wasilah terakhir #7


***

"abang..."

satu larut malam.
sayu kedengaran suara itu, seperti rayuan si hamba kepada Tuhannya di atas tanah sejadah berbumbungkan cahaya rembulan suram. pun begitu, sudah gah untuk memecahkan keheningan ruangan empat dinding.
meski matanya tertutup rapat, dia tahu ammar pasti ada di sofa berdekatan katilnya. sentiasa ada seperti malam-malam sebelumnya. sentiasa ada, untuk dirinya sahaja. namun, untuk kali ini, bukan seperti sentiasanya.

"abang...farah rasa sakit perut...bang..."

'Allah...sakitnya...'

"sya?"

farah genyeh matanya. silauan cahaya cepat menembusi irisnya.

"huh?!" kalau ditoreh muka farah sekarang ini, pasti darah tak terpancut.
"you buat apa kat sini?" cemas nada farah.

berkali dia menoleh kiri kanan, mencari suami tercinta tapi yang ada di hadapannya, ah, celaka - kisah silam yang tak mungkin terluput dari benak farah.

zarul.

zarul mara ke arahnya, makin lama makin dekat sehingga dia tiba di bucu katil farah. dengan perlahan dia mengambil tempat untuk duduk bersebelahan dengan farah. farah tangkas menyembunyikan tangannya, takut-takut diterkam pula oleh zarul. terdengar keluhan zarul. barangkali hampa kerana tangan halus sudah bersembunyi dan tidak boleh diraihnya.

"gastrik?" zarul melontarkan pertanyaan.

farah geleng cepat, tapi tangannya di bawah selimut masih kuat memegang perut, tanda dia sememangnya menipu zarul. zarul hanya memandang ronyokan itu. dia tahu, farah sedang menahan.

"don't tell me lies. i know you very well, dear. masa kita kat kelas dulu, kalau you gastrik, you pegang perut"

farah kunci mulut. tak teringin untuk dia berbicara dengan manusia penghancur hati. langsung dia tidak menatap wajah zarul.

"em..." mata zarul menggagau dalam cahaya suram bilik dan akhirnya tertancap juga pada sesuatu.

"makan roti eh? aku sapukan"

farah masih berkeras tidak mahu melayan zarul. entah ceruk mana zarul timbul, farah tak tahu. dia bingung. kehadiran zarul, tika ini, waktu ini, saat ini, kala ini, langsung tak terjangka dek akal logik farah.

"nah" roti disapu jem merah pekat disuakan.
"TAK. NAK." farah mencuka.
"kenapa...nanti gastrik melarat tau. makan ni cepat. i dah sapu roti dengan jem ni. i tahu sangat, you suka roti dengan jem kan, especially strawberry flavour"
"please, zarul. don't. i don't want, ok" muka farah sedingin air batu. memang tiada riak kelembutan. nampak sangat farah bertegas dengannya.

"tapi sya, makanlah dulu. lepas kau dah makan, kau nak marah aku, marah lah. aku tak kisah, asalkan gastrik kau tak melarat"

farah kaget.

"sya, please?"

"takpe. aku boleh tahan" farah temberang walaupun kesakitan menggigitnya bisa.
"cuma...boleh kau tuangkan air tak?" pinta farah.

dan zarul melayannya - air dituang, gelas bertukar tangan, air dihirup. lega.

"degil jugak kau ni kan? masih tak ubah perangai tu"
"kau tak pernah rasa sakit perut. kau tak faham"
"dear, aku fa-"
"stop it zarul. kau tak ada hak nak panggil aku dengan nama macam tu"
"sorry..."

kesunyian memenuhi atmosfera perbualan ringkas dua insan. tapi tak lama.

"kenapa muka kau?" farah memulakan kembali.
"em?...er...jatuh"
"jatuh? lebam semacam, berplaster sana sini"
"haah. jatuh dekat tangga hospital ni. tingkat satu" penipuan yang diberikan. mana mungkin dia sanggup membongkar rahsia perbuatan ammar menumbuknya bertubi-tubi.

"bila discharge from this room?"
"esok" lirikan senyuman memanjang hingga ke telinga farah.
"ooh...so i supposed, this is the luckiest day for me"
"why?" farah berkerut.
"meeting you...again"

sepasang mata redup seperti mahu menggoyahkan iman di dada.

"betul tak nak roti ni?" zarul buat tawaran.

farah sekadar menggeleng.
walau dia sukakan roti disapu butter dan jem, kini, tidak lagi. itu kisah dulu. ya, dulu. dulu, di mrsm, zarul yang selalu temankannya makan bersama. roti, dadih, aiskrim. macam-macam. bagai jauh sudah moment itu ditinggalkan. jauh dan dia sendiri mahu hapuskan satu demi satu.

"sya...is it too late for me?"

farah pandang mata zarul. nafasnya ditarik cermat. sesaat dua dan berat-berat,

"you know it's over kan" perlahan farah menyebut apa yang patut.
"tapi masa tu, i didn't realize that-"
"zarul..."

farah angkat tangan, mengembangkan sedikit kelima-lima jarinya di udara dan ditunjukkan pada zarul. dia mahu semuanya dihentikan. sekeping hati ini, tidak rela dihiriskan lagi.

"don't talk anymore, please. you're hurting me. sudah lah, aku dah decide, abang am is everything. ni, cincin ni..."

zarul paling, tidak mahu menatap cincin belah rotan yang tersarung cantik di jari farah.

"yes, but i know one thing for sure, you love me. still" redup mata zarul menatap semula wajah farah di katil.
"look zarul, i love him. kan dah cakap, it's over ok. it's over"

zarul keluh panjang.
tunduk.

"i don't deserve another chance, do i?"

farah senyap.

"how about your fiancee'?" akhirnya terluah jua.

zarul terus mengangkat muka, memandang tepat ke muka farah. farah masih statik, mengharapkan jawapan yang sempurna dari bibir zarul.

"i don't know"
"what?"
"aku tak tahu. aku cuma rindukan kau. i miss you so much, sya. aku rasa menyesal when i let you go at the first place. i've realized, you're the one. kau yang selalu dengan aku. kau yang tahu segalanya tentang aku. we both shared the moments together. i miss them, really. everything. ingat lagi, kau selalu gastrik. punya la nak siapkan assigments and study, sampai kau lupa nak makan. dan aku terpaksa ingatkan kau selalu about your meals. your pills. your rest. bila prep, kita buat homework sama-sama. bila study, kau ajar aku sejarah, aku ajar kau math. God..."

tak semena-mena, zarul menyeka air mata yang jatuh berderai. farah hanya memandang dengan wajah yang pilu. inilah kali pertama dia melihat zarul begitu.

"zarul..."
"aku tahu, aku sakitkan hati kau. after all, i was telling you that...that..."
"zarul..."
"ni semua salah aku kan?" zarul persoalkan.
"but sya, please, trust me, for God's sake, what i did to you, everything, semua layanan aku tu, semuanya datang dari hati ni. aku tak pernah bohong pasal tu"

farah membatu.

"sya, bila kau hilangkan diri, then i realize how stupid i am. aku cuma rindukan kau"
"tapi zarul, tu semua cerita lama. your fiancee' tu?"
"i thought i can just forget you easily when zakiah happens to be my special one. but, those are illusions. aku tipu diri aku. aku tahu, aku tipu diri aku ni. aku cuma...please, sya. please"

farah pejam matanya dan air matanya juga berderai.

'kenapa zarul? kenapa baru sekarang? kau buat aku tertunggu dan kau menyeksakan aku. aku milik abang am. apa lagi yang aku boleh buat?'

"zarul, it's too late...i'm his. there's nothing we can do about this"
"sya, you have your right untuk decide-kan hidup kau. takkan dia tak faham?"
"nonsense, zarul. dia terlalu sempurna. too perfect. kau nak aku mintak kan cerai? kerja gila. no. never, zarul. kalau aku mintakan yang tu, aku kejam. aku tak ada daya nak lukakan hatinya lagi"
"hati kau, kau tak pikir?"
"hati aku, milik dia. jadik, kalau aku lukakan hati dia, sama jugak dengan aku lukakan hati ni"

zarul tertunduk lagi. usahanya sudah tiba di penghujung. sia-sia belaka. farah masih lagi tetap pada pendiriannya. sekukuh logam, sekeras kerikil, seteguh besi - itu farah dan bukan lagi seorang sya.

"zarul...balik lah pada tunang kau. dia perlukan kau. lagipun, kau dah janji to be with her kan? janji sehidup semati dengan dia. she's waiting for you. don't break her heart, please. balik lah zarul"
"tak...tak mungkin...macam mana aku nak nikah dengan dia padahal hati aku ni katakan yang lain?"
"but zarul..you know that-"

"sayang" tiba-tiba suara ammar mengambil ruang dalam perbualan farah dan zarul. serentak itu dua pasang mata tertumpu pada figura ammar yang sedang berdiri di pintu bilik sakit. ammar pula tidak senang hati melihatkan zarul duduk dekat dengan isterinya.
zarul segera mengangkat punggung.

"abang! er..it's nothing. kitorang cuma-"

ammar hayunkan langkah ke arah katil. zarul berundur. farah tergamam.

"kenapa ni?" ammar letakkan jambangan teluki yang dibawanya di atas meja. begitu juga dengan sebekas makanan.

"aa..." farah gugup.
"sini" dan ammar selakkan baju, mulakan prosedur.

pempalpatan pertama dilakukan.

"sakit?"
"tak..." farah menjawab sepatah.

diteruskan dengan pempalpatan kedua.

"sakit?"
"AA!"
"gastrik" punat kecemasan ditekan.

dan ammar terus meninggalkan bilik tersebut.

pedih!

***


[ oleh : drombees ]


Tiada ulasan: