lintas langsung wilayah biri-biri : musim

being far away from the one you love is not that easy like you curve a smile on your face


mahu aku khabarkan sesuatu. sekarang, sudah musim sejuk. baru aku tahu, rupa-rupanya, musim luruh bukanlah lama sangat. tahu-tahu je,

"eh, dah winter ke?"

aku kurang pasti samada musim luruh sememangnya musim yang singkat atau aku terlalu sibuk dengan kehidupan sendiri. heh. masa memang berlari laju. kadang-kadang, macam tak percaya semuanya sudah jauh terkebelakang. contohnya, baru malam tadi aku mulakan peperiksaan akhir semester satu. macam tak percaya ok. it was like a yesterday i left malaysia, stepping my foot in auckland, and now i'm finishing my first semester. dan, ye, kita sudah masuk bulan enam kan? tiba-tiba aku rasa nak sambut ulangtahun kelahiran aku. boleh tak? walaupun ianya sebulan yang lalu, buuutttt, during that moment, aku kan sakit dan assignment berlambak-lambak nak dihantar. sah-sah la aku takde mood nak sambut. lagipun, tarikh sekadar nombor. rasanya, tak salah kott kalau aku mahu bergembira hihihi
alright kamu semua, jemput hadir ya bila aku tetapkan tarikh menyambut birthday aku nanti.
:)

-

siapa-siapa yang termasuk dalam rangkaian bukumuka aku, mungkin ter-perasan status-status aku pada suatu ketika dahulu jarang berkisarkan kebahagian atau kegembiraan. ironi? sangat. sangat ironi dengan makna nama aku sendiri. yang banyak aku paparkan adalah kesakitan, keperitan dan kesengsaraan. bak kata farah,

"aku tengok, kalau dari 24 jam tu, 20 jam kau hanyalah sedih. kau tengok dunia ni, macam langsung takde bahagia, takde happy. status kau, semuanya nak negatif. tapi, aku tengok, kau ok"

i tell you what, secret hurts and banyak perkara aku sembunyikan. aku memilih untuk menyimpan. dan sebab tu, ianya menyakitkan. selalunya, walau apa yang aku luahkan pada sesetengah manusia, tak semuanya terkeluar. aku menyekat diri aku daripada memberitahu secara total. aku mahu lepaskan semua kalau boleh. tapi, the thing is, i can't. i simply can't put them into words (although aku ni budak tesl. oh man, irony again !).

farah berikan aku satu soalan saja malam tu,

"bawang, apa yang buat kau gembira?"

dan hampir seminggu, aku tak dapat nak jawab soalan mudah. entah lah. aku rasa, soalan linguistic 103 pun lagi senang nak dijawab berbanding soalan farah tu. she makes me think, when was the last time i really tasted a happiness. aku lupa. those joys seem so far away. all i can see, this whole world i'm living in, is entirely painful. and my soul is trapped in this body with its face hanging a smile to fake people all around.

satu malam, sebelum aku betul-betul lelapkan mata, mesej masuk ke handphone.
tapi, aku tak mampu nak digest sepenuhnya pesanan ringkas tu. langsung, aku terus tidur hahahaha!
but, esok paginya, aku baca balik dan kali ni, aku capai kitab.


Dia mengetahui apa yang di hadapan mereka dan apa yang di belakang mereka
(al-Hajj, ayat 76)


macam terpukul on the spot.
dengan bersila dan terdiamnya aku kat katil, fikiran aku cuba mencarik beberapa kesimpulan (baik lah, bayangkan muka aku berkerut dan mulut aku sedikit menyenget. mata aku sedang tengok langit bilik. itu gaya aku berfikir).

masa adalah makhluk Tuhan.
benar.
lalu, siapa aku untuk persoalkan rahsia masa yang dipegang Dia? i'm nobody. dan aku tak layak pun untuk lakukan urusan-urusan Tuhan. they are beyond my power.


dan hanya kepada Allah dikembalikan segala urusan
(al-Hajj, ayat 76)


ok.
aku cuba susun dan rangkumkan apa yang aku dapat.

hakikatnya, selama ni, the reason i poison myself is because, i try so hard to become a god without even i realize it. aku mahu tahu apa yang ada di masa depan. tapi, kita semua sedia maklum, itu kan rahsia Tuhan. aku mahu semuanya terkawal dalam perancangan. tapi, kita semua sudah diajar, itu kan ketentuan Tuhan. aku mahu pegang hati mereka yang aku sayang supaya tiada siapa bakal terlukakan. tapi, kita semua faham, itu kan kuasa Tuhan.

-

sebenarnya, hampir tiga minggu aku tak menyentuh kitab. merajuk untuk bercakap sama Tuhan. yet, again, siapa aku untuk merajuk dengan Maha Pencipta?
anyhow, pesanan ringkas tu benar-benar berjaya gerakkan tangan aku untuk capai semula kitab yang berhabuk dan baca kembali apa yang Tuhan katakan.

percaya lah, kitab Tuhan Maha Sakti.
aih, tak reti aku nak terangkan saktinya yang bagaimana.
kau cuba dan kau rasa sendiri.
ok?


tiba-tiba teringat pesanan An,

"when you are in doubt or lost. the answer and guidance is in the Book i gave you"



4 ulasan:

kak nina berkata...

this,by far,is my favourite post in your entire blog:)selamat mencari Tuhan,farahin:)

Sofia Nin berkata...

CANTIK gilaa winter! kirim pokok kering sini. suka tengok daun gugur. hehe :P

Lord Hosni the Wise berkata...

sini tengah monsoon. semua aktiviti terhenti. dan memori silam aku pon berputar (sila baca recent blog entri saye)

dan aku pon dah kurang bermanje2 ngan Pencipta aku skang ni. haiz...btw, summer pegi mana?

bawangmerah berkata...

kak nina,
doakan pencarian in ni
thanks kak nina! :)

vy nin,
mahu? aku boleh simpankan satu. sebelum ni, ada kawan aku suruh simpankan, so, aku dah save-kan. nanti aku pulang tanahair, aku kirimkan pada kau. ok love? :)

lord hosni the wise,
jangan kau main hujan sudah.
summer aritu, aku round2 auckland je sebab baru sampai kan.
tapi, penghujung summer, i had a road trip with classmates. refer here
eh, ke kau nak tanya aku winter pergi mana?