sekolah musim panas : tiga

boleh kau tersenyum bahagia bila tertekan?
aku tidak
:)



kalau lah john tomlins boleh baca bahasa aku, aku nak bagi dia satu surat pasal perasaan aku ketika sesi kuliah hari ni. tak ada yang istimewa pun tapi aku nak jugak nyatakan apa yang tersimpan.

***

ke hadapan encik john tomlins,

sudah seminggu saya dengar kuliah daripada tuan. untuk hari ni, ianya merupakan hari yang keenam. tuan tahu tak yang satu ketika dulu, yakni pada hari pertama tuan melangkah masuk ke kelas dan mula berkata-kata, saya rasa mahu terkencing dan panik gila sebab saya cukup takut dengan tuan. ya, saya tak tipu. saya rasa takut sangat-sangat. lagi-lagi sebab tuan menggunakan slanga british. kesian saya. sepanjang hidup saya, cuma dua saja filem british yang saya tonton - angus, thong and perfect snogging dan harry potter. yang lain-lain, saya banyak tonton filem amerika. habisnya, saya terkial-kial nak tangkap apa yang tuan cakapkan. penat kepala otak saya. letih pun iye jugak. tak dinafikan, setiap kali tuan bagi kami masa rehat (walaupun hanya lima minit saja) saya rasa gembira. dan bila saya keluar ke tandas, yang mana sepanjang perjalanan pendek menuju ke jamban itu, saya akan merungut-rungut tentang kuliah tuan yang cukup membosankan dan mengantukkan. maafkan saya kerana berlaku jujur di sini.

tapi tuan, tuan tahu tak, hari ni iaitu hari keenam, tiba-tiba saya rasa saya sudah dekat sedikit dengan tuan. kalau dulu dinding dan ais antara kita berdua, saya ciptakan setinggi dan setebal yang boleh, hari ni tidak lagi. dinding dan ais sedang meruntuh jatuh. saya benarkan diri saya membuka ruang untuk tuan masuk seketika. tak sangka, keputusan saya itu telah membuat saya bahagia. untuk hari ni, tuan dua-tiga kali cakap dengan saya. untuk hari ni, tuan dua-tiga kali panggil nama saya. untuk hari ni, tuan pertama kali menegur saya sebab saya menguap tanpa segannya (eh? hahahaha). ye lah, walaupun saya suka kerana tuan seakan mula kenal dan ingat akan saya, kuliah tuan masih lagi membosankan. dan jugak mengantukkan. sebab tu saya menguap. tapi, tuan tak marah kan? hihihi

sebenarnya, saya tak sabar menunggu hari kesepuluh. saya dah tak larat nak bangun pagi-pagi dan kemudian mengingatkan diri yang saya ada kuliah bersama tuan. awal pagi lagi sudah saya putus asa. haish. saya tahu, tuan mesti tak suka kalau saya, sebagai pelajar tuan, memulakan hari dengan muka masam dan semangat yang menghilang. saya sendiri tak suka dengan apa yang saya buat. tapi, nak buat macam mana? dah memang itu saya rasakan sepanjang berada di sekolah musim panas.
hmmm...
tapi, apa-apa pun tuan, tuan jangan risau. bak kata pepatah melayu, tak kenal maka tak cinta. mana tahu, kalau-kalau pada hari ketujuh (esoknya), kelapan, kesembilan atau kesepuluh, semangat saya tiba-tiba datang dan saya tak sabar-sabar nak melangkah masuk ke kuliah tuan dan melihat raut kacak tuan? ha, siapa sangka kan.

baik lah.
sampai sini saja saya tulis. tiada lagi yang mahu saya luahkan. oh ya, tolong kirim salam pada juruteknik-tak-rasmi tuan ok! :)

yang benar,
farahin

***

pernah tak aku bagitahu kalian yang john tomlins ada seorang anak lelaki berumur 20 tahun (tak silap aku) yang selalu tolong john tomlins berkenaan hal-hal komputer dan teknologi? well, dia lah juruteknik-tak-rasmi tu.
tehehehehehehehe

eh, nak menggedik pulak kau ni, bawang.
lepuk kang.



2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam...
boleh saya tahu, dakwat kale apa yang menjadi kesukaan cik bawang coretkan dalam diari hidup cik bawang?hitam?biru?hijau?merah?...

(wartawan tak bertauliah)

bawangmerah berkata...

anonymous aka wartawan tak bertuliah (?),
aha, mesti lah hitam! lagi-lagi dakwat jenis gel :)