yang ada cuma sekeping foto yang encik dammit kasi kat aku tahun duaribusepuluh bulan februari.
artistik.
yup, bagi aku, foto tu artistik and indeed, ada meaning.
tengok foto pelita tu, terus-menerus dinding hati ni disusukkan rasa sayu. aku bakal rindu segala macam memori raya kat malaysia. well, aku tak balik syawal kali ni. bersinonim dengan foto encik dammit, tak ada lah sesi pasang-memasang pelita sama abah masa bulan ramadhan. dan tak ada dah sesi teman abah pergi bazar nak carik ayam percik untuk aku. itu, sangat memilukan aku, tahu?
[pandang atas, biar air mata boleh lawan 10 newton]
sebab aku - walaupun bumi dah makin moden dan maju, bangunan sana sini beriya-riya nak mencakar langit, manusia seakan dirasuk dan ditenggelamkan dalam syurga duniawi ciptaan sendiri, kekejaman dunia semakin menjadik-jadik tanpa henti - semangat raya tetap aku pegang macam sorang budak kecik yang baru nak faham raya tu apa. hingga tahun lepas, aku still guna servis abang posmen untuk hantar kad raya. hingga tahun lepas, aku still nak merasa main bunga api. hingga tahun lepas, aku still seronok nak balik kampung tengah kat kluang. hingga tahun lepas, aku still rasa teruja nak beli baju kurung dan tudung.
eid gives me a majestic feeling that actually can never be told in words.
ceh.
belum lagi pertengahan tahun, aku dah melalut cerita pasal raya. memang ternyata aku tengah homesick ni weeyyyhhh
dah dah dah. jangan nak emosi lebih. tak elok.
well, malam tadi, aku mimpi sorang kakak yang cantik dan seksi. seksi lah sebab dia pakai dress yang skirtnya atas lutut. tapi at the same time dia comel. sesuai ke gabungkan feature comel dan seksi? hem, sesuai kott. dah kata mimpi aku, of course any features can be combined together. walaupun dia cantik, comel, seksi dan adorable (eh, tertambah lagi satu feature), dia dingin. aku cakap dia dingin sebab dia langsung tak senyum. such a cold face that i saw. tu kira adorable ke? ah, apa-apa je lah.
skip to the main point - dia peluk aku tightly secara tiba-tiba and dia cakap macam ni kat aku,
"in, walau macam mana sekalipun, in kena kuat. be strong no matter what. in patah hati ke, in kecewa ke, in kena bangun. kena bangkit"
apa kah?
tahu-tahu je, air mata aku tertumpah.
siot.
lagi random, dia cium dahi aku dua kali lepas tu.
terus terbukak mata, nampak siling kosong and cahaya lampu putih.
cilakak.
mimpi rupanya.
tapi,
satu je yang slect -
forehead kiss tu bukan dari laki lah.
3 ulasan:
in, an is so sweet. kak ayin nk tulis surat kat in jgkla
soft copy punye foto pon x de? haha
kak ayin,
sila sila
kalau nak hantar dah, mintak in alamat eh
imran,
ehe...ada
oh, mungkin aku patut tukar tajuk entri ni - walaupun aku homesick, aku tak ada langsung salinan keras foto ahli keluarga.
erk. panjang nya.
Catat Ulasan