ini lah gadis-gadis
hingga ke waktu aku menulis ni, aku dah pergi tandas sebanyak lebih dari lima kali.
sebab apa? sebab suhu auckland rupanya dah jatuh 19 darjah selsius. itu suhu maksimum. kalau minimum, 12. no wonder la bilik aku rasa macam aircond, pastu nak terkencing banyak kali. adeh.
anyways, aku nak tangguhkan dulu gambar tandas apartment aku dan tempat menarik yang aku nak ceritakan hari tu.
besides, aku belum lagi amek gambar nak tunjuk kat korang. later la eh?
tehehehehe
alright, semalam, sempena kitorang baru sampai dan baru lagi dengan bandar auckland ni which is dah dua minggu actually and kebanyakan senior pun dah pulang ke mari, kitorang rasa, it is best if kitorang buat makan-makan sikit. atau, terma lainnya - housewarming. ke, house visiting? tapi, bagi aku, terma nya - "hei, ini lah rumah kami dan sekiranya kalian perlukan apa-apa, jangan segan-segan dan jemput datang ok?"
bila fikir-fikirkan balik, agak seronok sebenarnya buat lawatan rumah ke rumah ni. satu, aku tahu ada orang malaysia berbangsa melayu, beragamakan islam dan berjantinakan perempuan. dua, aku dapat jalan-jalan tengok bandar auckland. dan tiga, dapat makan free. well, manusia mana yang tak sukakan benda percuma, ye dok?
dan, pergh...semalam, bila budak-budak tesl masak segala bagai, aku rasa macam kitorang buat open house la pulak! kahkahkahkah
dan dan tu, tiba-tiba aku rasa nak sayu je. ye lah, tahun ni, aku tak rasa aku dapat balik malaysia untuk lebaran. so, korang prepare la beli berita harian atau utusan malaysia. kott ada gambar aku ke kaannnn
eceh!

kitorang bukak dapur, eh. i mean, dorang bukak dapur dalam pukul sembilan pagi. aku takde position pun dalam dapur tu ha sebab well...
(heyp! setiap orang ada bidang kepakaran masing-masing hokkeeyyy)
aku incharge housekeeping dan tandas - seperti biasa. heh.
dan, bila dah pukul satu, kitorang lunch sama-sama dulu.

kami makan bersila dan bersimpuh. sangat mengikut tradisi melayu.
(walhal meja kerusi tak cukup pun hahahaha!)


tengok, takde gambar aku pun.
sebab, aku cuma tukang amek gambar dan ehe, tukang makan.
:D

ni lah juadah untuk para tetamu. bagi aku, agak gempak la sebab aku, er....
(heyp! aku ulang - setiap orang ada bidang kepakaran masing-masing hokkeeyyy)

dan, ini lah antara tetamu yang sudi datang.
sebelum makan, sepatutnya kitorang buat bacaan yassin dulu. tapi, memandangkan majlis ni dimulakan agak lambat daripada apa yang dirancangkan, kitorang cuma buat tahlil ringkas. ok la tu. semoga apa yang kitorang jalankan ni, diberkati Tuhan.
you know what, bila jumpa budak-budak malaysia yang lain kan, aku rasa macam dekat je tali persaudaraan tu.
semacam sebak, tahu?
2 ulasan:
gadis litar itu saye. ahaks! gudluck kt nz farahin!! :)
faizfaizah,
ya, itu kamu! hahaha
thanks. kau pun goodluck jugak kat toronto sana! :P
Catat Ulasan