sekolah musim panas : lima

bakal-bakal guru bahasa inggeris


memandangkan sekarang dah masuk episod kelima, jadik, aku pikir, aku cuma nak cerita lima perkara saja yang berlaku sepanjang aku attend sekolah musim panas kat mrsm alor gajah.


makanan
untuk minggu pertama, soal makanan, aku tak pernah bimbang pun. sebab pakcik kafetaria caterkan aku lunch dan dinner. untuk breakfast, samada aku beli sendiri kat kafetaria atau aku makan biskut cicah milo kat bilik. habis je stok biskut, aku tukar makan roti enampuluh sen. tapi, masuk minggu kedua, pakcik kafetaria tu banyak cekadak la pulak...
dia tak nak masak kalau tak ramai peserta kursus sekolah musim panas yang nak lunch atau dinner. ok ok fine. aku faham. aku pun malas kalau kena masak untuk dua-tiga orang je. yang tu takdak hal since aku berkira-kira, aku still boleh beli makanan on my own kat kafetaria dia tu. but then, tiba-tiba je dia buat rules -

1. kalau nak beli lunch, kena beli lepas pukul tiga
pergh...apa ke bangang punya pakcik ni. jadah aku nak beli lunch pukul tiga? kuliah habis duabelassetengah. matahari tengah mencanak tinggi, perut tengah keroncongkan dondang sayang, sah-sah la nafsu makan tengah buas masa tu. tetiba kau pergi halang kami-kami ni (yang menyumbangkan kelangsungan rezeki kau) daripada nak beli makanan kat kedai kau. kok ye pun alasannya - lauk-pauk tu untuk cikgu-cikgu - aik, takkan kau tak boleh masak lebih kali ni?

2. kalau nampak cikgu-cikgu tengah makan, sila makan jauh-jauh daripada mereka
what the fish. aku tak faham apa signifikasinya. aku tengok, cikgu-cikgu ni takdak pun komen apa-apa. dorang sendiri aware kehadiran kitorang as peserta kursus sekolah musim panas. yang kau gelabah sangat, pahal?

disebabkan rules yang tak masuk akal dan tak bersifat logikal ni, aku terus turn off nak beli kat kafetaria. lantak kau lah. nak jual, buat la cara nak jual. ini, macam hape je kau buat kat kitorang.
so, bila tahu yang pakcik tu buat tahi kat aku (dan mungkin pada sesetengah peserta kursus yang lain jugak), aku dikejutkan dengan satu informasi terbaru.
jeng jeng jeng (hahaha bajet suspen).
rupa-rupanya, koperasi ada jual nasi tomato, nasi lemak dan nasi berlauk. harga pulak, jauh lebih murah daripada makanan kat kafetaria. memang cantik lah. kebetulan, aku baik dengan kakak koperasi. tiba-tiba macam ada bonding dengan dia kejap kahkahkkahkah sampaikan dia siap kasi aku nombor telefon dia, so that aku boleh roger dia dan mintak dia simpankan salah satu jenis nasi-nasi tersebut as my lunch. so, soal lunch dah settle. untuk dinner, yang ni, aku kena berusaha sikit. aku terpaksa jalan kaki selama sepuluh minit untuk pergi ke warung kat luar mrsm. untuk pengetahuan korang, cuaca waktu petang kat alor gajah ni agak scary. asek hujan manjang. pulak tu, aku tak ada payung. nak tak nak, kena tunggu hujan berhenti. kalau pukul enam petang still hujan lebat, enam petang tu jugak kitorang gigih menunggu. agak-agak dah renyai sikit, baru start jalan kaki dari kuarters guru (ye, kami duduk kuarters guru yang sunguh luaaaassss) dengan payung pinjam.


air
budak-budak rumah aku bergantung harap kat air masak. amek kettle, isi air paip dari tandas, masak dua round. sini takde water cooler. secara jujur, aku tak pernah lagi minum semata-mata air masak saja dari kettle tu. kalau takat amek air masak pastu campur milo tiga dalam satu, ada lah. bukan aku memilih, tapi, kau pun tahu kan rasa air masak lain macam sikit. kalau campur dengan milo, aku ok je sebab dah tukar jadik milo kan hihihi
bab minum air, aku tak kisah sangat. aku ni jarang minum. kalau botol 500ml tu, belum tentu lagi aku boleh habiskan dalam sehari. punya la payah oii. aku tak macam shuq. shuq ada hyperhidrosis, maka, dia memang patut minum air banyak. kang kalau tak minum, memang dehydrated dia tu. memandangkan aku berkeras takmo minum air masak, aku terpaksa beli air botol mineral kat koperasi. takpun kat warung tempat aku beli dinner. well, hari tu aku pergi tempat tadah air mineral sebelah blok akademik. tapi, tengah elok-elok tadah, air tiba-tiba takde. dan-dan aku terus hampa kat situ jugak.


sakit
bermula daripada budak-budak laki. ada yang batuk, selsema, sakit tekak dan demam. lama-lama berjangkit pulak ke budak perempuan. kiranya, aku dapat tahu, ada beberapa peserta kursus sekolah musim panas yang tak sihat. aku pun tak terkecuali. aku dapat selsema. mungkin sebab cuaca ekstreem. sekejap sejuk, sekejap panas. paling miserable, hari khamis kelmarin. aku selsema teruk. asek bersin. mata rasa panas. badan tak berdaya. kemudian, rasa sakit tekak. aku ada batuk tapi tak serius. paling ketara, selsema aku lah. mungkin aku kena hujan masa jalan kaki pergi warung nak beli dinner. dan, tak dinafikan, aku kekurangan air. pulak tu, hari khamis aku duduk sebelah ammar (yang tak berapa sihat) dalam bilik kuliah. mungkin dapat tempias daripada dia sekali kott. malam jummat, nak tak nak, aku bertungkus-lumus siapkan presentation untuk esok pagi. aku prepara ala kadar. yang lain-lain, serah pada Tuhan je. agak cuak bila kadar kesihatan menurun tiba-tiba. dah le lecturer dari new zealand - john hope dan margaret gleeson - datang nak tengok performance kitorang. memang ujian sungguh.
shuq pulak, sakit mata. dia dengan aku, dah la kongsi katil. so, aku agak risau, takut-takut berjangkit ke aku, adeh...mampus.


tadi aku kata nak cerita lima perkara kan?
acah mak enon. hehehehe
cukup lah aku bagi tiga perkara yang jadikkan sekolah musim panas aku satu kenangan yang memorable.
hari ahad, aku gerak ke mrsm tun ghafar baba.
hari isnin, lapor diri.
buat pengetahuan korang, tahap kecuakkan aku sedang meniti tinggi.
banyak benda main dalam kepala otak aku. dan disebabkan benda-benda tersebut berlegar rancak, degupan jantung aku tak memasal bergerak dengan laju sejak akhir-akhir ni. dan untuk kesekian waktunya, aku terpaksa tenangkan diri setiap kali aku nak tutup mata.

:|


Tiada ulasan: