dapur neraka

gambar terbaru aku.
masih tembam kah?


kalau aku katakan yang aku hilang password untuk log in blogspot, korang caya tak?
mesti tak kan.

ok, aku sedikit sibuk kebelakangan ni. sibuk dengan assignment, sibuk dengan lecture, sibuk dengan kehidupan bercinta dan sibuk dengan buku-buku. final semester exam aku minggu depan je weyhhh. gila cuak. dah la emosi aku macam tunggang-langgang. so, bila emosi pun macam dah roller coaster, aku tak mahu la update blog. kang tak memasal korang baca benda-benda sampah yang aku tulis (macam la selama ni aku tulis benda berilmiah hahahaha!)

hari ni hari jumaat. bila hari jumaat, harus diketahui bahawasanya itu hari giliran aku masak.
lately aku tengok, budak-budak apartment aku ni macam pakat-pakat beriya nak jadik isteri solehah. cheese cake sungguh. tercabar aku woi!


terbaik punya nasihat
hahahaha!


contohnya, hari rabu (which is kelmarin), kau tahu farah masak apa?
ayam black pepper ouh. dari malam lagi, dia dah masuk dapur pastu masak sos black pepper. kemudian, dia perap ayam semalaman and esoknya dia bakar.
rasa ayam tu...pergh !
just imagine, skill masak farah dengan aku bermula dengan zero ok. kalau nak bukak cerita, secara jujurnya, masa kat malaysia dulu, aku masak cincai habis. asal boleh makan sudeyh. takdenya aku pikir nak masak kaw-kaw. lagipun, aku selalunya masak untuk aku sorang. takde kerja aku nak masak untuk ramai orang nak makan.

bila dah sampai auckland sini, haish. tak boleh la kan? well, scary jugak masa nak masak. ye la, kena masak untuk satu rumah. tak ke haru dibuatnya?

lepas hari rabu, hari khamis pulak. yasmin pergi masak ayam lemon.
mak aih.
ni betul-betul buat aku panas beb. mati kutu aku masa makan malam semalam. ayam lemon - what the fish ! pulak tu, sedap. nak tak nak, aku kena masak something yang lebih up sikit.
oh, ef wai ai ye, antara kitorang lima orang, yasmin paling dewa bab-bab masakan. that's why kalau aku nak compete dengan dia, kirim salam awal-awal lah. kalau nak sukat skill aku dengan yasmin dalam bentuk kod subjek, aku baru masuk kelas cooking 103 tapi yasmin dah graduate dari kelas cooking 797.
cool eit?

ehem.
so, hari ni, aku masak...


1. ayam sweet sour, 2. wedges, 3. sayur goreng yasmin (selamba badak aku kasi nama baru), 4. nasi yang tak tinggal kerak kat dasar periuk


takde lah hebat mana. tapi, untuk beginner macam aku ni, kira dah ok kott.
alright.
next friday, aku nak cuba resipi lain pulak.

aha, sebelum aku tutup kan penulisan hari ni, tahukah kamu apa yang aku masak untuk minggu lepas? memandangkan masa tu kitorang ketandusan beras, (asal turn aku masak je, bahan-bahan mesti dah kontang *sigh*) aku buat wedges, kari kentang, rebus mee hoon dan spagetti halus, and jugak lempeng. not bad, bak kata housemates aku.

nota untuk future husband :
nanti, boleh tak awak tolong makan semua eksperimen saya? boleh tak? boleh tak?
:)



3 ulasan:

Guru berkata...

hebat2, wanita zaman sekarang... !tabik sprrrring

jemarioren berkata...

gambo menyenget, mana nak nmpk tembam. eh ayam tu potong halal kew? hiks..
aritu besdya fahd dia request soft kek marble, haha..jgn jeles.

bawangmerah berkata...

a kl citizen,
tapi, lagi hebat wanita yang makan garam dulu,
double tabik sprriinnggg ! hahaha

jemarioren,
aha, tu yang best satu fakta tentang gambar - gambar selalu menipu ! kahkahkahkah
oh, tak jealous sebab saya tak lah suka sangat marble cake. kalau blueberry cake, yes, i'm pretty sure i'll be jealous.