lintas langsung wilayah biri-biri : melihat bintang

akhirnya, semester satu sudah berakhir. suka? of course ! soal keputusan peperiksaan semester ni, mari kita ramai-ramai dan pakat-pakat tadah tangan, mohon doa pada Tuhan agar aku berjaya kat bumi auckland. boleh kan, kawan-kawan? baik. tutup pasal akademik. titik. after all, it's never fun telling you guys this academic thingy unless something reallyyyy cool happens unexpectedly in my course.

memandangkan aku cuti selama 28 hari (oh, mengapa kah tidak digenapkan sebulan saja?) dan kewangan aku agak terhad, aku tak keluar pergi main salji. hell yes, i'm staying in auckland city dan cuti winter aku berpusat di hutan konkrit ni semata-mata. pathetic? tak langsung !
aha, perlu diketahui, kat sini, tak turun salji ok? yang ada cuma hujan dan hujan dan hujan. sangat lah tak best kalau sejuk yang melembap gini. sebab kaki seluar aku selalu basah dan aku terpaksa keringkan kat heater everytime aku balik dari outing. bila basah pastu kering, basah lagi sekali dan keringkan kemudian, basah dan basah, kering dan kering, i tell you what - kaki seluar jeans little bum aku saiz 13-14 dah separa hancur. well, that gives a reason aku kena beli seluar baru kat malaysia. yeah, aku kena tunggu bulan sebelas nanti untuk pulang ke tanah air. kalau nak carik seluar kat sini, jangan harap lah. carik kasut pun sikit bukan main payah. ini kan pulak seluar jeans. if you suggest me to buy at kid's outlet, i don't think that's a good idea.

wait. let me think for a sec.

ok. no no. tak boleh ! bukan aku malu nak masuk kedai kanak-kanak tapi, pumpkin patch tersangatlah mahal. bak sini duit kalau nak jugak suruh aku masuk kedai kanak-kanak.




cool huh?
kalau kat malaysia, jangan harap abah kasi aku keluar malam-malam. la ni, dah tercampak lapanribukilometer...kehkehkeh




kami mahu pergi minum kopi kat ferry building. untuk ke sana, harus lah berjalan merentas queen street. tengok, ada lagi saki-baki kedai yang bukak. tapi, actually, kebanyakan kedai dah tutup pun. still, queen street tetap bercahaya lagi. maka, tak begitu rasa takut :)




ni lah kafe nya. minah yang jaga kaunter tu, garang la sangat :|
tertekan aku. tapi, mungkin sebab dah malam dan dia pun penat (pergh...husnuzon nya aku !), itu menjadik alasan logik kalau dia berwatakkan singa betina. aku tak berapa suka kopi sebab aku seorang penggemar teh. macam-macam teh pernah aku rasa - oolong, earl grey, green, red, camomile, rose with french vanilla, macam-macam. dan upcoming ni aku nak cuba pure peppermint. ok, ada siapa-siapa yang geng sama aku tak? nanti kita boleh mengeteh sambil bergosip di bawah pokok ketapang.




oleh sebab aku bukan seorang coffeeist, jadik, aku pesan gelato, an italian dessert. secara faktanya, gelato agak serupa dengan aiskrim, tapi, antara dua hidangan pencuci mulut ini, gelato mengandungi peratusan lemak yang lebih rendah (iaitu 4-8%). selain tu, gelato dibuat daripada bahan-bahan yang segar seperti susu segar, buah-buahan serta kekacang, pelbagai gula dan jugak krim. kandungan gula dalam gelato secara tepatnya seimbang dengan kandungan airnya bagi bertindak sebagai ejen anti-pembekuan supaya gelato tak membeku sepenuhnya. komposisi gelato adalah padat dan benar-benar terasa keaslian buah-buahannya (sumber : wikipedia).




aku pilih blackberry gelato. macam haram - masam gila.

well, itu kisah malam tadi. meaning, aku dah pernah keluar malam sebelum ni. itupun, lepas habis exam education 115. kami ke hulucat, sebuah kafe yang terkenal dengan pelbagai minuman seperti milk tea, creamy, yogurt, juice dan macam-macam lagi. ada side dishes tapi speciality nya ialah minuman.




nampak tak? nampak tak?
standard muka budak-baru-habis-exam hahahaha!




yup, eyebag aku besar gilaaa.
dayem !



Tiada ulasan: