kalau tak nak cerita kisah hari kedua atau hari ketiga, boleh?
aku mahu cerita kisah hari ni punya.
hari ni, untuk kali ke berapa, aku mengelamun lagi. jasad mengeras di kerusi tapi jiwa melayang ke langit sana. teruk kan? tapi nak buat macam mana. john tomlins - seperti seorang warga perancis - begitu panjang melebar terangkan pasal setiap subtopik yang ada. dia menguraikan setiap satu sampai terburai-burai dan tak memasal aku melaut banyak, tahu? dan lagi satu, sampai sekarang, aku kurang senang dengan slanga british dia. agak meletihkan untuk seorang aku memberi sepenuh perhatian hanya pada bahasa dia saja. ye, bahasa saja. the fact is, untuk hari-hari kuliah, aku paksakan telinga untuk mendengar suara dia. aku paksakan mata untuk melihat gerak bibir dia. aku paksakan hati untuk redha dengan diri dia. penggunaan pacaindera secara sekaligus seperti itu betul-betul membunuh aku ok. ya ya ya, aku sedar aku tengah membebel pasal lecturer aku. dan ini bukan mengutuk. jangan kau salah faham pulak. tapi, ini dipanggil rungutan.
encik john tomlins, awak sangat membunuh saya.
dan juga untuk hari ni, kuliah john tomlins berjaya membuat aku pandang muka jam setiap tigapuluh minit dengan hati terus menyumpah seranah dan mengharapkan adanya seseorang untuk menyihirkan masa untuk bergerak lebih pantas sedikit. i was mentally pressured, really.
well, kerana tertekan sangat, kitaran biologi perempuan aku pun terganggu jugak. hari-hari kena tukar untuk setiap lima waktu solat. walhal, sabtu yang lalu sudah mandi-manda dan rasa suci yang amat. adeh. tak selesa bila fizikal sendiri main cak-cak. dan benci sangat bila mengingatkan yang soul ni seakan terperangkap dalam satu balang besar.
baik lah.
tarik nafas, cik bawangmerah.
[senyum]
mari kita tutup cerita tentang john tomlins.
malam tadi, nizar ajak aku pergi pantai. pantai mana lagi kalau bukan kat pangkalan balak. actually, aku dah pernah pergi masa kursus kepimpinan mrsm tun ghafar baba. aku bukan pengawas atau ahli badan-badan perwakilan pun. sekadar setiausaha blok yang cabuk. dapat lah tempias sikit-sikit ciri-ciri pemimpin ni. ceh. tempias.
hahahaha
so, dorang pakat-pakat nak ke sana sebab ye lah, ni alor gajah kott? bukan seremban yang ada centre points, seremban parade, terminal satu, terminal dua atau seremban dua. paling dekat dari sini, pekan alor gajah tu ha. kau jalan la kaki sejauh sembilan kilometer. mau sampai ke malam. punya la sorok tak sorok mrsm ni. heh, biasa la kan? mrsm kuala klawang pun tersorok jugak. kalau nak naik bas pulak, kena tunggu. setiap satu jam dia akan lalu. itupun, kalau kau ada rezeki. kalau tak, kena tunggu dua jam kott. unuk teksi...em. aku tak tahu apa-apa. nombor teksi melaka, lagi haram. mana aku tahu tu semua.
berbalik pada ajakan nizar. chop. ni bukan pergi berdua lah. ni pergi berenambelas. jadik, aku pikir punya pikir, nak ke tak nak pergi. sebab, more or less, kalau tak pergi pun takpe. tapi, ni bukan soal dah pernah pergi ke tak. ni soal menghabiskan masa secara berenambelas.
last-last, aku decide nak ikut. pergi je la...
hei, pantai tuuuuuu! paling tidak, dapat cuci mata, ye dok? hahahaha
shuq
kau dah call mak kau nak pergi ni?
aku
belum.
shuq
ish kau ni. call la.
aku
takmo la. mak aku mesti tak kasi punya. ni tempat berair, lagi la takleh.
shuq
kau call, bagitahu je. cakap, ramai yang pergi. lagipun, kau bukan nak mandi kan.
bajet nak jadik budak nakal, pergi pantai senyap-senyap. aku ni, pergi mana-mana pun inform umi abah. dari kecik lagi. entah. memang nature aku. so, because of that kind of nature, kali ni, aku nak test buat something yang out of my own norm. aku tak nak bagitahu apa-apa. macam best dan rasa cool (cool la sangat! kahkahkahkah) tapi tak jadik plan aku. shuq kacau betul. dia suruh aku call. so, aku ikut cakap dia, call umi. masa tu pukul satu tengahari.
well, pukul dua umi dah standby depan kuarters guru mrsm alor gajah.
aku tak marah pun bila umi suruh balik rumah daripada pergi ke pantai.
sebab apa?
sebab saya tahu umi saya sayangkan saya :)
eh eh. tiba-tiba nak senyum. macam hape.
maka, ye, aku ada kat rumah ni.
tapi, esok pagi, aku balik mrsm alor gajah semula. ada program dengan super duper senior. kemudian, aku pikir nak balik rumah pastu. but then, takkan nak suruh umi amek lagi kan? macam a bit menyusahkan la.
so, aku mintak permission kat abah, aku nak drive pergi alor gajah esok pagi. sorang-sorang. serius, aku nak drive ni.
tapi,
umi
abah kata, kalau in nak balik jugak, biar abah dengan umi pergi amek. abah tak kasi awak bawak kereta. dia risau.
aku
[diam]
secara jujurnya, aku tak marah pun bila umi khabarkan yang abah tak kasi langsung aku drive ke sana.
sebab apa?
sebab saya tahu abah saya sayangkan saya :)
malam ni, tiba-tiba macam nak touching, nak sebak-sebak.
isk.
out of norm betul kau ni, bawang.

2 ulasan:
cerita pasal mrsm tgb, pasal kursus kepimpinan kat pantai tuh, pasal kuala klawang,
memang buuat aku rindu gila kat kau la bawang.
rindu zaman dulu2^^
intan,
bila kau highlight tgb and kk, baru aku perasan yang aku gabung-gabungkan memori lama dalam satu entri.
tehehehe rindu ye?
Catat Ulasan