after a hurricane comes a rainbow

firework, katy perry.

***

sudah episod ketiga. aku tak tahu ada berapa banyak lagi episod yang akan aku tampalkan di kertas putih bawangmerahsquared. aku kurang pasti.
ah, mungkin...
mungkin aku akan tarik kembali episod-episod itu dan simpan saja dalam peti simpanan.
atau mungkin...
aku padamkan terus, biar ghaib tanpa ada siapa-siapa yang tahu bagaimana kisah cinta farah dan ammar berlanjutan.
aku tak tahu aku tak tahu.
aku masih ragu.
dan aku takut.

eh, takut?
heh. mungkin kalian tak faham. kenapa mesti takut-takut ya? ada hantu kah?
hahahahaha
biarlah. biar aku seorang saja yang mengerti.

-

alasan utama aku perkenalkan wasilah terakhir adalah kerana kakak.

oh! lupa mahu khabarkan. kakak aku sudah pulang. dua malam aku tidur senyenyak-nyenyaknya. ye lah, aku bukan lagi seorang di atas hamparan. kakak ada di sebelah. tidur berteman memang bahagia, tahu?

kakak
kau jangan la tulis benda sedih-sedih, in.

aku
dah tu?

kakak
tulis la something yang...happy.

aku
macam mana? dah memang aku tengah sedih.

kakak
ye lah...tapi, asek sedih je. kesian readers kau.

aku
[tersentap]

kalian sama-sama sedih dengan aku kah bila tahu hati aku sudah punah-ranah? maaf la kalau aku mengheret kalian untuk turut merasa pedihnya. jujur aku mahu mengaku, ternyata aku berkecai lagi. berderai menjadi hablur-hablur halus bak debu di tepi jalanan. sakit, Tuhan. sakit. seperti luka yang tergarut di betis gara-gara terjatuh dari basikal. dan kemudian, abang atau adik kau yang nakal, taburkan garam di tempat luka terbuka luas.
perggghhhh

damn.
cukup, bawangmerah. cukup.

ye, mana kita tadi? oh, tentang kakak aku.
hah, mengambil kira katanya itu, maka, aku tergerak hati untuk santapkan kalian dengan picisan yang tak seberapa. memang tak seberapa kan? kata-kata aku masih cikai. rebung lagi kalau nak dibandingkan dengan mereka-mereka yang sudah gah menjadi buluh.

-

malam ni, semua berkumpul.

apa aku rasa ya?

entah lah. aku sukar nak jelaskan. tak tahu apa dia.
hmmm...
beginilah.
labelkan saja rasa ini sebagai satu perasaan seronok dan bahagia. tahun depan, tidak mungkin dapat berkumpul ramai-ramai.
ya...seronok dan bahagia.
nama pun raya kan? tentulah begitu rasanya.
dan malam ni, keluarga aku akan lengkap dengan izin Tuhan :)

hei, selamat hari raya!

-

eh, kalian mahu aku tampalkan episod yang seterusnya tak?
aku bertanya ni.

-

p/s: aku baru sedar, katy perry memang lawa ouh!


4 ulasan:

caterpillar berkata...

1)can't wait 4 d next episode! cepat postkan!!!

2)bawang, do u know that a load when shared is halved? I don't mind that. It actually helps us 2 know 2 inside out. We may know u as u appear, but what lies inside is still a mystery. And writing it out, venting it is one good way to unveil it. And writing is a good therapy right??

3) never stop writing. Maybe U don't know some readers, who acknowledge ur writing but never care to leave a comment. But thats human right?

Never stop being awesome here, in your blog. Its yours and u control it. cheers.. : )

Ainnudin Asyraf berkata...

Dear Cik Bawang,

Since aku adalah reader blog kau, aku nak jawab soalan yang akhir tu.

sambung lah cerita ammar nih...
Best ah. Betul best.

Aku rasa being honest okeh ape,

kan ?

kan ?


Selamat hari raya Korban !

=)

p/s kalau kau tulis novel, aku nak beli.

nurfaizah.hasim berkata...

anda di tag :)
sila ke blog saya untuk tahu lebih lanjut okay :D

bawangmerah berkata...

caterpillar,
1) er...ok.
2) i agree with the saying - writing is a good therapy. that's why i keep diaries since i was 9.
3) yah, i won't stop writing, caterpillar.
thanks for your compliment. i do really apprecite it :)

ainnudin asyraf,
yeah, honesty is the best policy :)
selamat hari raya juga!
p/s : er...aku ada niat nak tulis novel, tapi tak terjalankan niat tu lagi. huhuhu

faizfaizah,
baiklah :)