rasa nak pecah jantung tengok john tomlins untuk kali pertama. terkedu lihat dia dengan lebih dekat. bukan sebab dia kacak, bukan. ingat, dia sudah lihat dunia sebelum tanah melayu capai kebebasan lagi, maka sila-sila lah bayangkan rambutnya warna apa. bila dia mula mengeluarkan suara garaunya di mana aku mendengar bait-bait perkataan yang bercampur dengan slanga british, aku rasa nak terkencing di situ jugak. serius. hendak diturutkan kegilaan aku ni, aku nak lari keluar, pergi jauh dari ruang empat dinding yang berhawa sejuk dan takkan mahu kembali. itu, kalau diturutkan akal fikiran yang tak waras lah. masalahnya, aku masih waras lagi, sebab tu aku boleh duduk terbeku untuk minit-minit seterusnya. dan bila john tomlins bergerak sana sini, aku seperti mahu pitam di tempat duduk sendiri. serta-merta aku lost. john tomlins - seorang berkulit merah jambu seperti jambu air yang dijual di lorong-lorong kawasan rehat-rawat kawasan tapah (aku tak tipu, dia memang berkulit merah jambu!) - berketinggian rendah untuk seorang mat salleh normal. tingginya seperti golongan testerone asia tenggara, aku kira. tapi, kalau disamakan tinggi aku yang hanya 146 cm di sebelahnya, mungkin saja aku hanya di paras perut john tomlins. tak berani lagi aku nak dongak dan lihat anak matanya. hei, aku sedar - aku rendah, itu kenyataan. dan dia tinggi, aku tahu.
kerana aku tidak pernah, walau sekali untuk berkomunikasi dengan seorang mat salleh, aku blurr hampir sepanjang masa. baiklah. mari bayangkan seorang british yang menyebut makhraj hurufnya seperti ini; bila disebut "okay", ianya dilontarkan sebagai "owh-keeiyy". ya, bukan "o-kay". tapi, "owh-keeiyy". ah, aku harap kau boleh bayangkan apa yang aku maksudkan. maaf lah, aku tinggalkan gorgeous berry (GB) di rumah. (info : aku sedang gunakan adi). kalau adanya GB, pasti aku lakonkan satu video untuk bagitahu kalian bagaimana gaya john tomlins bercakap-cakap dalam kelas.
berbeza dengan budak tesl lain (yang mana pada riak wajah mereka, aku lihat mereka begitu faham percakapan john tomlins dan selesa dengannya seolah-olah aku seorang sahaja makhluk asing tercampak di planet entah mana entah), aku terasa kepala aku dipijak-pijak dan ditenyeh-tenyeh hingga ke tanah. bahu aku pulak, di kiri kanan, seakan-akan dibebankan dengan berguni-guni kampit beras. secara ringkas, aku sebenarnya tertekan untuk hari pertama sekolah musim panas. aku pun tak faham kenapa aku rasa begitu. mungkin saja aku terlampau terkejut melihat makhluk bernama john tomlins. terkejut hinggakan perasaan inferior mencanak-canak tinggi. adrenalin bagai tak terkawal.
ok.
itu kisah hari pertama. nantikan kisah hari kedua pulak ye.
sekarang, aku terpaksa pergi. ada pembacaan perlu aku buat untuk kuliah esok.
selamat malam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan