sekolah musim panas : canggung

wahwahwah
mentang-mentang la dapat talian internet dengan mudah dan cepat, bukan main lagi kau update blog, kan bawang.

ok.
dalam seminggu lebih ni, aku cakap terus-terang lah - aku memang akan bercerita pasal sekolah musim panas je. harap kalian tak bosan. serius ni, tolong jangan bosan eh? aku punya la excited bercerita segala bagai ni, korang jangan la duduk diam dan dengar tanpa nak respon apa-apa. adeh. paling-paling tidak, cuba aa drop dua-tiga komen kat ruangan responsi tu (tehehehe ayat desperate. lempang kang).
bila ada responsi, tahu la aku yang aku tak cakap sorang-sorang :P

so, seperti yang kalian tahu, aku balik semula ke mrsm tgb. kali ni, as a teacher trainee. bukan sebagai bekas pelajar. teruja jumpa cikgu-cikgu. and, sebenarnya, aku surprise jugak sebab tiba-tiba macam ramai cikgu kenal aku.
walhal, dulu, aku ni budak biasa je. tak pegang apa-apa jawatan except setiausaha blok E. itupun, jawatan tu bukan popular kat sekolah. popular kat kawasan asrama. aku ni, kalau kau nak tahu, tak hebat mana pun. aku bukan budak olimpiad. aku bukan budak empat rata. aku bukan member of english motivational committee (emc). aku bukan pengawas (atau nama lainnya lembaga disiplin pelajar). jauh sekali nak jadik warga pemimpin (iaitu badan wakil pelajar). badar? lagi bukan. and, aku ni tak berapa outshine dalam kelas. budak biasa semata-mata yang dungu dalam subjek matematik tambahan, kimia, fizik dan biologi. aku cakap jujur. ni bukan soal merendah diri ke hape. ni soal hakikat hidup aku sepanjang jadik budak mrsm tun ghafar baba. yes, i was not a miss popular but just an ordinary one who happened that only fews know me. even zafree pun, kenal aku lepas beberapa bulan habis spm. see? aku kenal dia tapi dia tak kenal aku. (er...zafree, no offense ya lalalala~).
tapi kan, secikai-cikai aku, aku agak bangga sebab berjaya redah life kat situ. aku ngaku, aku tak bijak but i really struggled to fit in the society. so people (specifically to my former students, 5D), my point is that, if you feel you're small in tgb just because you THINK you're not good enough or what not, please don't. you guys were really awesome in my class and i can see each and everyone of you have potentials to excel. i enjoyed every moments we had together. oh ya, all the best for your future undertakings!

pergh...melalut tak beragak. back to our topic, guys.
jadik, bila dah diperkenalkan as a teacher trainee, considered aku as cikgu la kan?


aku
so miss durra, actually, should i address you as "teacher" or "miss durra"?

miss durra
"miss durra" la. you kan teacher. tak proper panggil i "teacher".


lain hal kalau dengan cikgu-cikgu yang agak muda pulak.
walaupun satu ketika dulu, aku panggil dorang "teacher", sekarang bukan lagi.


miss zie
eh kamu ni. jangan la panggil kak zie teacher. panggil kak zie je.

aku
aa? er...ok...
so, tea- ka..kk ziiee.. dorang ni, low level students la?


right, memang awkward habis. tapi, lama-lama, dah biasa dah. in fact, rasa best, tahu? sebab kami aku rasa macam adik kepada dorang. kak zie, sepertimana yang bekas-bekas pelajar tgb ketahui, dia sampai sekarang still gila-gila ya :)
seronok ouh dapat bekerja dengan dia. sangat beeesssttt! kau bayangkan, lesson plan aku, dia dengan kak sya yang tolong buatkan huahahahaha


miss zie
eish. kau jangan buat yang ni. bunuh diri.
[sambil tunjuk prosedur lesson plan aku]
ada kertas tak?

aku
[bagi kertas]

miss zie
bersih kertas kau. takpe.
ok, kita buat macam ni.
[sambil mula tulis ikut otak geliga dia]
kau tulis je apa yang kak zie buat ni. jangan ngajar grammar. bunuh diri tu.
kau ajar format letter.

aku
tapi, dorang dah tahu dah.

miss zie
takpe. repeat je balik sebab dorang mana ingat tu.
takpun, tanya dorang balik format letter macam mana.


tak lama lepas tu,


miss zie
weyh sya.
[miss sya baru sampai kat tempat dia]
kau sini kejap. tolong aku beb. aku tengok lesson plan budak ni, scary.


baik lah.
memang la scary sebab aku belum lagi masuk kelas pedagogi. sangat-sangat mentah.
apa yang aku tulis dalam lesson plan, aku taram je ikut suka aku. nasib baik kak zie ada. pagi tu, sangat lega sebab aku tak payah nak susah-susahkan diri ngajar budak pasal grammar.

well, actually, bila menyentuh soal lesson plan, bagi aku lah, lesson plan ni atau apa-apa benda yang hitam putih, tak perlu. yang penting, kau tahu nak ngajar apa kat budak. kau tahu aktiviti apa yang nak dibuat. seriously, bila aku habis kelas dan terpaksa dengar komen daripada supervisor aku, aku terus teringat krishna dalam the english teacher. benci betul bila aku seakan dicucuk hidung dan dipaksa ikut telunjuk. bukan aku menentang ok tapi, aku ada idea tersendiri untuk jadik seorang pendidik. aku tak nak di-klon-kan menjadik siapa-siapa. aku cuma mahu aku menjadik aku. itupun, perlu ke kau sekat-sekat?

eh, emo pulak.

-



miss durra paling bengang dengan aku sampai nak tumbuk ouh !
main kasar cikgu aku ni

-

p/s : kalau cikgu suhaily, memang aku panggil "cikgu", bukan "abang" ok.


6 ulasan:

Zafree berkata...

mana gambar dengan cikgu noreeeeeeeeeeeeeeeeeen

kecewa aku :(

bawangmerah berkata...

zafree,
alahai. tak teramek la pulak gambar dia.
takpe. tu tandanya, aku kena pergi sana lagi sekali :)

Zafree berkata...

kalau kau nak pergi sana inform la aku awal2. ada banyak benda aku nak ko sampaikan kat cikgu :)

bawangmerah berkata...

zafree,
okeh. boleh je.
tapi dengan bayaran upah bagi setiap satu pesanan eh? :P

Ainnudin Asyraf berkata...

Dear Bawang,

Seronok gila jadik cikgu trainee. Haha. Goodluck for your future undertakings. :)

p/s: Mana dia video mengajar kau. Nak tgk (kalau ada):P

bawangmerah berkata...

ainnudin asyraf,
yup, memang seronok jadik cikgu walaupun sekejap je.
thanks ya!
p/s : heee...takde la pulak. tapi, video aku buat presentation sebelum buat praktikal, ada lah. nak tengok? :)