selamat datang ke bumi kiwi!

aha, sudah berapa hari aku tak mengemaskini kertas putih bawangmerahsquared?
hihihi (bayangkan gelak tawa yang gedik)


ok la you alls semua, i tak update pasal life i sebab i sibuk manjang you know. you tahu tak bila sampai-sampai saja kat sini, i takde rumah? geram youuuu!

dah la penat and bajet nak tidur terus terlentang bila sampai kat lantai rumah i tu. tapi, tup tap tup tap, takde langsung apartment untuk i dengan kawan-kawan. benci tau. tak memasal i menyumpah seranah pihak yang incharge. soooo tak profesional! i pikir nak sembur je depa tu depan-depan, but then, kalau sembur bahasa melayu, apa jadah kan? depa bukan paham satu sen pun. buat penat mulut i je nanti.
eh kejap. i ada bagitahu you alls tak i dah terbang aritu?
isk. takde ke??
hmm...patut la i tak nampak batang hidung you alls you alls semua. rasa sedih kejap kat airport tu tapi i takde la menangis meraung ke hape. you ingat i ni super drama queen ke? duhhh, puh-lizzzz sikit!


so, after nego sana sini, at last, dapat la jugak tempat tinggal sementara. so lucky youuuu!

kalau tak dapat, huish. tak sanggup i nak tidur bawah jambatan okkkk.
kulit i ni, dah la sensitif sangat. kang kena gigit nyamuk or air longkang, naya demam seminggu. so, a big no-no nak merempat tepi jalan.


ok la.
because i ni still letih sangat, i tak larat nak bebel banyak-banyak. i tahu you alls you alls ni pun, bukan larat nak dengar i sok-sek sok-sek kaannnn.
i dah paham sangat fi'il you guys and gurls.
well, ni some pictures to jealous-jealous kan you alls.

eh wait.

you alls wajib abaikan muka i yang makin chubby, ok?. maklum la, sejak kongsi-kongsi segala bagai dengan my friendS, i bahagia tak hengat dunia.

hihihi

***



faris masakkan kami makan tengahari.
sangat sedap, tak tipu!




kami ada telur dadar, sayur dan ayam. semua masak sendiri.
:)




lepas makan, kami pergi jalan-jalan kat taman.



tiba-tiba nak tutup muka.
apa kah?




habis jalan-jalan, pergi shopping - beli barang dapur.
ye la, nak kena masak makan malam pulak.



fiiinnneeeee
bab kena keluar kan duit ni paling aku tak berkenan.
hei faris, kamu layan handphone je kan!

***

siapa percaya entri ni?
sila angkat tangan cepat!


5 ulasan:

raihan airil berkata...

ehhhh aku baru je nak tanya kau dah terbang ke pastu tetiba kantoi cashier pakai tudung. hahahaha

syanaz daidouji berkata...

1) rumah tuh terlampau cntik utk budk2 oversea (melainkan kau kaya nak mampus)

2) takde 'feel' langsung cm surrounding kt bumi kiwi dlm gmbr num 3 n 4

3)perkataan "segar" kt gmbr num 5

4)style market kt msia in gmbr num 6

5) cashier pki tudung kt gmbr last

6) honey, these kind of pict you tkkn upload la bile "baru smpi" negara org. lol.

not convinced~~~ haha

CM. berkata...

hahaha. well done bawang.
penipuan yang sgt tak bijak. hahaha.

lawak gila ah kau. suka2!

aku rasa tajuk entry ni patotnya 'terlupa beli buah kiwi'

(:

bawangmerah berkata...

raihan airil,
hahahaha bak kata faris, cashier tu student malaysia buat part time kerja kat jusco :D

syanaz daidouji,
1) betul tu. student malaysia dah la sengkek kan.
2) kahkahkahkah tolong la feel sikit, kak!
3) ceit. patut aku crop awal-awal gambar tu.
4) hahahaha yang tu undeniable lah.
5) ehhhh yang tu konon-kononnya student malaysia buat part time kerja :P
6) then, tarok picture apa aa?
ok la, next time aku kena guna taktik lain :)

CM,
memang sangat tak bijak pun.
woho! idea menarik tu :)

Tanpa Nama berkata...

Ah! akhirnya aku menemukan apa yang saya cari. Somtimes dibutuhkan upaya untuk menemukan begitu banyak berguna bahkan sepotong kecil informasi..