hey, kau ingat lagi tak yang aku pernah katakan aku mahu sambut ulangtahun kelahiran aku?

1. pai gembala
rindu gila nak makan pai ni ! the last time i tasted it was back in 2010. dan kerana terlampau nak makan sangat, sanggup aku rujuk resipi szakif's pie berkali-kali. tapi, aku alter susunan-susunan dia. lapisan pertama - kentang lenyek, lapisan kedua - daging sos tomato, lapisan ketiga - pasta pusar, lapisan keempat - kentang lenyek lagi sekali dan lapisan kelima - keju parut. my first attempt wasn't that bad because i got positive feedbacks from most of my guests. lepas ni, kalau teringin nak makan pai gembala, no hal lah.

2. dekorasi & makanan
kebetulan, aku kutip dekorasi ulangtahun kelahiran kat rumah kak syaniz masa dia buat jualan garaj. tak perlu bayar, benda percuma. aku patut ucapkan terima kasih pada farah, azie dan nad. dorang rajin layan kerenah aku. dan jugak yasmin ! sebab dia sudi buat makaroni bakar dan puding kastard. tak banyak makanan yang aku hidangkan. hanya satu loyang pai gembala, dua tray makaroni bakar, dua bekas aiskrim dan puding kastard. oh ya, terima kasih jugak pada tetamu yang sudi bawakkan sedulang donut.

3. permainan
aku takde plan nak main game sebenarnya. yang aku tahu, aku cuma nak jamu makan je. tapi, nizar dengan iqmal came out with these mental-torturing-games. almost two hours kitorang main. punya lah mental sampai aku telan satu pil. pernah dengar tak games ni - black magic dan alert? siapa pernah main, meh geng dengan aku in the next future party.
4. merah & hitam
aku paksa tetamu-tetamu yang datang untuk ikut tema parti. kejam? hehehe
bukan selalu pun. dan, mereka sememangnya ikut. bagus sungguh. untuk pengetahuan, warna merah warna kegemaran aku (obviously). after merah, aku akan pilih hitam. aku pernah bagitahu ciknor yang aku mahukan kombinasi dua warna ni untuk perkahwinan aku nanti. tapi, kata ciknor -
"kalau buat kenduri kawen, kena blend dengan warna lembut. macam merah dengan putih. selalunya, orang amek warna putih untuk warna wajib. kalau awak amek warna hitam, suram lah kenduri awak tu !"
eleh.

5. hadiah
perasaan mendapat hadiah lagi penting daripada hadiah tu sendiri. give me anything and i'll sure love it
:)

sebelum mereka pulang (ketika itu, jam sudah pukul duabelas tengahmalam), aku mewajibkan sesi photoshoot beramai-ramai.




though my happiness is just like a rainbow, i have to enjoy it while it's still there.
happy 21st birthday, bawangmerah.
11 ulasan:
oh serius aku tak faham game kau. tapi nampak macam menarik oh bawang.
happy birthday bawang, be it belated or not. :)
saya suka hitam merah juga :D (HAHA APA KES HARI NI AKU SPAM KOMEN KAU?)
Maaf, tak buat lagi dah. Janji :P
vy nin,
aku dari mula pun tak faham, tapi lama-lama paham. susah nak terangkan dalam entri game tu macam mana. yup, menarik sangat sampai sakit kepala aku :|
thanks sof !
lawa kan kombinasi tu? yay ! kita geng (TU LAA PASAL. TERKEJUT AKU TENGOK BANYAK KOMEN KAU HAHAHAHA)
:)
lawa ouh gmba animated. gmba no 2 iqmal ngan jiji peluk tak tahan :P see, everybody's happy when u're happy. no need to consider ur happiness as rainbow, klu cmtu baik p rainbow's end yg tak seberapa tu je (gaya cm dh pnah pegi. haha!)one more, always love and appreciate ur friends :)
fatehah,
kan? dorang tu memang !
hohohoho rainbow's end boleh tahan dahsyat aa. nanti aku bawak kau ke sana
baikkkk i'll always appreciate them :D
merah itam ek? nanti nak ingat balik..
wpun dah lambat sesangat, tp still ingat - SHL juga. nak hdiah? err..kasik alamat
jemarioren,
naaakkkkk
takpe, pas kan hadiah tu kat kakak sebab nanti, umi nak hantar the next parcel kat in :P
thank you !
happy belated birthday farahin! may God bless you. semoga panjang umur murah rezeki yawww. apa FB kauuu, aku nak add! :P
acanmunie,
geee...thanks ! :)
type farahin nasir, nanti kau jumpa muka comel aku yang tunjuk simbol keamanan hikhikhik
Catat Ulasan