wasilah terakhir #8


***

"pagi tadi breakfast tak?" suara ammar di hujung talian dirasakan sangat dingin.
"breakfast..."
"lunch nanti jangan lupa makan. abang ada kerja, abang balik lambat"
"em..."
"tak payah tunggu abang for the dinner. i dine out with kamarul"

"so, please take care. kertas penulisan farah abang simpan dalam kabinet in room next door. try to find it out"
"yes abang"

talian diputuskan sekilat. farah terduduk di sofa. kejadian minggu lalu bagai tiada apa yang berlaku. ammar sikit pun tidak mengungkitkannya. entahlah...
namun, apa yang pasti, ammar cukup 'jauh' daripadanya. sentuhan si suami tidak lagi dirasakan seperti satu sentuhan. cukup sekadar sentuhan. bukan lebih daripada itu.


jam menganjak ke detik 12 tengah malam.

'mana pulak abang am ni? '

"mar, sampai bila kau nak seksa dia?"
"aku bukan seksakan dia. itu kau kena tahu. aku cuma tak boleh nak hadap dia"
"haih. sama la tu. aku tak faham la kau ni. dulu, lepas habis krisis tu, aku ingatkan dah settle everything"
"memang la dah settle. tapi im, kau bayangkan la. budak zarul tu ada dengan farah masa pukul satu pagi. dah la duduk dekat. kalau aku tak sempat masuk, entah apa-apa la yang dia nak buat dengan wife aku tu"
"kau ni gila la. takkan zarul nak buat something kott"
"tapi tu tak mustahil kan?"

imran terdiam. ada kebenaran dalam perkataan sahabatnya itu.

"so, sekarang ni macam mana? takkan kau nak terperuk kat teratak indah aku ni? nasib baik aku tak kawin lagi. buatnya kalau aku dah ada anak bini, entah mana la kau nak merempat kan"
"aku merempat la kat hotel kings. apa susah"
"kepala hotak hang! balik la rumah kau tu. kesian si farah. kau kata kau sayang dia, tapi attitude kau sendiri langsung tak sama dengan mulut kau tu"
"aku dah cuba jadik yang terbaik ok. aku dah cuba"
"iye, aku tahu kau dah cuba tapi ego kau tu, bawak kasi turun level dia tak boleh ke? kau ingat ego kau tu membantu sangat la dalam hal korang berdua?"

dan tiba-tiba handphone di atas meja berdering.

"ha, tu. pergi angkat. bidadari kau telefon"
"malas"
"ammar, kau ni teruk la! dah pukul dua pagi kau tahu tak. kesian dia. dia tunggu kau"
"heh. buat apa dia cari aku lagi ha? pergi la cari si zarul tu"

"hello, abang..."
"...."
"abang, farah ni. abang kat mana...."

imran mengambil keputusan untuk senyap. handphone yang ditekap di telinganya masih terdengar sayup-sayup suara isteri sahabatnya. ammar langsung tak ambil pusing.

"abang...abang marah farah ke?"

imran terus loud-speaker. terus terdengar suara lembut farah. ammar pandang imran. imran balas dengan pandangan mata. diam. yang dengar hanyalah suara si pemanggil.

"farah tunggu abang. abang dah makan belum? farah masakkan kari ayam. kali ni tak masin macam dulu. atau abang nak ikan selar kuning garing? yang tu pun ada jugak. farah tahu abang suka kalau goreng garing-garing kan"

suara farah tersekat. dicuba tahan untuk tidak teresak dalam corong talian. digapainya segala kekuatan bagi menyudahkan sisa-sisa ayat.

"farah rindu nak makan dengan abang..."

ammar tertunduk. imran mula melangkah pergi dari ruangan tamu. biarlah ammar bersendirian dengan farah.

"farah...farah tak makan malam lagi. abang balik ye?"

masa berlari-lari hingga ke pukul enam pagi. ayam-ayam sudah mahu berkokok. burung pula tidak kalah berkicau bising. ammar benamkan kunci rumah ke dalam lubang pintu, dipulas perlahan, terus langkahnya menuju ke kamar. sempat juga dia lalu ruangan dapur. ternampak farah tertidur di atas meja makan, berbantalkan lengan. elok terhidang juadah berupa kari ayam, ikan selar kuning, nasi putih. juga puding karamel.
makan malam semalam.

luluh hati ammar buat seketika, tapi hati itu masih tepu dengan ego. dia kemudian kalih masuk ke bilik.
ditutup.
rapat.
farah tersentak. terpisat dia menggosok mata. pelipisnya terasa lega sedikit. dia pandang pintu bilik.
tertutup.
rapat.

"abang...?"

di bawah rintikan air shower, ammar terpaku keras. dia buntu. tidak tahu ke mana arah tuju bahteranya kini. layarnya sudah terkoyak sedikit gara-gara tangan laknat si zarul itu. langsung tersasar magnitudenya. ombak badai pula bagai raksasa yang rakus membaham, puas menghenyak bahteranya ke kiri ke kanan. teroleng-oleng kapal yang dikemudi. ammar canggung dengan keadaan. terasa title nakhodanya hampir melayang bersama angin ribut.

di hujung katil pula, farah duduk. dia juga seperti ammar, buntu. dia sudah habis modal. ammar tetap beku. keras. bagaikan bongkah ais di lautan yang tidak mungkin boleh dipecahkan atau dicairkan langsung.

"abang?" farah angkat muka seraya daun pintu bilik air terkuak luas. ammar hanya berlagak biasa. langsung tiada kata daripada kerongkongnya. apa syaitan sedang menyekat suara suaminya?

"abang pergi mana?" farah nekad. semuanya mesti diselesaikan.
"abang, abang dengar tak?" ammar buat dek. terus dia keluar dan menuju ke bilik bacaan. farah mengekor dari belakang namun tidak sempat bila ammar mengunci pintu.

di ruangan tamu terdengar jeritan telefon untuk diangkat. farah berlalu dari muka pintu bilik bacaan.

"hello?"
"hello. rumah doktor ammar?" suara perempuan memberi respon. farah kerut dahi. siapa pulak ni?
"ye, rumah doktor ammar" ni bukan suara nisa, si pembantu klinik.
"can i speak to doctor ammar please?" suaranya membuat telinga farah hampir bernanah.
"who's this?"
"doktor ammar ada tak?"

siapa perempuan ni? serentak perasaan marah membuak-buak, laju ia memenuhi segenap ruang jiwanya. farah tak boleh tahan. tak salah lagi. terus dihempasnya gagang. seketika, telefon berdering kembali. farah cepat putuskan wayar. langsung tiada deringan lagi. tak sangka!

langkah dipanjangkan. digagahkan kaki walau lutut bagai lemah terkulai. kalau ammar tak sayang aku, lepaskanlah aku. janganlah seksakan aku begini!
berada di muka pintu bilik bacaan, farah menunggu hingga ammar membuka daun pintu.

"sampai hati abang!"

ammar tetap berlagak biasa. dia kemudian melepasi farah meski fikirannya gagal mentafsir reaksi farah itu. bilik tidur menjadi sasaran dan farah membuntuti ammar.

"abang, i'm talking to you!"

ammar masih buat pekak.

"abang!"
"farah nak apa?!" ammar paling dan kali ini suara ammar meninggi. bagaikan halilintar membelah kerak bumi. masa itu juga hati farah mula disiat. namun, farah tetap berani menghadap kesemuanya.
"i want to know, who's that lady!"
"what lady?"
"abang jangan nak tipu farah!" kali ini farah betul-betul terluka.
"tipu apa?"
"abang, if you don't love me anymore, just don't do this to me"
"apa ni? i don't get it, ok"
"abang ke mana semalam? abang jahat tahu tak! abang jahat!" tangan farah menumbuk-numbuk dada bidang ammar. ammar pantas menangkap kedua-dua belah tangan isterinya. dirangkul rapat, cuba menenangkan farah. tapi farah meronta dalam dakapan si suami. dia geram sungguh. dalam pada itu, terembes kembali air matanya. sudahlah malam tadi dia meraung sakit, kini bertambah-tambah lagi kepedihan yang ditanggung. cuka apa yang ammar berikan ini?

"sayang"
"don't call me sayang! i hate you!"
"farah, dengar sini!"
"i don't want to hear anything. you hurt me!"
"farah, please. listen!" ammar terpaksa menghempas farah ke katil. terhenyak farah di situ dan semakin deras aliran air matanya. ammar pegang kepala. tidak tahu apa yang berlaku kini. tidak tahu pucuk pangkalnya. tidak tahu onar apa yang zarul lempiaskan.

"farah, look. abang tak faham farah cakap apa"

farah tidak bersuara. yang mampu dilakukan hanyalah membiarkan anak sungai terus mengalir dari empangan mata.

"please, sayang. abang tak faham. farah cakap apa ni? what lady?"
"abang jangan nak berlagak tak tahu. farah pun bukan bodoh lah, bang. kalau macam ni hakikatnya, farah minta abang lepaskan-"
"farah!"

farah berani menentang matanya yang merah berair pada wajah ammar yang sangat keruh.

"tapi abang yang jumpa perempuan tu kan?! apa lagi yang boleh sorang laki buat tengah malam dengan perempuan lain?"
"perempuan?"
"farah penat tunggu abang malam tadi, tapi senang-senang abang pergi rumah betina tu"

YA ALLAH. apa semua ni.

"abang pergi rumah imran, farah. mana ada rumah perempuan" ammar jujurkan apa yang patut.
"abang tipu!"
"farah, apa masalah farah ni?"
"jangan tanya farah. tanya diri abang tu!"

ammar makin runsing. nampak gayanya, penyelesaian tidak mahu memunculkan diri. farah pula tetap deras alirkan air mata.

dalam ketegangan, handphone ammar bergetar. ammar pantas capainya di atas meja solek. entah nombor apa yang tertera di skrin.

"hello?" ammar bersuara.

farah hanya mencerlung.

"hi, doktor ammar! ingat i lagi?" suara perempuan di hujung talian.

ammar pula berkerut seribu. dilihat farah ingin mengangkat kaki, namun cepat saja ammar menghalang isterinya daripada pergi.

"yes, i think i remember. er...zakiah right?"
"ingat pun! tadi i called your home, and i think i spoke to your wife. a moment later, i dialled that number again sebab terputus. but then terus tak dapat-dapat"
"owh..my wife ye..."

farah tak kuasa melihat drama kecurangan suaminya, lantas dikuatkan daya untuk melepasi benteng ammar. farah keluar dari kamar, masuk terus ke bilik bacaan. dikunci pintu. dan terduduklah dia di balik kayu utuh tersebut, menangis meratapi nasibnya.

ammar tidak betah bercakap lama dengan zakiah. segera dihentikan perbualan atas alasan yang olok-olok.

"farah" pintu diketuk berkali-kali.
"farah sayang" ammar berusaha lagi.
"just leave me alone!" farah laungkan. kedengaran juga suara tangis yang lagi kuat.
"sayang, don't do this to abang. please"
"just go away!"
"sayang, tu zakiah je"
"i hate you!"
"sayang, please"
"i hate yooouuu!!"

farah katup telinga. hanya air mata yang menemani lagi. keretakan mula terserlah dan seolah tiada jalan yang terbentang untuk menyelamatkan segalanya. ammar pula hanya menanti di balik pintu. kini, adam dan hawa bersandar bersama, cuma kayu utuh itu yang memisahkan mereka.

'farah...please'

nota kecil itu diselit bawah pintu setelah sekian lama perang reda. farah perlahan menarik lantas membaca. lama kemudian, di balik nota tersebut, farah menulis sesuatu.

'i want to be alone. i don't need you'

ammar mengeluh.

'zakiah tu tunang zarul'

kertas dikembalikan.

farah terkedu. diam seribu bahasa. tapi itu tidak bermakna dia termakan pujuk rayu suami. bolehkah dia percayakan kata-kata ammar? air mata bercucuran lagi.

***


p/s : "kadang-kadang orang yang paling kita sayang lah, yang paling susah untuk disayang"
(cinta, 2006)


5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

excellent! karya ko setanding karya2 penulis hebat tanah air. plz bukukan karya ko bawang! aku confirm beli!!!
-yg curi mase ko tadi- ^_^

bawangmerah berkata...

anonymous,
nanti aku bukukan satu copy untuk kau ye. hihihi
p/s: no hal lah pasal curik2 masa ni :)

Tanpa Nama berkata...

awis berkata :

weiii aku nak jugak !!!! hahaha

caterpillar berkata...

salam.. weh budak kecit.. pandailaa ko tulis nih..

haa.. plot ni my fav part. baru r even kecurangan dua2 pihak.. baru boleh maafkan satu sama lain, xgitu..

ur bro, jijie.. heheh..
(kan ko kata aku cam abg ko)

bawangmerah berkata...

awis,
hang sediakan duit la! hahahahaha

caterpillar,
kau punya favourite plot, mesti yang gaduh-gaduh kan? jijie...jijie...hehe