pengalaman menyiapkan medical check up (1)

tahukah kalian bahawa aku sedang menghitung hari? yeaahhh...
itulah hobi aku dua tiga menjak ni. walaupun budak jepun tak habis-habis sound aku tentang perasaan-kau-tinggalkan-malaysia-nanti-barulah-kau-tahu-rasanya, aku buat pekak jekk. mungkin pada keesokan harinya mahu terbang, baru aku teringat kata-kata budak jepun ni kott?

bersedialah untuk tersedak, budak jepun!

apa-apa pun, tak kisah lah. sebab, tarikh penerbangan masih belum diketahui secara tepat. kalau secara kasar (dan kamu semua teringin nak tahu), ianya pada tahun 2011 bulan februari. aku tahu, memang lambat pun kami terbang. tapi, lantak lah kan. asal kan terbang. blueeekkk.
dan masa tu, aku dianggarkan berusia 21 tahun.
fusyooo!
(tapi figura tetap macam budak tingkatan tiga - takpe, aku suka)


macam takde gaya cikgu muka aku ni

sebenarnya, tentang medical check up ni, tiada apa yang menarik melainkan pergi ke hospital dan klinik. aku sebenarnya suka pergi hospital.
kejap.
pembetulan.
aku sebenarnya suka pergi hospital SWASTA dan aku tak pernah suka akan hospital kerajaan. sebab apa?
banyak sangat sebabnya dan kalau aku nak senaraikan satu per satu, kau akan mula pikir yang bukan-bukan.
hey, perkhidmatan swasta sangat best ok? lebih-lebih lagi Hospital Pantai. sumpah aku rasa macam nak duduk kat wad situ berhari-hari.


aku suka cerita ni sebab aku jatuh cinta dengan bilik pesakit

oh ya.
tentang medical check up...hem...
sebenarnya, aku kena tetapkan temujanji dengan Doktor Merican sekali lagi. bukan nak amek keputusannya, bukan...
tapi, sebab aku tak buat lagi ujian air kencing.
aku dah baca dalam dokumentasi yang Selset kepilkan pada kami semua -
if female, do not schedule your examination during menstruation.

perhatian kepada junior : tahukah kalian bahawa kita tidak boleh membuat ujian air kencing ketika berhaid? hal ini kerana dikhuatiri air kencing tersebut akan bercampur dengan darah dan akan menghasilkan keputusan yang tidak sepatutnya.

ketika temujanji yang dulu, aku tak expect pun yang period aku akan datang. dua bulan dia menyepi - tup tap tup tap, dia datang tepat pada hari temujanji itu.
bukan salah aku, tahu?
aku tegaskan sekali lagi, bukan salah aku.
heh, aku sebenarnya agak bengang dengan Doktor Merican tu.
alih-alih dia cakap macam ni,

"hang dah tau hang period, awat mai jugak?"

seriously, aku rasa macam nak tikam-tikam doktor tu. dah le emosi aku macam tak stabil, lepas tu dia seakan tuduh aku pulak. ingat aku nak sangat ke buat medical check up dalam keadaan period? satu kerja nak kena buat temujanji lagi. haish.

[tarik nafas]

ok, untuk medical check up ni, mula-mula pembantu Doktor Merican amek ketinggian aku.
146 cm.
woo!
aku agak surprise masa tu. sebab, setahu aku, tinggi aku cuma 145.5 cm dan jika betul lah tinggi aku dah meningkat sebanyak 0.5 cm (masih lagi dikira sebagai satu peningkatan ye), bermakna, tulang-tulang aku belum lagi mencapai pertumbuhan yang maksima la kan? tak sia-sia aku minum banyak susu kat kolej dulu.
dan untuk berat pula, oh, tak perlu kott kita bincangkannya. lagipun, korang suka ke bab ukur-mengukur ni? aku tak suka. hehehe.


ini lah breakfast weekend aku kat kolej

bagi pengalaman x-ray dan pengambilan sampel darah - yang ni best!
reason-nya senang ; pegawai-pegawai yang bertugas menjalankan tanggungjawab dengan senyuman dan muka yang ceria. tutur bahasa tu, masuk dalam pakej sekali. kan aku dah cakap, aku suka hospital swasta. akak x-ray tu baik. dah le tangan dia sejuk. muka pun comel.
dan abang yang amek darah aku, hihihihi
cukup bersabar dengan kerenah aku.

"er...nanti, cucuk sakit tak?"

aku bermuka cuak.

"oh, tak"

Sarcastic

"caya lah...tak sakit pun macam yang disangka-sangka. cuma, macam kena gigit semut. itupun, sebenarnya, tak sakit mana"

dia dengan muka confident.

"er..."

aku, tiba-tiba, dengan secara refkleksinya, alihkan tangan kiri sebelum jarum sampai ke permukaan kulit. sempat lagi aku belakangkan abang tu sebab takut. huahahahahahaha


bawangmerah --> budak takut darah. harap maklum Blush


"adik jangan takut. cuba tengok ni (sambil tunjukkan aku urat yang bakal dicucuk dengan jarum). abang dah jumpa dah. dah senang dah. jangan risau. benda ni sekejap je..."

dan kerana begitu takut melihat sel-sel darah pekat memenuhi tabung uji, aku alihkan pandangan ke arah kanan dan ya, sempat aku terlihat seorang doktor praktikal (i bet he is) sedang berdiri di situ, memakai cermin mata (standard seorang doktor kott?) dan tersengih-sengih tengok aku.

hampeh.

"dia tingkatan berapa?" tanya abang-amek-darah pada abah lepas habis dia buat kerja.

"dia? nak masuk universiti dah" abah jawab selamba.

HAHAHAHAHAHAHAHA

abang, you are the 238th person to think so.

habis di hospital, patah balik ke klinik.
mau satu jam lebih Doktor Merican interview aku pasal kesihatan. kemudian, periksa sana sini. aku cuak sebenarnya. sebab pertama - dia laki. sebab kedua - aku tak biasa jumpa doktor.

suka pergi hospital dan berjumpa doktor adalah dua perkara yang berbeza. ingat tu.

dalam rekod kesihatan aku sepanjang bergelar pelajar tadika, sekolah rendah dan sekolah menengah, amat jarang aku jumpa doktor untuk hal ehwal kesihatan. kalau doktor gigi, yes, sebab aku seorang budak pendakap gigi suatu ketika dulu. appointment berlambak-lambak.

well, ada satu seksyen tu, aku ternampak Doktor Merican tick kotak 'abnormal'.
terus aku angkat kening.
pandang dia.

aku, abnormal?
bahagian mana pulak dah...

level ke-cuak-kan otomatis berjaya ditingkatkan kepada paras yang lebih tinggi.
chop.
takkan aku abnormal?
like
, serrriooousssly, abnormal ke?


"lah, mana liquid paper ni?" dia jerit pada pembantu dia yang ada kat belakang.


doktor ni boleh tahan sengal kan?

VeryAngry

p/s : menulis adalah salah satu cara melepaskan tekanan. yeah, aku sedang tertekan.


10 ulasan:

acanmunie berkata...

situasi kita sama. orang asyik tanya ni tingkatan berapa. dan ayah aku akan cakap " ni tingkatan lima niiiii". dan aku akan pandang ayah dan sama-sama gelak. hahaha.

bawangmerah berkata...

acanmunie,
hahahaha ayah kau pun pakat-pakat kenekan orang yek
but, it's fun right? :D

Tanpa Nama berkata...

isk pompuan kotor gila. sebab tu lelaki lagi hebat.

bawangmerah berkata...

anonymous,
generalisation sebegitu adalah bahaya. tak baik menghukum.

Tanpa Nama berkata...

akak, saye actually takut doktor, tu yang terjumpe akak punye blog nih, padahal dah bertahun akak post. anyway, nak tnye, yg akak ckp doktor tu check sana check sini tu die check ape? serious saye fobia dgn doktor. mcm mane ni, nak msuk plkn, kene buat medical chekc up, tlg la kite akak...

bawangmerah berkata...

anonymous,
o at first, doktor tanya pasal your history and family. macam-macam soalan dia tanya based on the form yang dia kena isikan. then, dia ada check bahagian mata, check peratusan lemak di bawah lapisan kulit (sebab tu please have your penjaga in that room sekali) and check--
urgh, i can't remember :(
tapi, overall, tak perlu takut. doktor cuma nak confirm kan tahap kesihatan kita. that's all. no worries, ok ! :)

Tanpa Nama berkata...

oh tidak , takut jugak, huhuhuhu, kite mmg tkut dokter, kak! anyway~ thnks! akak, kene bwk parents jugak ke? kalau pergi dgn kawan? X) haih, nak pegi plkn ni. :((((

bawangmerah berkata...

anonymous,
tak semestinya. kalau bawak kawan pun, ok jugak kott. tapi, ni awak nak buat check up untuk plkn ke? i'm not sure la pulak because i didn't go to plkn. this check up was for my departure.
for me, i prefer not to have check up all by myself. better pergi dengan seseorang - regardless your parents or friends.

Unknown berkata...

akak..sy pon takut nk jmpe doktor nk wat medical check up untuk smbung blajar..tgn sy da la cepat menggeletar..any tps?

bawangmerah berkata...

yuki sya,
not to worry so much !
medical check up ni seronok sebab dapat jumpa doktor (kacak) and kita boleh tahu level of health kita :)
kita pun jenis menggeletar sikit. what i did, kita control my emotion. selalu pikir benda2 best. layankan perasaan. dont think anything about medical check up. biar doktor je yang buat. hope this will help you. all the best !