je, aku dengar suara yan dalam phone lain macam. ah sudah. well, aku tak nak cerita apa masalah dia sebenarnya. yang penting, dia memang nangis. tapi tak seteruk yang dulu lah. eish. time dulu tu, teruk sangat kott. mata comot, muka huduh. tak serupa yan langsung. aku tengok, lengan jaket aku tu dah macam boleh perah keluar air. punya banyak tak banyak dia nangis sebabkan laki tak guna satu sen tu. kalau nangis sebab aku, takpe lah jugak. bodoh punya yan. ehem, by the way, sabun basuh baju yan wangi weyh. wangi sangat. hahahahah!
bila aku bukak pintu apartment, (nasib baik dah mandi and pakai smart-smart), dari bawah aku tengok, kaki seluar jeans dia dah basah. tangan sebelah dia pegang payung and lagi satu tengah pegang butter. aku tanya, dia dari mana. dia tak menjawab. terus dia suruh aku pegang payung dengan butter. pastu, dia macam carik something dalam beg pink dia. aku tanya lagi, kenapa ni. dalam pada tu, aku tahu sangat yan tengah tahan sejuk. cuma, dia tak cakap lah. diam semacam. then, dia hulur kebab.
gilo!
yan langsung tak sedar diri - pikir badan tu kuat sangat la? tak padan dengan selsema. humph. pulak tu, jalan jauh-jauh sampai ke grafton street. dia tak tahu ke ada kedai kebab lain kat queen street? lagi dekat kott. yang gigih jalan dalam kelam-kabut hujan, apa hal?
pergi pulak pakai selipar. kalau jari kejang lagi, kau nak cakap apa?
nasib baik dia ada payung. kalau tak, memang dia carik nahas dengan aku.
tapi, yan ni betul-betul kelakar.
sangat.
perangai kedekut dia, sampai sekarang tak ubah-ubah. entah siapa la suami dia nanti. serius dia boleh dapat title hajah bakhil-tia (ada bunyik nama perempuan tak?).
meh sini aku bukak cerita sikit. the other day, dia ngadu lapar. bila aku tanya, takde makanan kat rumah ke. dia jawab, beras dah habis. lagipun, dia malas nak masak. dia ajak makan luar. masalahnya, aku baru je sampai apartment dari auckland domain. penat pun tak hilang lagi. dah la kalah futsal dengan senior, 2-1. bangang punya defender. dengan kena ceduk kaki lagi. aku tak tahu la ni main futsal ke main wrestling. sampai lebam kaki aku. haih.
hah, dah yan lapar kan, kesian la pulak. nak suruh aku masak, kirim salam awal-awal. sumpah aku tak reti nak masak untuk orang. last-last, aku hantar half of my kebab ke rumah dia.
and arini, serius dia just ganti half je kahkahkah!
em, somehow, aku patut cakap thanks kat dia.
yan savior aku petang ni, sebab aku actually tengah lapar gila babi hahahaha
ala, standard kott tengah sejuk-sejuk gini. suhu drop 18 tahu tak. selsema pulak macam tak reti-reti nak pergi jauh.
sial.
and semalam dengan pagi tadi, yan pass kat aku ubat.
comel kan?
bukan yan. aku ni yang comel. laki selsema, of course comel. kalau perempuan, biasa la tu.
dah la.
nak stop dulu.
bau dapur buat nafsu makan lebih rakus daripada nak tulis diari.
hahahahaha
Tiada ulasan:
Catat Ulasan