close my eyes, backstreet boys.
***
sini sudah pukul tiga pagi. aku cakap dengan nana tadi, nak tidur. tapi, heh. tak nak tidur pulak mata ni. nana entah-entah dah tidur tu. takpe lah.
maka, aku sedang seorang kini. ya, seorang. rumah sunyi. sunyi dan tenang.
kerja translasi sudah selesai. selsema sudah surut. batuk sudah tiada. cuma, nyenyak tidur kembali ghaib. biar lah. siang nanti baru dapat nikmat tidur nyenyak kott?
dalam aku bosan, aku buat satu kerja yang em...aku tak rasa kamu akan buat. tapi, kalau kamu buat, kita barangkali ada kimia la kan?
aku baca semula status aku di bukumuka. aku amek sampel dari bulan ogos hingga bulan november.
sila kan.
***
02.08.10
is having cold and cough.
05.08.10
can't stand with the pain.
urgh ! :(
07.08.10
sudah pergi ke klinik :)
19.08.10
run bawang run, don't ever look back ~
22.08.10
kesedihan itu indah, kesunyian itu tragis. e eh?
24.08.10
just try a little harder.
24.08.10
hari sampah.
25.08.10
mood aku macam suis.
01.09.10
my silence is the best killer for you. enjoy it.
20.09.10
luka jari boleh sembuh, luka hati? oh, masih segar berdarah :)
22.09.10
berjaga hingga 2.30 pagi semata-mata untuk mengadap empayar mesir. kemudian, mata masih terbeliak gara-gara teringat akan artikel wikipedia berkenaan "kelembai" dan juga drama Siti Kelembai (PG13). terkebil-kebil-lah mata hingga jam melewati tiga pagi. terus, pasangkan runut bunyi barat dan kepala otak berlatih menafsirkan patah-patah perkataan. haih. susah kalau tak dapat nikmat tidur yang sempurna :(
25.09.10
marilah berharap yang cik Farahin Nasir akan mendapat tidur nyenyak malam ini :(
27.09.10
ketawa ha-ha-ha lagi.
29.09.10
nak gelak lagi? buat apa. bukan gelak betul pun.
06.10.10
it's not that ok to rewind nightmares every night. it scares me to close my eyes. it forces me to sleep with my laptop's on. thing's getting difficult here.
07.10.10
tertekan
23.10.10
alam mengekek ketawa menonton aku menyeka air mata. jelas, betapa dia seronok menganjing aku dari muka langit bila sayap aku retak dan patah, jatuh terkulai atas tanah.
25.10.10
is broken into million of pieces.
27.10.10
cepat, jahanamkan aku lagi sampai aku lunyai mati.
01.11.10
mari lah senyum, mari lah senyum - walau terpaksa membohong diri.
02.11.10
sedih sampai sakit. ya, sememangnya literal - sedih sampai sakit.
03.11.10
kata dua - "awak makan ubat, tidur dan sihat, kemudian buat kerja" atau "awak tak makan ubat tapi buat kerja dengan selsema dan batuk"
hu?
04.11.10
expectorant and chlorpheniramine maleate?
cool - new drugs.
07.11.10
rumah kosong, bilik kosong, hati kosong. oh, indahnya!
07.11.10
ke hadapan dunia, saya ingin telan dadah saya. selamat tinggal.
10.11.10
at a certain point, it's just tired to keep lying to yourself when actually, you know you're not ok.
***
aku perasan, awal-awal cuti, hidup aku macam sangat bahagia. status aku, kebanyakannya pasal farmville. aku memang GILA kan farmville suatu ketika dulu. seolah-olah, aku lebih rela hidup di maya berbanding realiti. maka, untuk kes aku, teori Jean Baudrillard ada kebenarannya. aku mengalami simulacra.
tapi, apabila bulan ogos mengambil tempat, emosi diri mula berkuasa. mungkin, ketika itu, aku dah bosan dengan kehidupan maya. aku seakan mencari sesuatu. mood aku tak menentu, begitu juga kesihatan aku.
beralih ke bulan september pula, tidur aku terganggu. mungkin ada kaitannya dengan pasang-surutnya emosi. aku tertekan, dan dalam fasa penekanan tersebut, aku menipu diri. aku cuba ketawa. ye lah, mana tahu, keadaan menjadi lebih baik? lagipun, orang kata, laughter is the best medicine. orang kata...
bulan oktober ; aku hancur. bukti paling ketara adalah pada ayat yang aku bold kan. itu adalah puncak kemarahan aku.
dan sekarang, bulan november. bulan penderitaan. sekali lagi, aku menipu diri. tapi, tak berjaya. malah, mengundang kesakitan.
dan sampai pada satu tahap,
iye, aku letih.
4 ulasan:
datang sini and have fun!
pa'innnnnnnnnnnnnnnn :(
ko buat aku sedeyh :(
fatehah,
aku datang minggu depan.
pja_chan,
haish. jangan la...
kau kene kuat untuk buat aku kuat balik.
bawang, thats the effect terperok rumah lama sangat. lama2 ko plak jdi antara furniture kat rumah 2.. tak bernyawa. soulless.
baik ko pi naik keta tengok dunia.. jalan2 kat kl k, jmpa x-klasmet k, papelah.. asal jgn dok rmah.
law takot ajkla kwan2 join skali..
siaan aku kat budak kecik nih..
kecik2 dah merana...
Catat Ulasan